Taman Rekreasi Sungai Merbok

Taman Rekreasi Sungai Merbok ialah tempat menarik di Sungai Petani yang cukup seronok untuk dilawati. Ia terletak di Kompleks Jeti Semeling iaitu lebih-kurang 7KM dari pusat bandar. Taman rekreasi ini termasuk dalam Kawasan Pemuliharaan (Biodiversity) Hutan Simpan Bakau Merbok. Tarikan utama disini ialah Hutan Bakau Simpan. Pengunjung dapat memerhatikan pokok-pokok bakau yang tumbuh ditepi sungai melalui laluan pejalan kaki yang dinamakan Pelantar Bakau.

Pelantar Bakau

Kompleks Jeti Semeling dan Taman Rekreasi Sungai Merbok mula dibina pada tahun 2006 dan siap sepenuhnya pada tahun 2009. Berbagai fasiliti disediakan seperti jeti, ruang niaga, dewan serbaguna, auditorium dan lain-lain lagi. Keseluruhan kawasan ini ialah seluas 12 ekar merangkumi kawasan daratan dan berpaya.

Sebenarnya Kompleks Jeti Semeling atau Sungai Merbok ini adalah Pusat Interpretasi Pelancongan Daerah Kuala Muda. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai produk-produk pelancongan yang ada di daerah ini sebelum mengunjunginya.

Bot

Lokasi Taman Rekreasi Sungai Merbok

Taman Rekreasi Sungai Merbok terletak di pinggir bandar Sungai Petani. Lokasinya disebelah Kompleks Rekreasi Jeti Semeling. Dalam bahasa Inggeris dinamakan Sungai Merbok Jetty Complex (lihat gambar dibawah). Jangan tanya kerana saya sendiri keliru. Jaraknya lebih-kurang 7KM dari pusat bandar. Dari susur keluar Sungai Petani Selatan lebuhraya PLUS, jaraknya dalam 6KM sahaja.

Kompleks Jeti Semeling

Alamat:
Pusat Interpretasi Pelancongan Kuala Muda
Kompleks Jeti Semeling,
Sungai Merbok,
08000 Sungai Petani,
Kedah

Hubungi:
Pertanyaan tentang teksi air.

Tel Pejabat : 04-443 0089
Faks : 04-443 0126

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Harga tiket teksi air
Dewasa : RM35
Kanak-kanak: RM10 (4-6 tahun)
Pelajar/IPT : RM15
Warga Emas : RM25

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm

Pemandangan Gunung Jerai

Apa yang menarik?

Apa yang menarik di Taman Rekreasi Sungai Merbok ialah suasana alam semulajadi yang boleh dirasai disini. Kehijauan pokok-pokok bakau dan sungai yang luas cukup menarik hati.

Paya bakau

Hutan Bakau

Pokok-pokok bakau yang banyak ditebing sungai ini ialah kawasan Hutan Bakau Simpan Sungai Merbok. Ia menjadi habitat kepada berbagai spesis burung, biawak, dan beberapa haiwan lain.

Pokok Bakau

Gok Arang

Sebuah replika Gok Arang dibina berhampiran jambatan masuk ke Taman Rekreasi Sungai Merbok. Bagi yang tidak tahu, mungkin menyangka ia adalah igloo (err... macam mustahil!). Apapun ia adalah sesuatu yang unik dan menarik.

Replika Gok Arang

Pemandangan

Pemandangan yang boleh dilihat di Taman Rekreasi Sungai Merbok ini memang sangat cantik. Jujur. Selain sungai yang luas dan hutan bakau yang menghijau, pengunjung dapat melihat bot yang bersusun di jeti serta kenderaan yang bertali-arus diatas jambatan.

Pemandangan Sungai Merbok

Kemudahan dan fasiliti

Beberapa kemudahan disediakan untuk pengunjung Taman Rekreasi Merbok seperti:

  • Tempat letak kereta dan bas
  • Kaunter pertanyaan
  • Tandas awam
  • Restoran
  • Galeri Sejarah / Tamadun
  • Galeri Biodiversity
  • Galeri Geotapak Jerai
  • Pelantar Bakau
  • Kedai cenderahati

Galeri Jerai Geopark

Aktiviti menarik

Kawasan ini pernah menjadi lokasi memancing ikan namun ia dilarang sekarang. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah bersiar-siar, bergambar, melihat pemandangan menarik dan memerhatikan burung, biawak atau haiwan lain yang hidup di hutan bakau.

Hutan Bakau

Selain itu, ada satu aktiviti yang sangat menarik boleh dilakukan iaitu river cruise. Perkhidmatan teksi air disediakan untuk membawa penumpang menyusuri Sungai Merbok hingga ke Tanjung Dawai. Didalam perjalanan, penumpang akan dibawa singgah ke beberapa tempat menarik seperti chalet terapung dan sangkar ikan di Teluk Bayu, Lubuk Pusing dan Segantang Garam serta tidak ketinggalan, Pantai Merdeka.

Teksi Air Sungai Merbok

Kesimpulan

Taman Rekreasi Sungai Merbok adalah tempat menarik yang sesuai dilawati bersama keluarga. Kawasannya cantik dan unik. Tiket tidak dikenakan, parking tidak perlu bayar, pengunjung boleh masuk secara percuma. Sudah 10 tahun namun tempat ini masih kurang mendapat sambutan orang-ramai. Pengunjung suram walaupun pada musim cuti sekolah. Mungkin pihak pengurusan boleh memikirkan sesuatu untuk memperbaiki keadaan ini.

Restoran

Bagi anda yang bercuti di Sungai Petani, datang ke tempat ini. Anda tidak akan menyesal. Lokasinya juga tidak jauh dari pekan. Masa terbaik untuk melawat ialah awal pagi atau petang. Suasana yang tenang, pemandangan menarik dan angin yang menghembus lembut cukup mendamaikan.

Akhir sekali, jangan datang ke Kedah sebelum anda baca artikel dibawah.

Lihat semua Tempat menarik di Kedah mengikut daerah

Artikel berkaitan

Pertama kali? Lihat semua di Kedah.

Mana nak pergi? Lihat Top 10 tempat menarik di Kedah.

Apa nak buat? Lihat Top 10 aktiviti menarik di Kedah.

Nak shopping? Lihat Top 10 tempat membeli-belah di Kedah.

Lokasi