Tempat menarik di Penang - Panduan 2020

Senarai tempat menarik di Penang telah dikemaskini sebagai panduan kepada anda yang merancang untuk bercuti ke negeri ini pada tahun 2020. Ini penting kerana beberapa destinasi telah ditutup selamanya atau tutup sementara untuk renovasi. Jika tidak tahu, ia pasti menjejaskan itinerari percutian anda. Selain itu, kami turut mencadangkan masa yang sesuai untuk melawat serta aktiviti yang boleh dilakukan.

Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang ialah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Berbagai tarikan ada di negeri ini termasuk kesan peninggalan sejarah, alam semulajadi, pantai dan pulau. Percutian Bajet telah menyusun tempat menarik di Penang yang paling popular untuk dilawati. Jika anda berkunjung ke negeri ini, jangan lupa melawat destinasi menarik yang kami cadangkan. Ia pasti menambah keseronokan percutian anda.

Apa persediaan yang perlu dilakukan? Sebelum bercuti di Penang, pastikan anda membuat tentatif atau itinerari lawatan untuk waktu pagi, petang dan malam. Artikel ini akan membantu anda. Bawa pakaian yang sesuai untuk aktiviti yang ingin dilakukan seperti pakaian mandi, bermain di taman tema, jungle trekking dan sebagainya. Beli tiket letak kereta MBPP jika anda membawa kenderaan sendiri.

Isi Kandungan

[collapsed title="Klik untuk lihat tempat menarik" class="shut nested1"]

  1. Padang Kota Lama Esplanade
  2. Fort Cornwallis
  3. Queen Victoria Memorial Clock Tower
  4. Penang City Hall & Penang Town Hall
  5. Muzium 3D Penang
  6. Penang Tunnel Museum
  7. Masjid Kapitan Keling
  8. Lorong Kulit / Rope Walk
  9. Upside Down Museum
  10. Taman Botani Pulau Pinang
  11. Street Art Penang
  12. Rumah P Ramlee
  13. Menara KOMTAR
  14. Masjid Terapung
  15. Pantai Batu Ferringhi
  16. Pantai Teluk Bahang
  17. Taman tema Escape
  18. Taman Rimba Teluk Bahang
  19. Entopia by Penang Butterfly Farm
  20. Taman Herba Tropika
  21. Toy Museum Penang
  22. Taman Negara Pulau Pinang
  23. Monkey Beach Penang
  24. Pantai Kerachut
  25. Bukit Bendera
  26. Muzium Perang
  27. Akuarium Batu Maung
  28. Khoo Kongsi
  29. Muzium Peranakan Penang
  30. Kek Lok Si
  31. Penang House of Music
  32. Colonial Penang Museum
  33. Tokong Ular
  34. Audi Dream Farm
  35. Countryside Stables Penang
  36. Pantai Pasir Panjang
  37. Saanen Dairy Farm
  38. Butterworth Art Walk
  39. Hutan Lipur Bukit Panchor
  40. Pulau Aman
  41. Sungai Kerian
  42. Taman Burung Pulau Pinang
  43. Empangan Mengkuang
  44. Gurney Drive
  45. Wonderfood Museum
  46. Muzium Negeri Pulau Pinang

[/collapsed]

Padang Kota Lama Esplanade

Pemandangan Padang Kota Esplanade

Padang Kota Lama ialah tempat menarik di Penang yang tidak asing lagi. Tarikan utama disini ialah Fort Cornwallis, bangunan Town Hall dan Penang City Hall. Ia juga terkenal sebagai tempat untuk bersantai ditepi laut dan lokasi untuk menjamu selera. Pada tahun 2020, banyak pusat pelancongan baru boleh dikunjungi disekitar kawasan ini.

Beberapa pembaharuan telah dilakukan dimana kawasan gerai makanan yang popular pada tahun 80-90an telah dikosongkan dan kini menjadi esplanade untuk pelancong bersantai melihat pemandangan laut. Kerusi rehat disediakan disekitar kawasan esplanade. Kemudahan lain termasuk taman permainan kanak-kanak dan tandas awam. Disini juga terdapat sebuah Tugu Peringatan Perang.

Gerai-gerai makanan telah berpindah ke dua lokasi baru iaitu di Medan Renong ditepi laut dan Esplanade Park Food Court ditepi Fort Cornwallis berhadapan padang serbaguna. Medan Renong dibuka pada waktu malam manakala Esplanade Park Food Court beroperasi pada waktu siang.

Apa yang boleh dilakukan di Padang Kota Esplanade ialah bersiar-siar, mengambil gambar, bersantai, melihat pemandangan dan menjamu selera. Jangan lupa untuk mencuba pasembur, iaitu sejenis makanan tempatan yang sangat popular.

Masa yang sesuai untuk mengunjungi Padang Kota Esplanade ialah waktu petang dan malam. Anggaran masa yang perlu dihabiskan disini ialah sekitar 30 minit hingga 1 jam.

Alamat:
Padang Kota Esplanade
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma. Tiket tidak dikenakan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7am - 1am.

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis ialah tempat bersejarah di Penang yang sangat terkenal. Ia adalah antara lokasi yang mesti dilawati bagi sesiapa jua yang pertama kali menjejakkan kaki ke pulau ini. Kota ini dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light sebagai benteng pertahanan bagi menahan serangan berbagai pihak pada masa itu.

Anda tentu tertanya-tanya apa yang ada dalam Fort Cornwallis ini, bukan? Antara kesan peninggalan sejarah yang ada didalam Fort Cornwallis ialah meriam-meriam lama yang tersusun menghadap laut termasuk Meriam Sri Rambai yang dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor. Ini bagi menghadapi serangan musuh yang menyerang pada waktu itu. Didalam kota ini juga terdapat sebuah chapel (gereja), stor senjata api (Gun Powder Magazine), rumah api, berek dan tugu gangsa Kapten Francis Light.

Apa yang boleh dilakukan di Fort Cornwallis ialah melihat kesan peninggalan sejarah, melihat pemandangan dari atas kota dan mengambil gambar.

Masa yang sesuai untuk mengunjungi Fort Cornwallis ialah diwaktu awal pagi (9 am), lewat petang atau malam. Jangan datang pada waktu tengahari kerana cuaca panas. Masa yang diperlukan untuk melawat tempat ini tidak lebih dari 1 jam.

Maklumat lanjut tentang Fort Cornwallis boleh dibaca di halaman Fort Cornwallis Pulau Pinang.

Alamat:
Fort Cornwallis
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM10.
Kanak-kanak : RM5.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 10pm.

Queen Victoria Memorial Clock Tower

Queen Victoria Memorial Clock Tower

Menara jam bersejarah ini terletak di Lebuh Light berhampiran dengan Fort Cornwallis. Anda cuma perlu berjalan sedikit sahaja dari Padang Kota Lama untuk ke lokasi. Ia adalah menara jam yang cantik dan jam juga masih berfungsi hingga ke hari ini.

Apa yang menarik boleh dilakukan disini ialah mengagumi struktur dan senibina serta mengabadikan kenangan bergambar bersama Queen Victoria Memorial Clock Tower. Menara ini mempunyai 4 tingkat. Bahagian bawahnya berbentuk oktagon. Aras 1 pula berbentuk segi empat petak dimana setiap dinding mempunyai tingkap dan balkoni. Aras 2 ialah tempat letaknya jam di 4 penjuru. Tingkat atas sekali dibina tiang roman dengan kubah diatasnya.

Masa yang sesuai untuk mengunjungi menara jam ini ialah diwaktu awal pagi kerana kenderaan masih tidak banyak melalui tempat ini. Pengunjung tidak perlu meluangkan masa yang lama disini.

Alamat:
Queen Victoria Memorial Clock Tower
Lebuh Light,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma. Tiket tidak dikenakan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : Tiada had waktu.

Penang City Hall & Penang Town Hall

Penang City Hall

Bangunan Dewan Bandaraya Pulau Pinang (juga dikenali sebagai Penang City Hall) adalah sebuah bangunan colonial yang mengagumkan terletak di Padang Kota Lama. Ia dibina pada tahun 1903 berdasarkan struktur senibina Edwardian Baroque. Banyak bangunan-bangunan awam yang dibina dalam empayar British sekitar tahun 1901 hingga 1910 menggunakan gaya senibina ini. Malah di United Kingdom sendiri banyak bangunan seperti ini di bandar-bandar besar terutama di London dan Manchester.

Bangunan Dewan Bandaraya Pulau Pinang (City Hall pada masa itu) mencatat sejarah antara bangunan pertama di Penang yang dilengkapi lampu dan kipas elektrik. Kini bangunan ini menjadi pejabat pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (dahulunya Majlis Perbandaran Pulau Pinang) dan mercu tanda di Padang Kota Lama.

Penang Town Hall

Disebelah City Hall ialah bangunan Town Hall yang dicat dengan warna kuning dan putih. Ia juga adalah bangunan colonial yang cantik dengan rekabentuk senibina mengagumkan. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah melihat keindahan dua bangunan ini dan mengambil gambar. Masa yang diperlukan tidak lebih dari 30 minit.

Alamat:
Penang City Hall
Jalan Padang Kota Lama,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Tidak perlu tiket.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : Tiada had waktu

Muzium 3D Penang

Muzium 3D Penang - Trick Art Museum

Trick Art Museum terletak di Lebuh Penang, iaitu bertentangan dengan Esplanade Food Court, Padang Kota Lama. Ia adalah sebuah Muzium 3D yang sangat menyeronokkan. Lokasinya hanya diseberang jalan utama (Lebuh Light).

Seperti lain-lain muzium 3D yang pernah anda kunjungi, ia mempamerkan lukisan mural yang sangat mengagumkan. Lebih menarik jika anda melawat muzium ini ramai-ramai bersama ahli keluarga atau rakan-rakan. Rakamkan pelbagai gaya sebagai kenangan indah yang pasti membuatkan anda tersenyum melihatnya 20 tahun lagi!

Masa yang sesuai untuk melawat tempat ini ialah bila-bila sahaja sepanjang waktu operasi kerana ia adalah aktiviti indoor. Anggaran masa yang perlu diperuntukkan ialah 1 jam. Ia juga bergantung pada jumlah pengunjung.

Maklumat lanjut tentang muzium ini boleh dibaca di halaman Trick Art Museum - Muzium 3D Penang.

Alamat:
Muzium 3D Penang
10, Lebuh Penang,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM15.
Kanak-kanak : RM10.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Sabtu - Ahad : 9am-8pm.
Isnin - Jumaat : 9am-6pm.

Penang Tunnel Museum

Time Tunnel Museum

Satu lagi tempat menarik di Penang ada berhampiran Padang Kota Lama ialah Penang Time Tunnel 3D Museum. Ia terletak di Jalan Green Hall iaitu lorong disebelah Jalan Tun Syed Sheh Barakbah. Berjalan kaki dari Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota ke muzium mengikut laluan tepi laut mengambil masa tidak sampai 5 minit.

Apa yang menarik disini ialah koleksi pameran barang-barang lama dibahagian Muzium Sejarah dan juga 3D Mural Art Museum. Jika anda pernah ke Muzium 3D di Lebuh Penang dan suka dengan apa yang ada disana, maka seharusnya anda kesini juga. Koleksi lukisan mural 3D berbagai tema, berbagai pameran barangan lama dan tarikan lain yang cukup mengagumkan.

Masa yang diperlukan untuk melawat keseluruhan tempat ini ialah antara 1 - 2 jam bergantung pada jumlah pengunjung.

Alamat:
Penang Time Tunnel 3D Museum
39, Jalan Green Hall,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM14.
Kanak-kanak : RM8.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9.15am - 7.30pm

Masjid Kapitan Keling

Pintu masuk utama Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling ialah masjid lama yang telah dibina sejak zaman penjajah Inggeris. Ia telah diisytihar sebagai salah satu bangunan bersejarah yang termasuk dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town. Tidak hairanlah jika ramai pelancong berkumpul diperkarangan masjid walaupun bukan pada waktu solat.

Masjid ini mempunyai rekabentuk senibina Islam, Moorish dan Mughal. Ia mempunyai sebuah kubah utama yang besar dan dua kubah sederhana di kiri dan kanan. Selain bangunan masjid, sebuah menara yang cantik turut tedapat di halaman masjid. Berbagai maklumat terdapat didalam masjid termasuk sejarah penubuhannya.

Masjid Kapitan Keling mula dibina pada tahun 1801. Jadi ia telah berusia hampir 219 tahun pada 2020. Sepanjang waktu itu, beberapa pengubahsuaian telah berlaku menyebabkan rekabentuk asal tidak kelihatan lagi dari luar bila kerja-kerja membesarkan masjid dijalankan.

Jika ingin melawat masjid ini, pilihlah waktu solat supaya anda dapat berjemaah dan sama-sama mengaminkan doa. Suasana tenang didalam masjid juga sesuai untuk muhasabah diri. Masa yang diperlukan tidak lebih dari 1 jam.

Maklumat lanjut boleh dibaca di Masjid Kapitan Keling.

Alamat:
Masjid Kapitan Keling
14, Jalan Buckingham,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-261 4215
Email : -
Facebook : Masjid Kapitan Keling

Harga:
Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 11.30 am - 10.00 pm
Pelancong : 11.30 am - 6.30 pm

Lorong Kulit / Rope Walk

Lorong Kulit Penang

Lorong Kulit ialah pasar pagi yang sangat popular di Penang. Ia terletak di Rope Walk berhampiran Stadium Negeri Pulau Pinang. Pasar pagi ini diadakan dikawasan letak kereta yang luas. Peniaga akan datang dengan van atau kereta. Barang jualan akan diletakkan diatas meja atau diletak diatas tikar yang dihampar.

Apa yang menarik disini ialah berbagai barangan terpakai boleh ditemui. Bagi anda yang biasa ke pasar karat, suasana ini adalah biasa tetapi bagi pengunjung yang pertama kali, ia adalah satu pemandangan yang unik. Jika ada barang yang anda berkenan, pandailah tawar-menawar. Jika tidak biasa, lihat dan belajar dari pembeli lain. Ia sangat menyeronokkan.

Masa yang paling ramai dan meriah ialah pada pagi Ahad. Datang pada waktu ini dan anda pasti dapat melihat berbagai barangan yang dijual. Selain membeli-belah, anda mungkin dapat snap gambar menarik yang jarang dilihat. Masa yang diperlukan disini adalah diantara 1 - 2 jam.

Alamat:
Lorong Kulit
625 Jalan Dato Keramat Georgetown,
10460 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:

Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Anda perlu membeli tiket parking MBPP.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7.00am - 1.00pm

Upside Down Museum

Upside Down Museum Penang.

Upside Down Museum mula dibuka kepada orang-ramai pada Ogos 2015. Ia adalah antara tarikan utama di Georgetown pada musim cuti sekolah. Seperti muzium terbalik di tempat-tempat lain, ia memaparkan keadaan didalam rumah dengan susunan perabot dan peralatan rumah dalam keadaan terbalik. Tarikannya sudah tentu untuk aksi bergambar. Anda boleh bergaya dengan berbagai cara untuk menghasilkan gambar yang unik.

Masa yang perlu diperuntukan di muzium ini ialah 1 - 2 jam bergantung pada jumlah pengunjung pada waktu tersebut. Anda mungkin terpaksa menunggu giliran untuk bergambar.

Alamat:
Upside Down Museum
45, Lebuh Kimberley,
10100 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-264 2660
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM16.
Kanak-kanak : RM8.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 5.30pm

Taman Botani Pulau Pinang

Taman Botani Pulau Pinang

Ingin melawat tempat rekreasi paling cantik di Penang? Anda boleh ke Botanical Garden yang terletak di Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, tidak jauh dari pusat bandar George Town. Ia adalah salah satu warisan sejarah peninggalan British yang masih kekal hingga kini. Antara tempat menarik yang boleh dilawati ialah:

  1. Rumah Orchidarium.
  2. Rumah Bromeliad & Rumah Begonia.
  3. Rumah Perdana.
  4. The Fern Rockery.
  5. Rumah Kaktus.
  6. Rumah Paku Pakis.

Sebenarnya banyak lagi  tarikan yang ada termasuk aktiviti riadah dan merentas hutan. Botanical Garden juga merupakan antara tempat menarik di Penang yang sangat popular dikalangan pelajar dan penyelidik.

Masa yang perlu diperuntukan ialah 1 - 2 jam.

Maklumat lanjut mengenai taman ini termasuk sejarah dan tarikan pelancongan boleh dibaca dihalaman Taman Botani Pulau Pinang.

Alamat:
Botanical Garden Penang
673A, Jalan Kebun Bunga,
10350 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel : 04-227 0428
Fax: +604-228 6075
Email : botani@penang.gov.my

Harga:
Percuma. Tiket tidak diperlukan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7:00 pagi - 6:00 petang

Street Art Penang

Street Art Penang

Street Art Penang memaparkan hasil lukisan Ernest Zacharevic yang mengagumkan. Ia bermula pada tahun 2012 dimana 9 lukisan dihasilkan beliau di dinding-dinding bangunan sekitar Georgetown. Selain itu, hasil tangan pelukis lain juga dapat disaksikan dibeberapa lorong.

Mungkin ramai yang belum pernah menjejaki lukisan mural sebelum ini. Ia adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Anda boleh cuba jika bercuti di Penang. Bangun awal pagi dan jejaki setiap lukisan mural yang ada. Anda akan bertemu ramai pelancong yang melakukan perkara yang sama.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : Sepanjang masa

Maklumat lanjut tentang lukisan dan lokasi di Penang street mural - street art.

Rumah P Ramlee

Rumah P Ramlee di Penang

Rumah P Ramlee adalah rumah asal yang didiami seniman ini semasa kecil bersama ibubapanya. Ia diperbuat dari kayu dengan senibina melayu. Rumah kecil ini hanya memiliki sebuah bilik sahaja dengan ruang tamu dan dapur. Berbagai barangan peninggalan seniman agung ini dapat dilihat seperti peralatan muzik dan gambar-gambar lama.

Selain itu, disini juga terdapat Galeri P Ramlee yang menempatkan berbagai khazanah seperti gambar dan maklumat mengenai Allahyarham. Lokasi galeri ialah dibangunan utama bukan didalam rumah.

Masa yang perlu diperuntukan untuk melawat tempat ini tidak lebih 1 jam.

Maklumat lanjut boleh dibaca di halaman Melawat Rumah P Ramlee di Penang.

Alamat:
Rumah Kelahiran P.Ramlee
Lot 2180, Jalan P. Ramlee,
Taman P. Ramlee,
10460 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-281 7484
Email : -

Harga:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi / Waktu melawat:
Selasa - Ahad : 9.00 am - 5.00 pm
Isnin : Tutup

Menara KOMTAR

Bangunan KOMTAR Penang

Salah satu mercu tanda di Penang ialah menara KOMTAR. Sekitar tahun 90an, ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular. Terdapat sebuah pasaraya dan kedai-kedai yang menjual berbagai barangan termasuk dari luar negeri. Ia menjadi pilihan utama untuk membeli-belah pada ketika itu. Beberapa restoran popular turut menjadi tumpuan pengunjung.

Hari ini terdapat taman tema The Top Penang yang menjadikan KOMTAR kembali menjadi tumpuan pelancong. Ada Jurassic Research Center, Rainbow Skywalk dan bermacam-macam lagi. Ia sangat menyeronokkan, cuma sediakan duit secukupnya jika ingin kesini.

Masa yang diperlukan untuk melawat KOMTAR dan bermain di taman tema The Top Penang ialah 2 - 3 jam. Jangkakan lebih dari itu.

Alamat:
KOMTAR
Lebuh Tek Soon,
10100 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel : 04-262 3800
Email : sales@thetop.com.my
Website : The Top Penang

Harga:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti.
Dewasa : RM48 - Rainbow Skywalk
Dewasa : RM28 - Rainbow Skywalk

Berbagai aktiviti dan pakej ditawarkan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am-10pm.

Masjid Terapung

Masjid Terapung Penang

Masjid Terapung ini dibina pada tahun 2004 dan merupakan yang pertama di Malaysia dibina diatas laut. Senibinanya cukup menarik dengan rekabentuk Moorish dan menara setinggi 7 tingkat. Ia meliputi kawasan seluas 1,295 meter persegi dan boleh menampung sehingga 1500 orang semasa waktu solat.

Masa yang sesuai untuk melawat masjid ini ialah pada mana-mana waktu solat fardhu supaya anda dapat berjemaah dan mendapat kebaikan mengaminkan doa beramai-ramai. Anda boleh datang waktu malam jika jadual itinerari penuh pada waktu siang.

Masa yang diperlukan lebih-kurang 30 minit.

Alamat:
Masjid Terapung Pulau Pinang
Jalan Batu Ferringhi,
11100 Tanjung Bungah,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma. Tiket tidak dikenakan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 6am - 10pm

Pantai Batu Ferringhi

Batu Ferringhi

Batu Ferringhi cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan pantai di Penang. Jika Padang Kota Lama terkenal dengan tempat bersejarah, Batu Ferringhi pula terkenal dengan pantai yang cantik. Ia menjadi lokasi untuk mandi laut. Pada musim cuti, ramai yang membawa keluarga mandi-manda dan berkelah disini. Berbagai aktiviti watersport turut disediakan untuk pelancong seperti jetski, waterski, parasailing, berkayak dan lain-lain.

Disini juga terdapat banyak pilihan restoran termasuk makanan laut, tempatan dan makanan barat. Agak mengejutkan kerana harga makanan di restoran tempatan adalah murah berbanding tempat pelancongan lain. Bila malam pula, deretan gerai dibuka disepanjang jalan yang menjual bermacam jenis barangan. Suasana pasar malam ini cukup meriah dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Jika anda mencari lokasi penginapan untuk bercuti di Penang, Batu Ferringhi adalah tempat yang cukup strategik dan sangat menarik. Banyak hotel, apartment dan homestay boleh didapati dengan harga yang murah.

Maklumat lanjut tentang Batu Ferringhi boleh dibaca di halaman Bercuti di Batu Ferringhi Pulau Pinang.

Alamat:
Ferringhi Sea Sports Co.
Jalan Batu Ferringhi,
11100 Penang,
Malaysia

Hubungi:
Tel : 0124995036 Bala
Tel : 0169987519 Leena
Tel : 0164489909 Ruby
Email : ferringhiseasports@gmail.com
Website : Ferringhi Sea Sports

Harga:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti.
Dewasa : RM120 (Parasailing)
Dewasa : RM100 (Jet Ski) Dewasa : RM30 (Banana Boat)
Dewasa : RM40 (Big Donut)

Tiket juga dijual mengikut pakej.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7am - 7pm

Pantai Teluk Bahang

Pantai Teluk Bahang

Teluk Bahang ialah kawasan yang mempunyai paling banyak tempat menarik di Penang. Ada tarikan alam semulajadi, pantai dan berbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Antara tempat menarik yang tidak boleh dilepaskan ialah pantainya yang cantik.

Pantai Teluk Bahang terletak dikawasan kaki bukit diantara Batu Ferringhi dan Teluk Bahang. Ia terletak berhampiran Tropical Spice Garden. Pantai ini sangat popular dikalangan pelancong. Ramai yang datang untuk mandi laut, memancing atau melihat pemandangan matahari terbenam.

Kemudahan yang disediakan termasuk bilik mandi, tandas awam dan gerai makan. Walau bagaimanapun, tempat letak kereta agak terhad. Masa yang diperlukan di pantai ini ialah 1 - 2 jam bergantung pada aktiviti anda.

Maklumat lanjut tentang Teluk Bahang boleh dibaca di halaman Bercuti di Teluk Bahang Penang.

Alamat:
Pantai Teluk Bahang
Jalan Teluk Bahang,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma. Tiket tidak dikenakan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : Tiada had

Taman tema Escape

Gelongsor air Escape Penang

Escape ialah taman tema paling popular di Penang. Ia menyediakan berbagai permainan menarik untuk pengunjung. Antaranya ialah gelongsor air terpanjang di Malaysia.

Jika anda mencari keseronokkan dalam percutian di Penang, datang ke taman tema ini. Anda pasti tidak akan menyesal. malah ramai yang berkunjung ke Penang semata-mata untuk ke Escape.

Masa yang perlu diperuntukan disini agak lama. Untuk mencuba semua permainan yang ada, paling kurang 2 jam. Biasanya pengunjung akan menghabiskan masa sehari disini. Memandangkan harga tiket yang agak mahal, anda mainlah sepuas hati.

Alamat:
Escape Penang
828 Jalan Teluk Bahang,
11050 Penang,
Malaysia

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-881 1106
Email : info@escape.my
Website : The Escape Penang

Harga:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti dan masa.
Dewasa : RM83.50 - Online tiket melalui laman web Escape Penang.
Kanak-kanak : RM55.50 - Online tiket melalui laman web Escape Penang.

Semak laman web rasmi Escape untuk maklumat lengkap.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Selasa - Ahad : 10am - 6pm
Isnin : Tutup

Taman Rimba Teluk Bahang

Kolam mandi Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba Teluk Bahang ialah kawasan peranginan air terjun yang terkenal di Penang. Ia adalah lokasi mandi-manda yang sangat menyeronokkan. Selain itu, disini juga terdapat Muzium Perhutanan yang mempamerkan berbagai khazanah hutan dan maklumat menarik.

Jika anda bercuti bersama keluarga, bawa mereka kesini. Anak-anak anda pasti gembira. Taman Rimba Teluk Bahang juga adalah lokasi menarik untuk bergambar.

Masa yang perlu diperuntukan disini ialah 1-2 jam.

Maklumat lanjut, sila lawati halaman Taman Rimba Teluk Bahang.

Alamat:
Taman Rimba Teluk Bahang
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-8851280
Email : jhnpp@penang.gov.my

Harga:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 8am - 6pm

Entopia by Penang Butterfly Farm

Entopia by Penang Butterfly Farm

Entopia ialah jenama baru Taman Rama-Rama Pulau Pinang. Berbanding dengan suasana sebelum ini, ia direka dengan teknologi terkini dan suasana yang lebih menarik. Kini pengunjung bukan setakat melihat rama-rama tetapi pengembaraan alam semulajadi yang menyeronokkan.

Lokasi Entopia ialah berhampiran Taman Rimba Teluk Bahang. Pengunjung akan melalui beberapa bahagian pameran hidupan termasuk haiwan dan serangga sebelum tiba ke kawasan taman rama-rama. Ia cukup menarik dengan pokok-pokok bunga, kolam dan percikan air terjun buatan.

Tempat ini sangat popular dikalangan pelancong luar negara. Berbagai spesis rama-rama, serangga dan lain-lain dapat disaksikan. Ia hidup bebas dikawasan yang dibina seperti habitat semulajadi. Anda akan mempunyai banyak peluang untuk snap gambar menarik.

Masa yang perlu diperuntukan disini ialah 1 - 2 jam.

Alamat:
Entopia by Penang Butterfly Farm
830, Jalan Teluk Bahang,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-8888 111
E-mail : info@entopia.com
Fax : -

Harga:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM49
Kanak-kanak : RM29

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 6pm.

Taman Herba Tropika

taman-herba-tropika

Taman Herba Tropika ialah salah satu tempat menarik di Penang yang agak kurang mendapat perhatian tetapi ia sebenarnya sangat menarik. Ia terletak berhampiran dengan pantai Teluk Bahang. Lihat Tropical Spice Garden dalam Google. Jika dilihat dari luar, ia bagaikan kawasan hutan. Sebenarnya didalam taman ini menyimpan lebih 500 jenis rempah dari seluruh dunia.

Apa yang menarik ialah pengunjung akan berjalan dalam kawasan hutan dimana pokok-pokok herba ditanam, memanjat bukit seolah-olah jungle trekking. Terdapat beberapa taman yang boleh dilawati. Laluan pejalan kaki dibina dengan baik. Disini juga terdapat kedai cenderahati yang menjual pelbagai jenis rempah dan barangan lain yang dibuat dari bahan semulajadi. Sebuah cafe kayu yang cantik didalam kawasan hutan menawarkan pemandangan laut menarik turut menanti pengunjung yang ingin menjamu selera.

Masa yang diperlukan untuk melawat Taman Herba Tropika ialah 1 - 2 jam.

Alamat:
Tropical Spice Garden
Lot 596 Mukim 2,
Jalan Teluk Bahang,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-8811 797 (796) (795), 012-430 7795
E-mail : info@tropicalspicegarden.com
Website : Tropical Spice Garden

Harga:
Dewasa : RM31
Kanak-kanak : RM18

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 6pm

Toy Museum Penang

Toy Museum Penang

Toy Museum yang dahulunya terletak di Tanjung Bungah kini telah berpindah ke lokasi baru di Teluk Bahang. Jika anda belum pernah melawat Toy Museum sebelum ini, ia adalah muzium yang menyeronokkan dan anda pasti tidak akan bosan. Malah ia juga sangat popular dikalangan pelancong.

Muzium ini menyimpan pelbagai koleksi figurin "super hero", karektor animasi, kartun dan lain-lain. Semuanya disusun mengikut kategori seperti Chamber of Comic Book Heroes, Cave of Dinosaurs, Fields of Combat, Hall of Rock Legends, Star Wars Collections dan bermacam-macam lagi. Jika anda membawa anak-anak melancong bersama, Toy Museum adalah tempat menarik di Penang untuk kanak-kanak yang cukup menyeronokkan.

Alamat:
Toy Museum Penang
1370, Mk 2,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 012-460 2096
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM10

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 6pm

Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang

Bagi pencinta alam semulajadi, tempat menarik di Penang yang boleh anda kunjungi ialah Taman Negara yang terletak di Teluk Bahang. Walau bagaimanapun, tiada penginapan disediakan di sini dan pelancong hanya boleh melawat sahaja. Perkhemahan juga tidak dibenarkan melainkan program yang dijalankan oleh Taman Negara untuk sekolah dan IPT.

Apa yang menarik di Taman Negara Pulau Pinang? Seperti kebanyakan Taman Negara, pengunjung boleh melihat berbagai jenis pokok yang unik dikawasan ini dimana terdapat hutan pamah, hutan bukit dan hutan bakau. Lebih 1,000 spesis tumbuh-tumbuhan direkodkan ada di sini. Untuk aktiviti merentas hutan, beberapa tempat menarik boleh dikunjungi seperti Pantai Kerachut, Teluk Tukun, Pasir Pandak, Teluk Aling, Teluk Duyung (Monkey Beach) dan Rumah Api Muka Head.

Alamat:
Taman Negara Pulau Pinang
Jalan Hassan Abas,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7am - 6pm.

Monkey Beach Penang

Monkey Beach

Monkey Beach ialah pantai menarik yang terletak di Taman Negara Pulau Pinang. Pantai disini ialah antara yang tercantik di Penang. Struktur pantai yang landai dan berpasir halus serta air laut yang berombak kecil sangat sesuai untuk mandi-manda. Ia merupakan lokasi popular perkelahan dihujung minggu. walau bagaimanapun, pada hari biasa ia agak sunyi dan cukup tenang.

Pelancong yang berminat untuk ke Monkey Beach boleh menaiki bot di jeti berhampiran pintu masuk ke Taman Negara. Sewa bot ialah sekitar RM50. Pelancong juga boleh berjalan kaki mengikut laluan ditepi pantai dalam Taman Negara. Jika anda sukakan aktiviti lasak, daftar di pejabat Taman Negara. Perjalanan agak mencabar dan ada beberapa lokasi menarik sebelum tiba ke destinasi.

Alamat:
Monkey Beach Penang
Jalan Hassan Abas,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7am - 6pm

Pantai Kerachut

Pantai Kerachut

Pantai Kerachut terletak dihujung Taman Negara Pulau Pinang di sebelah barat. Pantai ini menghadap Selat Melaka. Ia adalah salah sebuah pantai di Penang yang sangat menarik dan mesti dikunjungi. Walau bagaimanapun, untuk ke pantai ini, pelancong perlu samada menaiki bot atau berjalan kaki merentas hutan Taman Negara.

Jika anda ingin merentas hutan, daftar di pejabat Taman Negara dan jangan lupa beli tiket Titian Kanopi. Perjalanan agak jauh dan mencabar tetapi menyeronokkan. Syaratnya anda perlu sihat dan sentiasa aktif bersukan. Jika tidak, mesti semput.

Alamat:
Pantai Kerachut
Taman Negara Pulau Pinang,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7am - 6pm

Bukit Bendera

Viewing Deck berhampiran Stesen Atas.

Tidak lengkap melancong ke Penang jika tidak ke Bukit Bendera. Ia adalah tempat menarik yang sangat popular di negeri ini. Pusat peranginan tanah tinggi ini mempunyai banyak sejarah dan berbagai kesan peninggalan penjajah masih boleh dilihat hingga sekarang. Pengunjung dapat menikmati pemandangan menarik Bandaraya Georgetown hingga ke laut, menjamu selera dan melawat beberapa lokasi yang ada di puncak bukit.

