Senarai tempat menarik di Sabah

Negeri Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia. Dalam sektor pelancongan, Sabah terkenal dengan alam semulajadi yang cantik dan juga kebudayaan pelbagai etnik yang tinggal di negeri ini. Dalam artikel ini, anda akan diperkenalkan dengan tempat menarik di Sabah mengikut daerah, lokasi percutian dan tarikan pelancongan seperti kebudayaan penduduk tempatan, kesan peninggalan sejarah serta aktiviti menarik yang terdapat dalam daerah tersebut.

Pengenalan Sabah

Sabah, Negeri di Bawah Bayu, adalah negeri yang terkenal dengan kecantikan alam semulajadi. Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Malaysia terletak di negeri Sabah. Ia menjadi tarikan para pendaki gunung dari seluruh Malaysia dan juga luar negara. Hutan Taman negara Kinabalu telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO kerana mempunyai berbagai spesis tumbuhan dan keadaan geologi, topografi serta iklim yang unik. Selain itu, beberapa kawasan lain seperti Lembangan Maliau, Lembah Danum, Tabin, Imbak Canyon dan Sepilok sangat kaya dengan flora dan fauna Hutan Hujan Tropika yang masih belum diterokai kini dipelihara dan dijadikan Hutan Simpan.

Pakaian kebudayaan di Sabah.

Keterangan gambar: Pakaian kebudayaan di Sabah.

Terdapat kira-kira 30 kaum dan etnik pribumi yang hidup secara hormoni di Sabah. Populasi penduduk tahun 2010 yang ada di Sabah ialah:

  1. Kadazan-Dusun - 17.82%.
  2. Bajau - 14%.
  3. Melayu Brunei - 5.71%.
  4. Murut - 3.22%.
  5. Lain-lain bumiputera - 20.56%. Sila lihat *Nota dibawah.
  6. Cina - 9.11%.
  7. Lain-lain - 29.31%.

Nota: Lain-lain bumiputera yang ada di Sabah ialah kaum Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Bawang dan Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, Kedayan, Orang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida’an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino dan Jawa.

Sabah terdiri dari Lima Bahagian yang mengandungi beberapa daerah didalamnya. Berikut ialah senarai Bahagian dan daerah-daerah yang terdapat di Sabah.

  1. Pantai Barat (Kota Kinabalu) - Terdiri dari daerah Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Putatan, Ranau, Tuaran.
  2. Pedalaman (Keningau) - Terdiri dari daerah Beaufort, Nabawan, Keningau, Kuala Penyu, Sipitang, Tambunan, Tenom.
  3. Kudat - