Agrotourism

Agrotourism ialah pelancongan pertanian meliputi dusun buah-buahan, ladang, sayur-sayuran, kebun bunga serta penternakan lebah madu, kambing, lembu, rusa dan lain-lain. Banyak destinasi pelancongan ini yang semakin popular dikalangan pelancong dalam dan luar negeri. Selain melihat sendiri bagaimana proses penanaman dan penternakan dijalankan, pengunjung dapat mempelajari berbagai perkara berkaitan pertanian serta serta produk yang dihasilkan.

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang ialah salah satu tempat menarik yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Balik Pulau. Terdapat 35 ekor kuda berbagai jenis termasuk kuda lumba dan kuda padi atau pony.

Tempat ini ialah destinasi pelancongan yang cukup unik. Suasana bagaikan perkampungan di negara barat dimana terdapat kandang kuda berderet dengan bunyi jeritan kuda yang sering didengar apabila menonton filem cowboy.

Wang Tepus Ecotourism - Tarikan baru di Kedah 2020

Wang Tepus Ecotourism Jitra

Wang Tepus Ecotourism adalah tarikan terbaru di Kedah yang unik dan mesti dilawati jika anda merancang untuk berkunjung ke negeri Jelapang Padi ini. Ia adalah sebuah perkampungan menarik yang dihiasi bukit-bukau yang menghijau dan sungai yang menyegarkan. Menyedari kelebihan dan keunikan yang ada, komuniti penduduk dan pengusaha di Wang Tepus telah bekerjasama mewujudkan sebuah projek komuniti berasaskan pelancongan.

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

MARDI Cameron highlands

Bagi pelancong yang bercuti di Cameron Highlands, Taman Agroteknologi MARDI adalah destinasi menarik yang mesti dikunjungi. Lokasinya ialah di Tanah Rata. Selain berfungsi sebagai pusat penyelidikan, ia turut menyediakan berbagai tarikan seperti taman bunga beraneka jenis, ladang teh, strawberi dan lain-lain bagi menggamit pengunjung. Ia turut menawarkan aktiviti pelancongan seperti jungle trekking, lawatan kilang pemprosesan dan penyelidikan.

Panduan bercuti di Cameron Highlands

Ladang Teh Cameron Highlands

Tanah Tinggi Cameron adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Suasana persekitaran yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula pengunjung akan dapat menghirup udara segar dipagi hari. Berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah hidup.

Ladang anggur Tasik Beris

Jika belum pernah melihat pokok anggur sebelum ini, silalah ke Ladang Anggur Tasik Beris, yang terletak di daerah Sik, Kedah. Ladang anggur seluas 4 ekar ini ditanam sebanyak 1000 pokok untuk pelancongan. Ia diusahakan oleh Syarikat Excel Agrotech Sdn. Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2007. Selain ladang anggur Tasik Beris, syarikat ini mempunyai sebuah ladang lagi seluas 30 ekar di Sungai Senam dengan jumlah tanaman sebanyak 7000 pokok anggur.