Maklumat lanjut tentang Bukit Bendera boleh dibaca di halaman Bercuti ke Bukit Bendera.

Alamat:
Bukit Bendera
Jalan Stesen Bukit Bendera,
Ayer Itam 1,
11500 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Harga Tiket Cable Car
Dewasa : RM10.
Kanak-kanak : RM4.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 6.30am - 11pm

Muzium Perang

War Museum Penang

Penang War Museum atau Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di Batu Maung. Ia adalah bekas kubu yang dibina oleh tentera British sebelum Perang Dunia Kedua. Pengunjung yang melawat muzium ini akan dapat melihat bagaimana bentuk kubu peperangan, berjalan dalam terowong bawah tanah, melihat bilik arahan bawah tanah, Anti Air-craft Pit, Canon Firing Bay dan bermacam-macam lagi.

Muzium Perang Batu Maung ini terletak dipuncak bukit. Kawasan kubu masih dalam keadaan asal, diliputi pokok-pokok hutan semulajadi yang sangat menenangkan atau mungkin juga menyeramkan. Kenapa? Anda akan tahu setelah anda datang ke mari. Apa pun War Museum Penang adalah antara tempat menarik di Penang yang paling popular dan tidak boleh dilupakan.

Maklumat lanjut tentang War Museum Penang boleh dibaca di halaman Muzium Perang Pulau Pinang.

Nota:Kredit gambar pada Google dan Wikipedia.

Alamat:
War Museum Penang
Jalan Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM20.
Kanak-kanak : RM10.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Night Tour : 7.00 malam hingga 11.00 malam.

Akuarium Batu Maung

Akuarium Batu Maung

Salah satu tempat menarik di Penang yang mesti dilawati. Akuarium Batu Maung mempamerkan berbagai jenis ikan menarik dari spesis air tawar dan air masin. Selain itu, terdapat hidupan marin yang jarang dapat dilihat seperti kuda laut, ikan yu dan penyu. Walaupun tempat ini tidak sebesar Aquaria atau Underwater World, ia sudah cukup memuaskan hati pengunjung.

Jika anda membawa keluarga bercuti di Penang, Akuarium Batu Maung ialah tempat menarik yang cukup sesuai untuk kanak-kanak. Dengan bayaran harga tiket yang murah, tiada alasan untuk anda tidak kesini.

Maklumat lanjut lihat Aquarium Batu Maung.

Alamat:
Aquarium Batu Maung
FRI Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM2 (6 - 12 tahun)

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 10.00 am - 5.00 pm
Tutup : Rabu

Khoo Kongsi

Khoo Kongsi Penang.

Leong San Tong Khoo Kongsi ialah antara tempat menarik di Penang yang popular dikalangan pelancong. Senibina menarik bangunan dan berbagai ukiran warisan suku Khoo ini cukup mengagumkan. Lukisan, video serta barangan lama turut dipamerkan kepada pengunjung. Selain itu, berbagai aktiviti dan pertunjukan sering dianjurkan sepanjang tahun.

Nota: Kuil Khoo Kongsi tidak sesuai dilawati oleh muslim.

Alamat:
Khoo Kongsi
18, Cannon Square,
10450 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: +60 4-261 4609
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM10.
Kanak-kanak : RM1.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 5pm

Muzium Peranakan Penang

Muzium Peranakan Pulau Pinang.

Kaum peranakan atau lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya adalah komuniti keturunan cina yang banyak terdapat di Penang dan Melaka. Jika berkunjung ke Georgetown, anda boleh melawat Muzium Peranakan Penang yang memaparkan berbagai barangan kebudayaan baba dan nyonya. Apa yang menariknya, kebudayaan, cara hidup, percakapan dan adat-resam kaum cina ini turut terpengaruh oleh kebudayaan tempatan dan juga penjajah setelah berabad disini. Keunikan ini dapat disaksikan apabila anda melawat Muzium Peranakan.

Alamat:
Muzium Peranakan Penang
29, Church St,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: +60 4-264 2929
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM20.
Kanak-kanak bawah 6 tahun : Percuma.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9.30am - 5pm

Kek Lok Si

Kek Lok Si Temple (I)

Kek Lok Si ialah sebuah kuil Buddha yang sangat terkenal terletak di Air Itam. Kuil ini dikatakan kuil Buddha terbesar di Asia Tenggara. Mula dibina pada tahun 1890 dan siap sepenuhnya pada 1930. Ia merangkumi pagoda setinggi 7 tingkat, patung gangsa Buddha dan patung gangsa Kuan Yin setinggi 30.2 meter. Ia menawarkan pemandangan yang cukup cantik.

Nota: Kuil Kek Lok Si tidak sesuai dilawati oleh muslim.

Alamat:
Kek Lok Si
1000-L, Tingkat Lembah Ria 1,
11500 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: +60 4-264 2929
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Pagoda : RM2.
Sky Lift : RM2.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7am - 9pm

Penang House of Music

Penang House Of Music

Penang House of Music ialah tempat menarik di Penang yang unik mesti dilawati. Ia terletak di aras 4, KOMTAR. Pengunjung dapat melihat galeri muzik tahun 1940an, 50an dan 60an, bilik radio, panggung wayang lama dan lain-lain lagi.

Apa yang menarik disini ialah berbagai peralatan, radio dan muzik lama yang dipamerkan. Pengunjung dapat mencuba peralatan muzik dan menikmati lagu-lagu lama serta mempelajari sejarah perkembangan muzik di Penang.

Masa yang diperlukan disini ialah lebih-kurang 1 - 2 jam bergantung pada minat anda dan jumlah pengunjung yang hadir pada waktu tersebut.

Alamat:
Penang House of Music
L4-02, Level 4,
KOMTAR, Jalan Penang,
10000 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-370 6675
E-mail : info@penanghouseofmusic.com
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM20
Kanak-kanak : RM10

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 11.00 am - 8.00 pm

Colonial Penang Museum

Colonial Penang Museum

Ingin mengetahui bagaimana kehidupan orang kaya di Penang semasa zaman Inggeris? Anda boleh melawat Colonial Penang Museum. Rumah agam (mansion) ini dipulihara dan dijaga dengan baik dimana berbagai barangan, peralatan dan perabot zaman penjajah dapat disaksikan.

Melawat Colonial Penang Museum adalah pengalaman yang sangat menarik. Barangan yang dipamerkan cukup mengagumkan. Pengunjung juga boleh abadikan gambar menarik disini.

Masa yang diperlukan untuk melawat muzium ini ialah 30 minit hingga 1 jam.

