Ecotourism di Kedah

Ada banyak destinasi ecotourism di Kedah yang cukup menarik untuk dilawati. Hutan di negeri ini memiliki berbagai tarikan semulajadi yang unik dan mempersonakan. Nikmati pemandangan air terjun yang cantik, mandi air yang sejuk dan menyegarkan. Terokai keindahan alam, binatang liar, burung-burung dan flora serta fauna yang ada di Hutan Simpan. Lakukan berbagai aktiviti lasak seperti white water rafting, zipline dan mendaki gunung. Ia pasti memberi kelainan dalam percutian anda.

Titi Hayun Yan Kedah - Panduan percutian 2020

Titi Hayun Yan Kedah

Titi Hayun ialah kawasan peranginan air terjun yang terletak di daerah Yan, Kedah. Ia adalah tempat menarik yang tidak asing lagi di daerah pelancongan ini. Tempat ini telah dibangunkan dengan baik. Kemudahan awam disediakan termasuk resort yang menyediakan chalet penginapan untuk pengunjung yang ingin bercuti disini.

Selain mandi-manda, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Titi Hayun. Jika anda merancang untuk berkunjung kesini, saya syorkan anda bawa pakaian dan kasut yang sesuai untuk jungle trekking. Jika tidak, kunjungan anda kesini tidak akan sempurna.

Wang Tepus Ecotourism - Tarikan baru di Kedah 2020

Wang Tepus Ecotourism Jitra

Wang Tepus Ecotourism adalah tarikan terbaru di Kedah yang unik dan mesti dilawati jika anda merancang untuk berkunjung ke negeri Jelapang Padi ini. Ia adalah sebuah perkampungan menarik yang dihiasi bukit-bukau yang menghijau dan sungai yang menyegarkan. Menyedari kelebihan dan keunikan yang ada, komuniti penduduk dan pengusaha di Wang Tepus telah bekerjasama mewujudkan sebuah projek komuniti berasaskan pelancongan.

Gunung Jerai - Percutian dan aktiviti menarik

Gunung Jerai Kedah

Gunung Jerai ialah salah satu destinasi pelancongan menarik di Kedah. Ia adalah pusat peranginan tanah tinggi yang mempunyai berbagai tarikan semulajadi. Walaupun tidak sehebat Cameron Highlands, ia menawarkan sesuatu yang lain iaitu pemandangan yang cukup mengagumkan. Selain destinasi percutian, ia juga popular dengan aktiviti mendaki gunung, berbasikal dan mandi air terjun.

Air terjun Lata Bayu Baling

Air terjun Lata Bayu Baling

Lata Bayu ialah tempat peranginan air terjun yang sangat popular bukan sahaja di Baling, malah di Kedah dan negeri berhampiran seperti Perak dan Pulau Pinang. Ia menjadi destinasi perkelahan keluarga, perjumpaan kelab dan semestinya untuk aktiviti mandi air terjun.

Bagi anda yang belum pernah mendengar nama air terjun ini, ia adalah taman rekreasi dan kawasan perkelahan yang sangat menarik. Ia terkenal kerana mempunyai air terjun bertingkat yang cukup cantik. Sesiapa saja yang berkunjung kesini pasti memuji akan keindahan semulajadi air terjun ini.

Mangroves tour Kilim Geoforest Park Langkawi

Mangroves Tour Kilim Geoforest Park

Salah satu aktiviti paling popular di Langkawi ialah mangroves tour. Faktor utamanya ialah kerana disini terdapat rizab alam sekitar seluas hampir 100 km persegi yang dikenali sebagai Kilim Geoforest Park. Ia telah diisytihar oleh UNESCO sebagai warisan geologi purba yang berusia lebih 500 juta tahun. Taman ini mempunyai keajaiban alam semula jadi yang tidak terkira banyaknya serta mengandungi pelbagai jenis flora dan fauna.

Sungai Sedim - Tree top walk dan aktiviti menarik

Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak didalam kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim iaitu didalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, di daerah Kulim, Kedah. Laluan kanopi sepanjang 1.5 KM ini mempunyai ketinggian paling tinggi 36 meter dari aras tanah. Berjalan diatas kanopi ini membolehkan pengunjung melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi untuk memerhatikan pelbagai flora dan fauna menarik yang ada dikawasan Hutan Simpan Sungai Sedim.

Bercuti di kolam air panas Ulu Legong Baling

Air panas Ulu Legong

Salah satu tarikan utama yang terdapat di Baling ialah kolam air panas yang terletak di Ulu Legong. Kolam air panas ini kian dikenali dan mendapat sambutan pelancong yang melawat negeri Kedah. Tempat menarik ini sentiasa dipenuhi pengunjung dihujung minggu dan juga semasa musim cuti sekolah. Orang-ramai dari merata-rata negeri termasuk pelancong dari luar negara juga datang untuk mandi-manda dan bersantai bersama keluarga disini.

Tempat menarik di Gunung Jerai Kedah

Tempat menarik di Gunung Jerai

Ramai yang belum mengetahui bahawa Gunung Jerai adalah salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang sangat menarik di Kedah. Ia agak kurang mendapat liputan dan promosi yang sepatutnya. Terdapat banyak lokasi yang boleh dikunjungi di puncak gunung dan juga kawasan sekitarnya. Berbagai aktiviti percutian boleh dilakukan sepanjang berada disana. Tambahan pula terdapat tempat penginapan menarik di puncak gunung iaitu The Regency Jerai Hill Resort untuk pengunjung bermalam.