Pulau Langkawi - Tempat menarik, percutian dan aktiviti

Pulau Langkawi ialah pulau pelancongan paling popular di Malaysia. Ia adalah salah satu daerah dalam negeri Kedah. Pelancong yang ingin melawat pulau ini boleh menaiki kapal terbang atau feri dari Jeti Kuala Kedah, Jeti Kuala Perlis atau Jeti Penang. Pulau ini terkenal dengan aktiviti membeli-belah. Ia telah di isytihar sebagai pulau bebas cukai pada tahun 1987.

Keistimewaan Pulau Langkawi ialah kerana adanya beberapa tarikan alam semulajadi yang unik. Antara destinasi pelancongan yang popular ialah Kilim Geoforest Park, Pulau Dayang Bunting, pantai Chenang dan air terjun Telaga Tujuh. Selain itu, pelancong boleh melihat pemandangan seluruh Pulau Langkawi dari puncak Gunung Mat Chinchang dengan menaiki kereta kabel.

Selain tarikan alam semulajadi, banyak usaha telah dilakukan bagi menarik kehadiran pelancong. Berbagai aktiviti diatur saban tahun seperti LIMA, Tour de Langkawi, Iron Man Malaysia Langkawi dan sebagainya. Berbagai tempat menarik dibangunkan seperti Underwater World, Laman Padi, Taman Buaya dan lain-lain.

Bagi pengunjung yang mencari destinasi percutian menarik, Pulau Langkawi mempunyai banyak hotel, resort dan chalet. Anda boleh memilih lokasi ditepi pantai, kawasan kampung, hutan semulajadi atau ditengah pekan. Samada bercuti bersama keluarga, honeymoon atau bersama kawan-kawan, pulau ini tidak akan mengecewakan.

Pertama kali ke Pulau Langkawi?

Lokasi penginapan adalah perkara pertama dan paling penting dalam mengatur percutian anda. Pilih destinasi menarik untuk penginapan di Pulau Langkawi.

Pantai Cenang Langkawi
Pantai Cenang adalah destinasi percutian popular di Langkawi. Banyak hotel dan tempat menarik.
RM50+
Suasana malam pekan Kuah Langkawi
Berhampiran dengan jeti, banyak hotel, tempat menarik, taman tema, tempat makan dan membeli-belah.
RM40+
Oriental Village Langkawi
Lihat semua destinasi pelancongan menarik di Langkawi dan pilih lokasi penginapan yang anda ingini.
RM40+

Tempat menarik mesti dilawati

Pertama kali ke Pulau Langkawi? Berikut adalah tempat menarik yang mesti anda lawati. Semua destinasi ini merupakan tarikan pelancongan utama yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri.

Cable Car Langkawi

Langkawi Cable Car

Cuba Langkawi Cable Car, tarikan pelancongan utama di Langkawi. Rasai debaran menaiki kereta kabel, berjalan di SkyBridge dan nikmati pemandangan memukau dari puncak gunung.

Baca selanjutnya

Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi

Lihat berbagai spesis ikan dan hidupan laut termasuk pari gergasi, shark, turtle dan penguin yang comel. Selain itu disini juga terletaknya Earthquake & Typhoon Pavilion dan Lost World Tunnel.

Baca selanjutnya

Kota Mahsuri Langkawi

Kota Mahsuri

Disini terletaknya Makam Mahsuri yang terkenal itu. Kompleks Kota Mahsuri ini turut menempatkan sebuah perkampungan tradisional, telaga Mahsuri dan sebuah muzium.

Baca selanjutnya

Crocodile Adventureland Langkawi

Crocodile Adventureland Langkawi

Crocodile Adventureland lebih dikenali sebagai Taman Buaya Langkawi. Pengunjung boleh melihat berbagai spesis buaya termasuk buaya gergasi, buaya istimewa serta pertunjukan buaya.

Baca selanjutnya

Pantai Cenang Langkawi

Pantai Cenang

Salah satu destinasi popular di Langkawi. Selain pantai yang cantik, disini terdapat deretan kedai disepanjang pantai, resort dan beberapa aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan.

Baca selanjutnya