Alamat:
Colonial Penang Museum
7, Jalan Ds. Ramanathan Scott RD,
Taman Pulau Pinang,
10350 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-228 8561
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM20.
Kanak-kanak : RM12.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9.45am - 5.30pm

Tokong Ular

Tokong Ular Bayan Lepas

Sebuah tokong yang terkenal di Bayan Lepas. Dahulunya ia dipenuhi berbagai spesis ular. Namun kini ular-ular telah ditempatkan dikawasan khas.

Tokong Ular adalah salah satu tarikan pelancongan terawal di Penang. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang kesini. Tiket tidak dikenakan dan masuk adalah percuma.

Nota: Tokong Ular tidak sesuai dilawati oleh muslim.

Alamat:
Jalan Sultan Azlan Shah,
Bayan Lepas Industrial Park,
11900 Bayan Lepas,
Penang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9 am - 10pm

Audi Dream Farm

Audi Dream Farm

Audi Dream Farm ialah ladang ternakan binatang. Jika anda membawa anak-anak kesini, mereka pasti gembira. Ia umpama mini zoo. Ada berbagai jenis binatang seperti kuda, kambing, burung, itik dan lain-lain.

Apa yang boleh anda lakukan disini ialah melihat haiwan ternakan yang ada dan mengambil gambar. Masa yang sesuai dilawati ialah awal pagi atau lewat petang. Kawasan ini agak panas waktu tengahari.

Masa yang diperlukan untuk melawat Audi Dream Farm ialah sekitar 1 jam.

Alamat:
Audi Dream Farm
145, MK B, Sg.Rusa,
11010 Balik Pulau,
Penang

Hubungi:
Tel: 012-499 9099
E-mail : audipenang@gmail.com
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 8 am - 6 pm

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang ialah ladang kuda yang sangat menarik. Ia terletak di Balik Pulau. Banyak kuda ada disini. Dari spesis kuda lumba hingga kuda padi dapat dilihat.

Kuda-kuda dikurung didalam kandang masing-masing. Ada juga yang dilepaskan bebas. Pengunjung berpeluang memberi makan, bergambar dan menunggang kuda (bayaran dikenakan).

Masa yang perlu anda peruntukan ialah lebih-kurang 1 jam. Waktu yang sesuai untuk melawat ialah pada awal pagi atau lewat petang.

Maklumat lanjut mengenai tempat ini boleh dibaca di halaman Countryside Stables Penang.

Alamat:
Countryside Stables Penang
Lot 10050, Jalan Sungai Burung,
Kampung Sungai Burung,
11000 Balik Pulau,
Penang

Hubungi:
Tel : 012-408 0678
Email : w.aikhsan@gmail.com

Harga:

Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa : RM12
Kanak-kanak : RM8

Harga tiket aktiviti.
Menunggang kuda : Kanak-kanak RM17, Dewasa RM20
Memberi makan kuda : RM5 per pek
Kereta kuda: Kanak-kanak RM5, Dewasa RM10

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 10.00 am - 7.00 pm

Pantai Pasir Panjang

Pantai Pasir Panjang Penang

Pantai Pasir Panjang ialah tempat menarik yang terletak di Pulau Betong, Balik Pulau. Ia agak jauh dari kawasan perkampungan penduduk. Kawasannya memang sunyi berlatar-belakangkan hutan semulajadi. Apa yang ada disini hanyalah kem PLKN.

Walau bagaimanapun, perjalanan yang agak jauh berbaloi apabila melihat pantai yang cantik. Apa yang agak mengecewakan ialah tiada kemudahan bilik mandi untuk membersihkan diri setelah mandi laut. Ada yang mengatakan bahawa pengunjung tidak digalakkan mandi kerana kecerunan pantai disini membahayakan.

Pengunjung boleh bersiar-siar disepanjang pantai, memancing ikan dan menikmati keindahan matahari terbenam di pantai Pasir Panjang.

Masa yang perlu diperuntukkan disini ialah kurang 1 jam.

Alamat:
Pantai Pasir Panjang
Pulau Betong,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7am - 7pm

Saanen Dairy Farm

Saanen Dairy Goat Farm

Saanen Dairy Farm agak popular dikalangan pelancong yang datang ke Balik Pulau. Ia adalah ladang ternakan kambing. Ada juga beberapa ekor haiwan ternakan lain seperti rusa dan burung unta tetapi tidak banyak. Lokasinya agak jauh dihujung kampung.

Masuk adalah percuma. Pengunjung boleh membeli makanan untuk diberi pada kambing. Jika bernasib baik, anda mungkin dapat melihat bagaimana perahan susu kambing dijalankan. Masa yang diperlukan untuk melawat ialah kurang 30 minit.

Alamat:
Saanen Dairy Goat Farm
298 Mukim 1 Sungai Pinang,
11010 Balik Pulau,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 10 am - 5 pm

Butterworth Art Walk

Butterworth Art Walk Street Mural

Jika anda berkunjung ke Butterworth, beberapa tempat menarik boleh dilawati seperti kawasan pantai, tempat membeli-belah dan lain-lain. Antara destinasi popular dikalangan pelancong ialah Butterworth Art Walk. Ia adalah street art atau street mural yang cukup mengagumkan.

Pengunjung dapat melihat banyak lukisan menarik di dinding bangunan. Hampir semua lukisan bertemakan Butterworth dan Pulau Pinang. Jika tidak salah saya, semua hasil seni ini adalah dari pelukis tempatan. Ia cukup membanggakan.

Alamat:
Butterworth Art Walk
1, Lorong Bagan Luar 1,
Bagan Luar,
12000 Butterworth,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma. Tiket tidak dikenakan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : Tiada had.

Hutan Lipur Bukit Panchor

Hutan Lipur Bukit Panchor, Nibong Tebal.

Hutan Lipur Bukit Panchor ialah kawasan hutan semulajadi yang terletak di Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Ia telah diwartakan sebagai Taman Negeri dan menjadi tempat rekreasi popular bagi penduduk sekitar untuk beriadah atau berkelah semasa cuti. Dikawasan ini terdapat sungai dan kolam mandi yang cetek sesuai untuk kanak-kanak. Berbagai kemudahan disediakan termasuk chalet, tapak perkhemahan, dewan, tandas, kantin dan surau. Untuk aktivit riadah, terdapat trek jogging, berbasikal dan laluan pejalan kaki.

Pemandangan cantik daun-daun berwarna-warni yang gugur ditanah menghasilkan pemandangan yang cukup menarik untuk lensa kamera. Bagi penggemar aktiviti lasak, anda boleh mengikuti ekspedisi merentas hutan serta meneroka gua yang terkenal disini iaitu Gua Kelawar dan Gua Tongkat.

Alamat:
Hutan Lipur Bukit Panchor
Jalan Taman Bukit Negeri,
14300 Nibong Tebal,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04-6505 250 - Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma. Tiket tidak dikenakan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7am - 6pm

Pulau Aman

Pulau Aman, Batu Kawan.

