Penang - Tempat menarik, aktiviti dan percutian

Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang adalah salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Sejak dahulu ia telah menjadi lokasi pilihan untuk percutian keluarga dan juga rombongan sekolah. Tempat menarik seperti Bukit Bendera, Fort Cornwallis dan Batu Ferringhi menjadi lokasi tarikan utama pelancong ke pulau mutiara ini.

Hari ini Penang bukan sahaja terkenal dikalangan pelancong tempatan, malah kehadiran pelancong luar negara turut membanjiri negeri ini saban tahun. Bandaraya Georgetown diikhtiraf sebagai World Heritage Site UNESCO pada tahun 2008. Disamping itu, berbagai tarikan pelancongan baru dibangunkan dan jangan terkejut kerana bilangan muzium sahaja setakat ini berjumlah 19 buah.

Kami telah mengumpulkan semua tempat menarik di Penang untuk anda terokai. Malah kami telah memudahkan anda dengan meletakkan tarikan pelancongan mengikut kategori iaitu tempat menarik untuk dilawati dan aktiviti yang boleh dilakukan.

Pertama kali ke Penang?

Lokasi penginapan adalah perkara pertama dan paling penting dalam mengatur percutian anda. Pilih destinasi menarik untuk penginapan di Penang.

George Town Penang
Banyak tempat menarik untuk dilawati, tempat makan, tempat membeli-belah dan hotel penginapan.
Hotel, Hotel bajet, dorm
Batu Feringgi Penang
Tempat pelancongan yang popular. Banyak tempat menarik berhampiran, aktiviti dan tempat makan.
Hotel, Resort, Hotel bajet
Bayan Lepas Penang
Tempat menarik popular ialah Muzium Perang, Akuarium Batu Maung, Tokong Ular dan tempat makan.
Hotel, Hotel Bajet, Apartment
Balik Pulau Penang
Tarikan utama di Balik Pulau ialah durian, street art, agrotourism, pantai dan tempat makan sedap.
Hotel Bajet, Homestay
Butterworth Penang
Beberapa tempat menarik di Butterworth yang popular seperti street art, pantai dan tempat makan.
Hotel, hotel bajet, homestay
Seberang Perai Penang
Destinasi percutian di Seberang Perai Penang. Mempunyai berbagai tarikan pelancongan dan aktiviti.
Hotel, Hotel bajet, Homestay

Top 10 di Penang

Tidak perlu pening memikirkan tempat menarik untuk dilawati dan aktiviti yang hendak dilakukan. Lihat senarai top 10 dibawah dan rancang itinerari percutian yang anda ingini.

Top 10 tempat menarik

Tempat menarik paling popular dan terbaik di Penang yang mesti dilawati. Semua tempat menarik ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Baca selanjutnya

Top 10 aktiviti menarik

Banyak aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan bila bercuti di Penang. Top 10 aktiviti menarik ini adalah yang terbaik. Pastikan anda bersedia dari segi fizikal dan mental.

Baca selanjutnya

Top 10 tempat membeli-belah

Aktiviti yang tidak boleh dipisahkan dengan percutian. Top 10 tempat membeli-belah ini adalah yang paling popular dan unik di Penang. Anda mesti kunjungi semua lokasi ini!

Baca selanjutnya