Tempat percutian menarik di Johor

Terdapat banyak tempat menarik untuk percutian di Johor seperti pulau yang cantik, pantai yang mempersonakan serta pusat pelancongan alam semulajadi yang mendamaikan. Bagi anda yang merancang untuk bercuti dan masih mencari lokasi menarik yang ada di Malaysia, apa kata anda ke negeri di selatan tanahair ini. Percutian Bajet telah mengumpulkan senarai destinasi pelancongan yang popular untuk membantu anda memilih lokasi yang sesuai untuk bercuti samada bersama keluarga, kawan-kawan atau bersendirian.

Untuk melihat senarai tempat menarik di Johor mengikut daerah, sila ke halaman Tempat menarik di Johor.

Percutian Pulau

Salah satu tempat menarik di Johor ialah pulau-pulau pelancongannya yang sangat cantik. Ia menjadi lokasi percutian bukan sahaja bagi pelancong tempatan malah dari luar negara. Percutian Pulau sesuai untuk mereka yang benar-benar ingin keluar dari kesibukan kota dan berehat ditempat yang tenang. Hampir semuanya masih kekal terpelihara dari pembangunan. Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semulajadi, bersiar-siar di pantai yang cantik dan bersih serta mandi laut. Manakala aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan pula ialah snorkeling dan juga menyelam (skuba diving).

Berikut ialah pulau-pulau di Johor yang sesuai untuk dijadikan lokasi percutian:

Pulau Sibu

Pulau Sibu ialah salah satu dari pulau-pulau pelancongan di Johor yang popular dikalangan pelancong. Pulau ini terletak di daerah Mersing. Ia adalah antara pulau yang paling hampir dengan pantai. Pelancong yang ingin ke Pulau Sibu boleh menaiki bot di Jeti Tanjung Leman. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit. Ia adalah sebuah pulau yang cantik. Pantainya berpasir bersih dan air lautnya jernih.

Pemandangan pantai dan resort yang cantik di Pulau Sibu.

Pulau Sibu agak besar dan terdapat perkampungan nelayan yang menghuni pulau ini. Banyak resort pelancongan didirikan dikawasan pantai bagi menampung pengunjung yang ingin bercuti. Aktiviti air turut disediakan seperti snorkeling, scuba diving, jetski dan meluncur angin. Aktiviti di darat juga boleh dilakukan seperti meredah hutan bakau, melawat perkampungan nelayan, bbq, mandi laut dan bersiar-siar di pantai.

Maklumat lanjut di artikel Pulau Sibu destinasi percutian menarik di Johor.

Pulau Besar

Pulau pelancongan lain yang menarik di Johor ialah Pulau Babi Besar. Ia adalah sebuah lagi pulau cantik yang terletak di Mersing. Pulau ini juga terletak tidak jauh dari pantai. Perjalanan menaiki bot mengambil masa lebih-kurang 20 minit sahaja. Pelancong yang ingin ke pulau ini boleh menaiki bot di Jeti Mersing. Sebaik tiba di jeti Pulau Besar, pengunjung pasti terpesona melihat keindahan pantai yang cantik dan air laut yang jernih. Pulau ini juga terdapat perkampungan nelayan. Anda boleh ke masjid, melawat kampung dan menjamu selera di kedai makan.

Pulau Besar Johor.

Beberapa resort menarik sesuai dijadikan tempat penginapan percutian anda. Resort yang popular ialah Aseana Resort, D'Coconut Resort dan Mirage Resort. Samada anda bercuti untuk rehatkan minda, honeymoon atau bersama kawan-kawan, tidak lengkap kalau tidak melakukan aktiviti menarik di Pulau Besar. Antara yang tidak boleh dilepaskan ialah snorkeling. Anda dapat melihat banyak ikan-ikan dan coral cantik yang masih terdapat di sini.

Aseana Resort

Aseana Resort ialah tempat penginapan pilihan untuk bercuti bersama pasangan atau kawan-kawan di Pulau Besar. Resort ini mempunyai beberapa jenis chalet menarik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian. Anda boleh melawat laman web atau terus menghubungi resort untuk maklumat lanjut.

Hubungi:
Laman web: Aseana Resort
Tel: +60 3-6211 1055
E-mail : rsvn@aseaniapulaubesar.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM430. Semak kekosongan dan harga di laman web Aseana Resort dibahagian "Book Now".