Salah satu kawasan yang kian menjadi perhatian pelancong di Penang ialah Pulau Aman. Ia terkenal dengan program homestay yang dijalankan di perkampungan nelayan disini. Tempat menarik yang boleh dilawati ialah pantai, perkampungan tradisi nelayan, jeti Pulau Aman dan Telaga Emas. Namun, apa yang membuatkan Pulau Aman sering dikunjungi ialah keenakan mee udang. Pastikan anda mencuba jika berkunjung ke pulau ini.

Alamat:
Pulau Aman
14100 Simpang Ampat,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Harga tiket bot
Dewasa : RM6
Kanak-kanak : RM4

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 7pm

Sungai Kerian

Sungai Kerian, Nibong Tebal.

Sungai Kerian terletak di Nibong Tebal. Ia terkenal sebagai lokasi untuk melihat kelip-kelip di waktu malam. Kawasan tebing sungai yang ditumbuhi pokok-pokok bakau menjadi habitat serangga tersebut dan akan terbang selepas matahari terbenam. Pelancong yang berminat boleh menaiki bot menyusuri sungai. Biasanya harga yang dikenakan ialah RM10 seorang.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am-10pm.

Taman Burung Pulau Pinang

Taman Burung Pulau Pinang.

Taman Burung Pulau Pinang terletak di Seberang Jaya. Ia adalah yang pertama seumpamanya dan terbesar di Malaysia. Terdapat lebih 300 spesis burung yang mana 150 darinya adalah spesis tempatan. Antara burung yang ada termasuk raja udang, burung unta, enggang dan kakak tua. Taman ini adalah pilihan yang sesuai untuk membawa anak-anak anda berjalan kerana selain mengenali berbagai jenis burung, saiz dan warna cukup menarik serta pengalaman memberi makan sangat mengujakan.

Alamat:
Taman Burung Pulau Pinang
Jalan Todak, Seberang Jaya,
13700 Perai,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM23.
Kanak-kanak : RM13.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 7pm

Empangan Mengkuang

Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam.

Empangan Mengkuang atau lebih dikenali sebagai Mengkuang Dam oleh orang tempatan adalah lokasi menarik untuk bersantai, berehat atau beriadah. Ia adalah tasik buatan yang menjadi pusat tadahan air untuk bekalan penduduk Penang.

Empangan Mengkuang dikelilingi bukit dan hutan semulajadi yang menghijau. Pemandangan disini memang cantik dan menenangkan. Ia terletak di Kampung Mengkuang, Bukit Mertajam. Pengunjung yang ingin kesini seeloknya datang diwaktu pagi. Bayaran masuk tidak dikenakan.

Alamat:
Mengkuang Dam
P129, Kampung Mengkuang,
12300 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma. Tiket tidak dikenakan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 7am - 7pm

Gurney Drive

Gurney Drive Penang.

Gurney Drive ialah lokasi menarik untuk dikunjungi terutama diwaktu malam. Ia terletak ditepi pantai dan turut dikenali sebagai Padang Kota Baru. Tarikan utama disini ialah gerai-gerai makanan, restoran, Pasaraya Gurney Plaza dan Gurney Paragon Mall. Selain itu, tembok penghalang hakisan yang terletak disepanjang jalan menjadi tempat menarik untuk bersantai sambil menikmati pemandangan laut.

Tempat ini juga telah berubah. Kerje-kerja penambakan tanah dikawasan pantai berlaku sepanjang 2019. Tempat bersantai tidak ada lagi disini. Anda boleh membeli-belah di dua pasaraya popular yang ada.

Alamat:
Gurney Drive
Pulau Tikus,
10250 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Percuma. Tiket tidak dikenakan.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : Tiada had

Wonderfood Museum

Wonderfood Museum Penang.

Wonderfood Museum ialah lokasi pelancongan unik yang mesti dikunjungi jika ke Georgetown. Muzium ini mempamerkan berbagai jenis makan tempatan dan asing. Uniknya beberapa makanan bersaiz cukup besar. Selain itu, terdapat pameran lain berkaitan makanan seperti suasana tempat makan, barangan makanan dan replika makanan tradisi berbagai kaum yang ada di Malaysia.

Muzium ini ditutup sementara kerana proses naiktaraf/baikpulih pada 2019. Ia telah beroperasi semula pada Disember 2019. Jadi anda tiada masalah untuk melawat muzium menarik ini sekarang.

Alamat:
Wonderfood Museum
49, Lebuh Pantai,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: +60 4-251 9095, 012 225 1968, 012 229 1968
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa : RM15.
Kanak-kanak : RM10.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 6pm.

Muzium Negeri Pulau Pinang

Bangunan Muzium Negeri Pulau Pinang

Muzium Pulau Pinang ialah Muzium Negeri yang mempamerkan berbagai barangan tinggalan sejarah dan juga peralatan kehidupan pelbagai etnik di Penang. Ia dinobatkan sebagai salah sebuah muzium terbaik di Malaysia. Pengunjung dapat menyaksikan koleksi foto lama, peta, dokumen bersejarah, perabot Cina, sulaman, pakaian dan lain-lain.

Bangunan asal muzium ini sedang diselenggara dan dibaikpulih. Ia telah ditutup sejak tahun 2018. Walau bagaimanapun, barangan pameran telah dipindahkan ke Padang Kota Lama. Pengunjung boleh melihat pameran di Bangunan Sri Pinang.

Alamat:
Muzium Negeri Pulau Pinang
Farquhar Street,
10200 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: +60 4-226 1461
E-mail : -
Fax : -

Harga:
Dewasa dan kanak-kanak : RM1.

Waktu operasi / Waktu melawat:
Setiap hari : 9am - 5pm (Sabtu - Khamis)

Kesimpulan

Tempat menarik di Penang memang banyak. Ada yang percuma dan ada yang mengenakan bayaran masuk. Dengan maklumat yang kami sediakan ini, anda dapat merancang percutian bajet, percutian menyeronokkan dan sebagainya mengikut kehendak atau citarasa sendiri.

Setakat ini dahulu senarai tempat menarik di Penang yang paling popular dikalangan pelancong. Semoga maklumat ini berguna pada anda yang bercadang untuk bercuti di pulau mutiara ini. Selamat merancang percutian bajet dan jangan lupa kongsikan artikel ini di laman fb, twitter dan sebagainya untuk rakan-rakan anda juga.

Lihat semua tempat menarik disetiap negeri: Tempat Menarik.

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Penang sebelum baca semua artikel dibawah.

  1. Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Penang
  2. Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Penang
  3. Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Penang
  4. Terokai semua: Penang - Tempat menarik, aktiviti dan percutian
Lokasi