Titi Hayun Yan Kedah - Panduan percutian 2020

Titi Hayun Yan Kedah

Titi Hayun ialah kawasan peranginan air terjun yang terletak di daerah Yan, Kedah. Ia adalah tempat menarik yang tidak asing lagi di daerah pelancongan ini. Tempat ini telah dibangunkan dengan baik. Kemudahan awam disediakan termasuk resort yang menyediakan chalet penginapan untuk pengunjung yang ingin bercuti disini.

Selain mandi-manda, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Titi Hayun. Jika anda merancang untuk berkunjung kesini, saya syorkan anda bawa pakaian dan kasut yang sesuai untuk jungle trekking. Jika tidak, kunjungan anda kesini tidak akan sempurna.

Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling ialah salah satu tarikan pelancongan yang popular di Penang. Ia adalah masjid bersejarah yang dibina pada tahun 1801, iaitu 15 tahun setelah penjajahan Inggeris ke atas Pulau Pinang. Pengunjung boleh menyaksikan masjid ini ditengah pusat bandaraya George Town dimana ia masih beroperasi dan digunakan hingga ke hari ini. Rekabentuk masjid yang dipengaruhi senibina Moorish dan Mughal ini kini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang termasuk dalam sesi lawatan pelancong di Penang.

Gerbang Malam Ipoh

Gerbang Malam Ipoh

Gerbang Malam Ipoh ialah pasar lewat malam atau uptown yang popular di bandaraya ini. Ia menjadi destinasi menarik untuk dikunjungi pada waktu malam bagi pengunjung yang bercuti di Ipoh. Jika anda datang pada musim cuti persekolahan, suasana cukup meriah dengan pengunjung yang datang dari merata-rata tempat.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang ialah tempat menarik di Ipoh yang semakin popular dikalangan pelancong dalam dan luar negeri. Ia adalah tasik bekas lombong yang cantik dikelilingi bukit batu kapur yang unik. Bukan itu sahaja, tempat ini telah dimajukan dengan beberapa binaan dan ciptaan yang menambah keindahan sedia ada.

Taman rekreasi ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan pintu masuk dan kawasan rekreasi diseberang tasik. Pengunjung boleh menaiki bot untuk ke kawasan rekreasi dimana beberapa tarikan menanti.

Wang Tepus Ecotourism - Tarikan baru di Kedah 2020

Wang Tepus Ecotourism Jitra

Wang Tepus Ecotourism adalah tarikan terbaru di Kedah yang unik dan mesti dilawati jika anda merancang untuk berkunjung ke negeri Jelapang Padi ini. Ia adalah sebuah perkampungan menarik yang dihiasi bukit-bukau yang menghijau dan sungai yang menyegarkan. Menyedari kelebihan dan keunikan yang ada, komuniti penduduk dan pengusaha di Wang Tepus telah bekerjasama mewujudkan sebuah projek komuniti berasaskan pelancongan.

Bayan Lepas Penang

Bayan Lepas Penang

Bayan Lepas adalah kawasan perindustrian utama di Penang selain di Perai. Jika melalui kawasan ini, anda akan lihat banyak kilang-kilang ditepi jalan. Dalam sektor pelancongan, ada beberapa tarikan seperti tempat bersejarah dan tempat menarik untuk dilawati, tempat membeli-belah serta beberapa tempat makan popular yang mesti dicuba.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Balik Pulau Penang

Balik Pulau Penang

Balik Pulau yang terkenal dengan durian sedap adalah destinasi menarik untuk dikunjungi di Penang. Terdapat banyak tarikan pelancongan termasuk tempat menarik untuk dilawati, aktiviti dan tempat makan untuk dicuba. Diseluruh pulau, tempat ini adalah yang terbaik untuk anda merasai suasana perkampungan petani dan nelayan.

Tarikan pelancongan di Penang

Tarikan pelancongan di Penang

Apa yang menarik di Penang? Macam-macam perkara menarik di Penang. Dalam sektor pelancongan, terdapat banyak destinasi menarik untuk dilawati. Negeri ini juga sangat terkenal dengan makanannya yang sedap sehingga ia digelar syurga makanan di Malaysia. Selain itu, Jambatan Pulau Pinang juga adalah tarikan negeri pulau mutiara ini. Walaupun ia bukan lokasi pelancongan tetapi jambatan yang terpanjang di Asia ini adalah trademark kepada industri pelancongan di Penang.

Taman Rekreasi Sungai Merbok

Taman Rekreasi Sungai Merbok

Taman Rekreasi Sungai Merbok ialah tempat menarik di Sungai Petani yang cukup seronok untuk dilawati. Ia terletak di Kompleks Jeti Semeling iaitu lebih-kurang 7KM dari pusat bandar. Taman rekreasi ini termasuk dalam Kawasan Pemuliharaan (Biodiversity) Hutan Simpan Bakau Merbok. Tarikan utama disini ialah Hutan Bakau Simpan. Pengunjung dapat memerhatikan pokok-pokok bakau yang tumbuh ditepi sungai melalui laluan pejalan kaki yang dinamakan Pelantar Bakau.

Tanjung Dawai Kedah

Arked Tanjung Dawai

Tanjung Dawai ialah salah satu tempat menarik di Kedah yang mesti dilawati jika bercuti di negeri ini. Ia terkenal sebagai destinasi membeli-belah barangan hasil laut. Bukan itu sahaja, pantai Tanjung Dawai juga merupakan lokasi popular untuk bersantai diwaktu petang. Ramai pengunjung membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin laut sambil melihat pemandangan matahari terbenam.

Selain itu, banyak restoran disepanjang pantai yang menyediakan masakan panas yang sedap.  Pengunjung boleh menikmati makanan hasil laut yang segar dimasak mengikut selera masing-masing.