Pulau Tengah

Pulau Babi Tengah terletak berhampiran Pulau Besar. Ia lebih kecil dan hanya terdapat sebuah resort sahaja iaitu Batu Batu Resort. Boutique resort ini mempunyai 22 buah bilik untuk pelancong. Apa yang menarik ialah Pulau Tengah merupakan tempat bertelur penyu belimbing gergasi. Kawasan laut disekitar pulau ini juga mempunyai berbagai jenis hidupan laut dan coral yang cantik. Aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Tengah ialah mandi laut, bersiar-siar di pantai yang cantik dan melakukan aktiviti snorkeling.

Pulau Tengah Johor.

Batu Batu Resort

Batu Batu ialah satu-satunya resort yang ada di Pulau Tengah, Johor. Ia menawarkan kemudahan penginapan, makanan dan aktiviti kepada pelancong yang ingin bercuti di pulau ini.

Hubungi:
Laman web: Batu Batu Resort
Tel: +60 17 755 2770, +60 17 755 5888, +60 17 755 0672, +60 17 755 5781 (9am - 6pm)
E-mail : info@batubatu.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam bermula dari RM290 seorang. Harga tidak termasuk makanan dan tiket bot.

Pulau Rawa

Pulau Rawa ialah salah sebuah pulau cantik yang terletak di daerah Mersing Johor. Lebih tepatnya 16 KM dari pesisir pantai Mersing. Pulau ini cukup terkenal dengan air laut yang jernih. Jika dikawasan cetek, boleh nampak hingga ke dasar. Bagi peminat snorkeling, anda pasti berpuas hati melakukan aktiviti ini kerana ikan memang banyak dan coral juga cantik. Pantai Pulau Rawa pula terkenal dengan keindahannya. Pasirnya putih bersih tanpa lumpur atau sampah-sarap seperti di tanah besar. Mandi-manda disini cukup menyeronokkan.

Pemandangan cantik Pulau Rawa, Johor.

Untuk penginapan, hanya terdapat dua resort sahaja di pulau ini, iaitu:

Rawa Island Resort

Rawa Island Resort lebih berprestij dan sudah tentu lebih mahal. Sesuai untuk percutian keluarga atau honeymoon. Makanan, aktiviti, perkhidmatan dan sebagainya memang terbaik.

Hubungi:
Laman web: Rawa Island Resort
Tel: +607 799 1204, +607 799 1205 (8am - 5pm).
E-mail : rawaisland@live.com
Fax : 607-799 3848

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM1130.

Alang Rawa Resort

Alang Rawa Resort lebih murah dan menjadi pilihan backpackers. Terdapat beberapa buah chalet menarik terletak ditepi pantai yang indah disediakan untuk pelancong.

Hubungi:
Laman web: Alang Rawa Resort
E-mail : reservations@alangsrawa.com, alangsrawa@gmail.com

Harga:
Harga bilik dikira perseorangan (per person). Lagi ramai orang berkongsi bilik, harga lebih murah. Harga bermula dari RM500 (4 orang sebilik).

Pulau Tinggi

Pulau Tinggi terletak berhampiran Pulau Sibu. Ia lebih jauh ke tengah laut. Pulau ini lebih sunyi dan damai. Kawasan semulajadinya masih tidak terusik. Disini cuma ada sebuah resort sahaja iaitu Tad Marine Resort. Pelancong yang ingin bercuti ke pulau ini boleh mengambil bot di Jeti Tanjung Leman. Perjalanan dengan bot laju mengambil masa kira-kira 40 minit manakala feri pula 1 jam 30 minit bergantung pada keadaan ombak.

Pulau Tinggi Johor.

Kebanyakan aktiviti diatur oleh resort. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Tinggi ialah snorkeling dan jungle trekking. Di TAd Marine Resort juga ada kemudahan kolam renang. Maklumat lanjut mengenai resort dan pulau ini boleh diperolehi di laman web atau terus menghubungi mereka melalui telefon atau email.

TAd Marine Resort

TAd Marine Resort menyediakan 88 buah bilik untuk tetamu. Kemudahan yang disediakan termasuk LCD TV, Astro, bilik berhawa dingin, mandian air panas dan pembuat teh/kopi.

Hubungi:
Laman web: Rawa Island Resort
Tel: +603 - 8023 9009 (pejabat), +6012-908 9683 (jualan), +6012-908 9929 (jualan)
Fax : +603-80239089
E-mail : info@tadmarineresort.com

Harga:
Harga adalah berdasarkan pakej iaitu merangkumi penginapan dan makanan. Harga pakej 2 hari 1 malam bermula dari RM285 seorang.

