Tanjung Dawai Kedah
Tanjung Dawai ialah salah satu tempat menarik di Kedah yang mesti dilawati jika bercuti di negeri ini. Ia terkenal sebagai destinasi membeli-belah barangan hasil laut. Bukan itu sahaja, pantai Tanjung Dawai juga merupakan lokasi popular untuk bersantai diwaktu petang. Ramai pengunjung membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin laut sambil melihat pemandangan matahari terbenam.
Selain itu, banyak restoran disepanjang pantai yang menyediakan masakan panas yang sedap. Pengunjung boleh menikmati makanan hasil laut yang segar dimasak mengikut selera masing-masing.