Rekreasi

Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa bercuti ialah melakukan aktiviti riadah di taman rekreasi. Tidak semestinya anda perlu bersukan atau jogging. Berjalan-jalan disekitar tempat rekreasi sudah memadai. Ia sebenarnya aktiviti yang sangat berfaedah. Samada anda bercuti bersama pasangan, keluarga atau kawan-kawan, aktiviti ini cukup sesuai dilakukan bersama-sama. Berikut ialah antara tempat rekreasi menarik yang boleh anda kunjungi.

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang ialah salah satu tempat menarik yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Balik Pulau. Terdapat 35 ekor kuda berbagai jenis termasuk kuda lumba dan kuda padi atau pony.

Tempat ini ialah destinasi pelancongan yang cukup unik. Suasana bagaikan perkampungan di negara barat dimana terdapat kandang kuda berderet dengan bunyi jeritan kuda yang sering didengar apabila menonton filem cowboy.

Titi Hayun Yan Kedah - Panduan percutian 2020

Titi Hayun Yan Kedah

Titi Hayun ialah kawasan peranginan air terjun yang terletak di daerah Yan, Kedah. Ia adalah tempat menarik yang tidak asing lagi di daerah pelancongan ini. Tempat ini telah dibangunkan dengan baik. Kemudahan awam disediakan termasuk resort yang menyediakan chalet penginapan untuk pengunjung yang ingin bercuti disini.

Selain mandi-manda, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Titi Hayun. Jika anda merancang untuk berkunjung kesini, saya syorkan anda bawa pakaian dan kasut yang sesuai untuk jungle trekking. Jika tidak, kunjungan anda kesini tidak akan sempurna.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang ialah tempat menarik di Ipoh yang semakin popular dikalangan pelancong dalam dan luar negeri. Ia adalah tasik bekas lombong yang cantik dikelilingi bukit batu kapur yang unik. Bukan itu sahaja, tempat ini telah dimajukan dengan beberapa binaan dan ciptaan yang menambah keindahan sedia ada.

Taman rekreasi ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan pintu masuk dan kawasan rekreasi diseberang tasik. Pengunjung boleh menaiki bot untuk ke kawasan rekreasi dimana beberapa tarikan menanti.

Taman Rekreasi Sungai Merbok

Taman Rekreasi Sungai Merbok

Taman Rekreasi Sungai Merbok ialah tempat menarik di Sungai Petani yang cukup seronok untuk dilawati. Ia terletak di Kompleks Jeti Semeling iaitu lebih-kurang 7KM dari pusat bandar. Taman rekreasi ini termasuk dalam Kawasan Pemuliharaan (Biodiversity) Hutan Simpan Bakau Merbok. Tarikan utama disini ialah Hutan Bakau Simpan. Pengunjung dapat memerhatikan pokok-pokok bakau yang tumbuh ditepi sungai melalui laluan pejalan kaki yang dinamakan Pelantar Bakau.

Taman Botani Pulau Pinang - Penang Botanical Garden

Penang Botanical Garden

Taman Botani Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang Botanical Garden adalah tempat menarik di yang mesti dilawati jika bercuti di negeri ini. Ia ditubuhkan sejak zaman penjajah Inggeris lagi, iaitu pada tahun 1884 dan dikenali sebagai Waterfall Garden pada ketika itu. Taman ini, seperti taman botani lain, mempunyai lanskap menarik, dikelilingi kehijauan pokok-pokok hutan serta rumah-rumah herba berbagai spesis.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Taman Botani Perak

Taman Botani Perak, Taiping.

Taman Botani Perak adalah destinasi menarik baru yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Taiping. Projek pembinaan yang bermula sejak 2016 ini telah siap beberapa fasa penting dan sudah mula dibuka kepada orang-ramai. Ia mula beroperasi secara rasmi pada 16 Ogos 2019.

Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba Teluk Bahang ialah salah satu tempat menarik di Penang yang telah lama terkenal dikalangan pelancong tempatan. Ia adalah kawasan air terjun yang menjadi destinasi orang-ramai untuk berkelah dihujung minggu dan cuti umum. Malah dimusim cuti sekolah pasti ada rombongan sekolah yang akan singgah disini.

Tempat ini dijaga dengan baik dan persekitarannya bersih semasa saya datang. Walaupun beberapa fasiliti sudah mula uzur, keseluruhannya adalah baik. Dan untuk pengetahuan, taman rimba ini diselia oleh Jabatan Perhutanan Pulau Pinang.

Taman Botani Shah Alam - Tempat menarik yang harus dikunjungi

Taman Botani Shah Alam ialah sebuah taman rekreasi menarik yang harus dikunjungi jika bercuti ke Shah Alam. Digelar taman ditengah bandar, ia turut dikenali dengan nama Bukit Cerakah, Taman Pertanian Malaysia dan juga Bukit Cahaya Seri Alam. Taman ini merupakan satu-satunya Taman Botani yang menyerlahkan konsep botani hutan hujan tropika. Selain taman rekreasi, Taman Botani Shah Alam juga berperanan sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan botani, hortikultur serta pertanian.

Sungai Sedim - Tree top walk dan aktiviti menarik

Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak didalam kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim iaitu didalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, di daerah Kulim, Kedah. Laluan kanopi sepanjang 1.5 KM ini mempunyai ketinggian paling tinggi 36 meter dari aras tanah. Berjalan diatas kanopi ini membolehkan pengunjung melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi untuk memerhatikan pelbagai flora dan fauna menarik yang ada dikawasan Hutan Simpan Sungai Sedim.