Pulau Aur

Pulau Aur ialah salah sebuah pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Ia adalah pulau yang terletak paling jauh dari pantai Mersing. Disebabkan kedudukannya, air laut lebih jernih tanpa pencemaran selut dan sampah-sarap. Pantainya bersih berpasir halus dan sangat cantik. Berbagai spesis ikan dan coral boleh dilihat sekitar pulau-pulau kecil di kawasan ini.

Pulau Aur Johor.

Terdapat perkampungan penduduk yang mendiami Pulau Aur. Kemudahan asas seperti sekolah, masjid, klinik dan balai polis turut disediakan. Bagi anda yang ingin bercuti di pulau ini, beberapa buah resort boleh dijadikan tempat penginapan. Antara yang popular ialah Blue Water Holiday Resort dan Sebukang Bay Resort.

Blue Water Holiday Resort

Blue Water Holiday Resort ialah resort yang masih baru dan terletak dikawasan pantai yang cantik. Terdapat 19 buah chalet disediakan untuk pelancong. Kemudahan makanan dan aktiviti juga disediakan.

Hubungi:
Laman web: Blue Water Holiday Resort
Tel: +607 7992207, +6011 12135249 (Zila), +6017 7484736 (Shima)
E-mail : pulauaurresort@gmail.com

Harga:
Harga adalah berdasarkan pakej iaitu merangkumi penginapan dan makanan. Harga pakej 3 hari 2 malam bermula dari RM480.

Sebukang Bay Resort

Sebukang Bay Resort terletak di Kampung Teluk Sebukang, Pulau Aur. Sebanyak 15 unit chalet disediakan untuk pelancong. Kemudahan makanan dan aktiviti pelancongan turut disediakan disini.

Hubungi:
Laman web: Sebukang Bay Resort
Tel: +6019 7391 284, +6017 6746 586, +6019 7300 815, +6019 7396 698
E-mail : sebukangbayresort@yahoo.com.my

Harga:
Harga adalah berdasarkan pakej. Sila hubungi Sebukang Bay Resort untuk mendapat harga terkini.

Pulau Pemanggil

Pulau terakhir yang boleh dijadikan lokasi percutian pulau di Johor ialah Pulau Pemanggil. Ia juga terletak di Mersing. Pulau ini antara yang paling jauh dari daratan. Lokasinya berhampiran Pulau Aur dan juga Pulau Tioman, Pahang. Perjalanan dari Jeti Mersing mengambil masa kita-kira 1 jam 30 minit.

Pulau Pemanggil Johor.

Pulau Pemanggil adalah antara pulau tercantik di Malaysia. Air laut yang jernih dan pemandangan lautan luas yang membiru begitu syahdu. Pantainya cantik dan bersih. Suasana yang sunyi dan tenteram begitu mendamaikan. Cukup sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Resort yang boleh dipilih untuk penginapan ialah Lanting Beach Resort.

Lanting Beach Resort

Lanting Resort terletak diatas bukit menghadap pantai. Ia menawarkan pemandangan yang cukup mempersonakan. Resort ini turut menyediakan pakej makanan dan aktiviti.

Hubungi:
Tel: +6019-254 9348, +6014-330 4674
E-mail : lantingbeachresort@yahoo.com, eamiplanet@yahoo.com

Harga:
Harga adalah berdasarkan pakej iaitu merangkumi penginapan dan makanan. Harga pakej bermula dari RM368.

Percutian Pantai

Selain pulau, tempat menarik di Johor ialah pantai-pantai yang cantik dan mempersonakan. Malah banyak resort didirikan bagi menampung pelancong yang selalu berkunjung setiap tahun. Jika anda lebih selesa bercuti di pantai berbanding pulau, ada beberapa tempat menarik untuk percutian di Johor yang boleh anda pilih. Pantainya cantik dan tempat penginapan juga tidak kurang hebatnya. Apa yang ketara, kos perbelanjaan untuk percutian pantai memang jauh lebih murah. Pilihan untuk menjimatkan belanja lebih banyak seperti memilih resort murah dan makan di restoran sahaja. Senarai dibawah ialah destinasi pelancongan yang popular untuk bercuti di tepi pantai.

