Pulau Pangkor - Tempat menarik, aktiviti dan percutian

Pulau Pangkor ialah salah satu destinasi pelancongan popular di pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak di daerah Lumut, negeri Perak Darul Ridzuan. Pulau ini terkenal dengan pantai yang cantik. Tahun 2020 menambahkan lagi tarikan Pulau Pangkor kerana ia secara rasmi menjadi Pulau Bebas Cukai.

Bagi pengunjung yang mencari destinasi percutian menarik, Pulau Pangkor mempunyai banyak resort dan chalet ditepi pantai. Samada percutian dengan keluarga, honeymoon atau bersama kawan-kawan, pilihan anda tidak akan salah disini.

Beberapa tempat menarik boleh dilawati sepanjang berada di Pulau Pangkor. Begitu juga dengan aktiviti pelancongan. Anda boleh mencuba berbagai aktiviti yang menyeronokkan semasa bercuti di pulau ini.

Pertama kali ke Pulau Pangkor?

Lokasi penginapan adalah perkara pertama dan paling penting dalam mengatur percutian anda. Pilih destinasi menarik untuk penginapan di Pulau Pangkor.

Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor
Salah satu pantai tercantik di Pulau Pangkor. Banyak resort, chalet dan kedai makan berhampiran pantai.
RM60+
Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor
Pantai ini terletak berhampiran pekan Pangkor dan mempunyai paling banyak hotel untuk penginapan.
RM75+
Pulau Pangkor Perak
Banyak resort diseluruh Pulau Pangkor. Pilih chalet murah atau resort menarik mengikut bajet anda.
RM46+

Top 10 di Pulau Pangkor

Anda ingin bercuti ke Pulau Pangkor? Jangan bimbang, kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Anda juga boleh melakukan berbagai aktiviti menyeronokkan. Lihat senarai top 10 dibawah dan rancang tentatif percutian yang anda ingini.

Tempat menarik di Pulau Pangkor

Top 10 tempat menarik di Pulau Pangkor

Ada banyak tempat menarik di Pulau Pangkor untuk dilawati. Jika anda pertama kali datang kemari, 10 lokasi ini adalah destinasi paling popular yang mesti dikunjungi.

Baca selanjutnya

Aktiviti menarik di Pulau Pangkor

Top 10 aktiviti menarik di Pulau Pangkor

Jika anda tertanya-tanya apa yang hendak dilakukan di Pulau Pangkor, lihat 10 aktiviti menarik dan menyeronokkan yang boleh anda lakukan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Baca selanjutnya

Masjid Terapung Pulau Pangkor

Panduan bercuti di Pulau Pangkor

Dapatkan semua maklumat yang perlu anda tahu sebelum bercuti di Pulau Pangkor. Dari harga tiket feri hingga penginapan, cukup untuk anda merancang percutian yang hebat.

Baca selanjutnya