Pantai Desaru

Pantai yang paling terkenal di Johor ialah pantai Desaru. Ia terletak kira-kira 100 KM dari Johor Bahru. Pantainya cantik, bersih, berpasir halus berwarna keemasan, landai dan sesuai untuk mandi laut. Aktiviti yang boleh dilakukan di Desaru ialah bermain layang-layang ditepi pantai, ATV, Jetski, Banana Boat, menikmati makanan laut yang segar seperti ikan bakar, sotong, udang dan lain serta melawat tempat menarik yang ada berhampiran kawasan ini.

Pantai Desaru Johor.

Tempat penginapan yang popular di Pantai Desaru ialah Lotus Desaru Beach Resort dan Pulai Desaru Beach Resort. Kedua-dua resort ini menyediakan penginapan selesa dan paling penting ada kolam renang untuk anak-anak anda bergembira.

Lotus Desaru Beach Resort

Lotus Desaru Beach Resort terletak betul-betul ditepi pantai. Jadi anda boleh bersiar-siar ditepi pantai, bermain pasir dan mandi laut sepuas hati. Kawasan resort pula cantik, tenang dan damai berlatarbelakangkan hutan yang menghijau. Berbagai permainan indoor, aktiviti outdoor dan permainan dalam kumpulan disediakan. Percutian anda pasti tidak akan bosan.

Hubungi:
Laman web: Lotus Desaru Beach Resort
Tel: +607-884 2800
Fax: +607-884 2998
E-mail : rsvn@lotusdesaru.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM280.

Pulai Desaru Beach Resort

Pulai Desaru Beach Resort ialah satu lagi resort menarik yang boleh dijadikan lokasi percutian anda. Resort ini juga terletak ditepi pantai yang cantik. Ada kolam renang yang luas dan kawasan resort juga cantik. Banyak aktiviti disediakan untuk pelancong seperti ATV dan sukan air, paintball, sewa motorsikal, gymnasium, spa serta berbagai-bagai lagi.

Hubungi:
Laman web: Pulai Desaru Beach Resort
Tel: 07 822 2222
E-mail : reservation@pulaidesaru.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM300.

Teluk Mahkota

Teluk Mahkota yang juga dikenali sebagai Jason Bay ialah salah sebuah pantai menarik di Johor. Ia terletak di Tanjung Sedili di daerah Kota Tinggi. Pantai berteluk ini cantik, landai dan bersih. Sangat sesuai untuk mandi-manda. Kawasannya juga sunyi serta tidak ramai orang. Ianya sesuai dijadikan lokasi percutian mereka yang inginkan ketenangan.

Teluk Mahkota Johor.

Pantai Teluk Mahkota ini terdapat 3 bahagian. Tempat penginapan popular yang ada disini ialah Tanjung Sutera Resort dan Mutiara Motors Resort.

Tanjung Sutera Resort

Tanjung Sutera Resort menyediakan berbagai jenis chalet menarik untuk pelancong. Dari chalet standard untuk 2 orang hinggalah kepada chalet family untuk keluarga besar. Malah dorm juga turut disediakan disini. Lokasi resort sangat menarik. Ia terletak ditepi laut dan pemandangannya cukup cantik mendamaikan jiwa. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang, pondok rehat, dewan, padang bola serta restoran untuk menjamu selera.

Hubungi:
Laman web: Tanjung Sutera Resort
Tel: +60 19 776 76 77
Fax: +607 224 0378
E-mail : enquiry@tanjungsuteraresort.com

Harga:
Harga tidak dinyatakan. Sila hubungi resort untuk mendapatkan harga bilik.

Mutiara Motors Resort

Mutiara Motor Resort terletak ditepi pantai Kampung Sedili Kechil. Kawasannya cantik dan bersih. Resort ini menyediakan berbagai jenis chalet menarik untuk pelancong yang ingin bercuti di tepi pantai. Aktiviti yang disediakan pula termasuk perkhemahan, berkayak, jungle trekking,permainan pantai, permainan indoor dan bermacam jenis permainan outdoor yang menyeronokkan.

Hubungi:
Tel: +607 891 8605 / +6019 755 8634
Fax: +607 891 8605
E-mail : dannahmad@yahoo.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM136.

Pantai Ayer Papan

Pantai Air Papan terletak di Mersing. Ia adalah sebuah pantai yang cantik dan sangat sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Banyak resort dan chalet disediakan untuk pengunjung. Kemudahan asas yang disediakan termasuk bilik mandi, tandas, wakaf untuk berkelah dan . Aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah mandi laut, bermain layang-layang, jetski? banana boat , menikmati makanan laut yang segar dan melawat tempat menarik yang ada di sekitar Mersing.

Pantai Air Papan Mersing Johor.

Antara resort popular yang ada di Pantai Ayer Papan ialah:

Ayer Papan Beach Resort

Ayer Papan Beach Resort ialah resort popular di pantai ini. Resort ini mempunyai bilik yang selesa, chalet yang bersih dan cantik serta kolam renang yang agak luas dikawasan resort. Kedudukan resort juga berhampiran dengan pantai. Bagi yang suka bbq, kemudahan tempat turut disediakan untuk tetamu yang menginap disini.

Hubungi:
Laman web: Ayer Papan Beach Resort
Tel: +607-799 5566, 012-791 4324
Fax : +607-799 5566
E-mail : admin@airpapanbeachresort.com

Harga:
Harga tidak dinyatakan. Sila hubungi resort untuk mendapatkan harga bilik.

Mersing Beach Resort

Mersing Beach Resort terletak ditepi pantai Ayer Papan. Resort ini besar, kemas dan bersih. Ada kolam renang dan slide yang pasti menggembirakan kanak-kanak. Kemudahan yang disediakan termasuk tempat bbq, dewan dan padang yang luas.

Alamat:
Mersing Beach Resort
Pantai Peranginan Air Papan,
86800 Mersing,
Johor

Hubungi:
Tel: 07-7994545, 012-7221097, 013-7674574, 012-7121097
Fax : +607-4343054
E-mail : mersingbeachresort@gmail.com

Harga:
Harga tidak dinyatakan. Sila hubungi resort untuk mendapatkan harga bilik.

Pantai Penyabong

Satu lagi destinasi menarik untuk percutian pantai di Johor ialah di Pantai Penyabong. Terletak di daerah Mersing iaitu kira-kira 30 KM dari pusat bandar, pantai ini cukup cantik dan menjadi tumpuan orang-ramai berkelah serta mandi laut. Keunikan Pantai Penyabong dari pantai-pantai lain di Johor ialah pemandangan laut yang sangat menarik. Disini terdapat beberapa buah pulau kecil yang melindungi pantai dari ombak besar.

Pantai Penyabong Mersing

Tempat penginapan yang menarik di Pantai Penyabong ialah Endau Beach Resort dan Penyabong Warisan Resort.

Endau Beach Resort

Endau Beach Resort terletak diatas bukit menghadap pantai. Ia menawarkan pemandangan yang cukup mempersonakan. Resort ini turut menyediakan pakej makanan dan aktiviti. Bagi yang membawa anak-anak, kolam renang juga terdapat di sini. Satu lokasi percutian bajet yang sangat menarik untuk keluarga. Juga sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu.

Hubungi:
Laman web: Endau Beach Resort
Tel: +607 794 2611
Fax : +607-794 3021
E-mail : endaubeachresort@ymail.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM150.

Pantai Minyak Beku

Pantai Minyak Beku terletak di Batu Pahat. Tidak seperti pantai-pantai percutian diatas. pantai ini memang tidak sesuai untuk mandi-manda. Jika anda ingin membawa anak-anak mandi laut, ini bukanlah tempatnya. Tarikan utama pelancong bercuti ke sini adalah untuk memancing, menikmati makanan yang terkenal di Batu Pahat dan untuk sekadar berehat. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam memang terbaik di pantai ini.

Tempat penginapan yang selesa di Pantai Minyak Beku ialah Minyak Beku Agrotourism Resort (MBA Resort).

Minyak Beku Agrotourism Resort

Minyak Beku Agrotourism Resort adalah resort menarik yang terletak tidak jauh dari pantai. Lokasinya berhampiran dengan terminal feri. Anda hanya perlu berjalan kaki untuk bersiar-siar ditepi pantai atau ke muara Sungai Batu Pahat.

Hubungi:
Minyak Beku Agrotourism Resort
Jalan Minyak Beku,
83030 Batu Pahat,
Johor

Hubungi: Tel: +607 428 5233

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM135.

Taman Negara dan Hutan Lipur

Tarikan pelancongan lain yang ada di Johor ialah alam semulajadi. Negeri ini mempunyai beberapa buah Taman Negara dan Hutan Lipur yang kaya dengan berbagai spesis tumbuhan, haiwan dan serangga. Selain itu, terdapat beberapa buah bukit dan gunung yang menjadi tarikan pendaki. Dengan air terjun cantik dan suasana yang damai, ramai pelancong memilih untuk berkhemah bagi menikmati keindahan alam semulajadi. Bangun diawal pagi untuk memerhatikan haiwan liar, meneroka hutan melihat flora dan fauna, menjejak air terjun yang cantik, memancing di sungai, mendaki ke puncak gunung untuk melihat pemandangan matahari naik, semua itu memberi kenikmatan tersendiri yang tak terhurai dengan perkataan. Jika anda inginkan percutian seperti ini, lokasi dibawah memang untuk anda.

Taman Negara Endau Rompin

Untuk merasa keseronokan percutian alam semulajadi yang sejati, anda boleh bercuti di Taman Negara Endau Rompin. Ia adalah tempat menarik di Johor yang yang menyimpan khazanah tak ternilai harganya. Hutan yang berusia lebih 250 juta tahun ini mempunyai berbagai spesis tumbuhan, binatang dan flora serta fauna. Selain itu, anda akan berpengalaman menaiki bot menyusur sungai, merentas hutan dan bermacam-macam lagi.

Taman Negara Endau-Rompin

Biasanya percutian ke Taman Negara ini dilakukan secara berkumpulan. Anda juga perlu beberapa prosedur seperti memohan permit dari Jabatan Hutan yang mana menguruskan kenderaan pengangkutan untuk ke Taman Negara. Lebih mudah jika anda mengambil pakej dari agensi pelancongan. Lokasi penginapan yang ada ialah Mutiara Taman Negara Resort dan Nature Education and Research Centre (NERC).

Air Terjun Gunung Ledang, Tangkak

Bercuti di kawasan air terjun memang menyeronokkan. Suasana yang damai dikelilingi hutan semulajadi cukup menenangkan. Salah satu tempat menarik di Johor yang popular ialah Air Terjun Gunung Ledang. Lokasinya ialah di Sagil, Tangkak. Terdapat resort menarik disediakan untuk pelancong. Anda boleh mandi air terjun sepuasnya, tidur di chalet dan bbq di malam hari. Pasti menyeronokkan.

Lihat artikel Mandi-manda di air terjun Gunung Ledang Sagil, Johor untuk maklumat lanjut.

Air terjun Gunung Ledang di Johor

Pelancongan Bandar

Beberapa lokasi pelancongan bandar di Johor juga menarik untuk dijadikan destinasi percutian keluarga. Kemudahan penginapan, makanan dan berbagai tempat menarik yang boleh dilawati menjadikan percutian anda lebih menyeronokkan. Antara lokasi percutian yang kami cadangkan ialah Johor Bahru dan Muar.

Johor Bahru

Johor Bahru yang merupakan ibu negeri Johor juga adalah lokasi menarik untuk bercuti. Banyak tempat-tempat menarik di Johor yang terletak disekitar kawasan ini boleh dilawati. Banyak hotel-hotel yang sesuai dijadikan tempat penginapan termasuk hotel bajet. Untuk menjamu selera juga tidak menjadi masalah kerana beberapa tempat makan sedap dan popular ada dikawasan ini. Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah membeli-belah, bersiar-siar di Danga Bay dan berseronok di Legoland!

Lihat artikel tempat menarik di Johor Bahru untuk maklumat lanjut.

Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru.

Muar

Antara tempat menarik di Johor yang popular ialah Muar. Ia terkenal dengan keindahan bandarnya yang terletak ditepi Sungai Muar dan pantai. Selain itu, Bandar Diraja Johor ini juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Bagi percutian yang santai tetapi menyeronokkan, Muar ialah destinasi menarik untuk bercuti yang harus ada dalam senarai anda.

Lihat artikel tempat menarik di Muar untuk maklumat lanjut.

Taman Tanjung Ketapang Muar

Taman Tema

Jika anda inginkan percutian riang-ria bersama keluarga, ada beberapa taman tema di Johor yang sesuai dijadikan lokasi untuk bercuti. Destinasi paling popular ialah Legoland yang terletak di Nusajaya. Ia cukup popular sehingga tidak perlu diperkenalkan lagi. Lokasi lain yang boleh dikunjungi ialah Wet World Batu Pahat Village Resort. Walaupun tidak sehebat Legoland, ia masih menyeronokkan.

Taman tema Legoland Malaysia

Taman Tema Legoland Malaysia terletak di Nusajaya. Ia menyediakan hotel penginapan untuk pelancong yang ingin bercuti menikmati berbagai keseronokan yang ada disini. Selain berbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk kanak-kanak, taman tema air dan permainan lain yang mengujakan juga terdapat disini untuk orang dewasa bergembira.

Lihat artikel Harga tiket dan aktiviti menarik di Legoland Johor

Pintu masuk Legoland Johor.

Wet World Batu Pahat Village Resort

Wet World Batu Pahat Village Resort ialah taman tema air yang paling popular di Johor sebelum adanya Legoland Malaysia. Ia menawarkan beberapa permainan air yang menarik termasuk gelongsor yang cukup mengujakan. Selain itu, anda boleh menaiki swan boat di tasik, memancing ikan dan melawat Dino Land. Apapun, taman tema adalah lokasi terbaik untuk percutian riang-ria bersama keluarga atau kawan-kawan.

Tiada penginapan disediakan di Wet World Batu Pahat Village Resort. Jika anda merancang untuk bercuti disini, ada beberapa hotel di Batu Pahat yang menarik untuk anda bermalam. Laman web yang menawarkan tempahan secara online dan turut menawarkan potongan harga ialah Booking.com.

Agro-tourism

Agro-tourism adalah salah satu tarikan pelancongan yang telah lama menapak di Malaysia. Jika di Johor, ada dua lokasi yang sangat menarik dan popular iaitu UK Agro Farm dan Kahang Organic Rice Eco Farm. Kedua-duanya menawarkan pengalaman percutian yang berbeza tetapi masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

UK Agro Farm

UK Agro Farm ialah ladang kambing dan biri-biri yang terbesar di Malaysia. Ia terletak di Kluang, Johor. Selain melawat kawasan ternakan, pusat pengumpulan susu dan lain-lain berkaitan kambing, berbagai tarikan pelancongan disediakan disini seperti aktiviti memanah, melawat ladang kuda, Ostrich Park, Kampung Jakun dan ladang cendawan.

Pelancong juga boleh bermalam di chalet yang dibina dikawasan UK Agro Farm. Beberapa buah bilik dan dorm disediakan untuk tetamu. Apa yang pasti, percutian disini akan mendedahkan banyak ilmu pengetahuan terutama bagi anak-anak anda. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Hubungi:
Tel: +607-759 7555, 013 778 7235, 013 722 2299
Fax: +607-759 7991
E-mail : info@ukfarm.com.my

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM488 termasuk sarapan.

Kahang Organic Rice Eco Farm

Kahang Organic Rice Eco Farm atau KOREF Resort terletak di Kluang, Johor. Ia adalah lokasi percutian unik dan cukup menarik bagi mereka yang inginkan kelainan. Resort ini terletak ditepi tasik yang luas. Berbagai aktiviti disediakan di dalam kawasan resort seperti aktiviti air, permainan berhalangan, melawat sawah padi organik, perkhemahan dan bermacam-macam lagi. Jika anda ingin membawa anak-anak bercuti, resort ini pasti menggembirakan mereka.

Chalet KOREF Resort.

Penginapan menarik disediakan untuk pelancong iaitu chalet terapung yang terletak di pinggir tasik. Chalet yang diperbuat dari kayu dan beratapkan nipah/rumbia ini agak unik dan memberikan sedikit suasana kampung. Pemandangan tasik dan sawah padi juga sesuatu yang sangat mendamaikan jiwa.

Hubungi:
Tel: +60-012-7683149 (Mr Tam), +60-012-7898158, +60-012-7208158 (Office)
E-mail : koref.tamps@gmail.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM260.

Untuk melihat potongan harga hotel di Johor dan menempah bilik penginapan secara atas talian, anda boleh ke BOOKING.COM.

Apa lagi yang menarik di Johor? Sila ke halaman Tarikan pelancongan di Johor untuk maklumat lanjut.

Setakat ini dahulu senarai tempat menarik untuk percutian di Johor yang dapat kami kongsikan dengan anda. Jika maklumat ini membantu, jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan lain di laman fb, twitter dan g+ anda sebagai tanda penghargaan. Jika ada kekurangan atau penambah-baikan, sila tinggalkan komen. Kami amat menghargainya. Akhir kata, selamat bercuti di Johor!

Lokasi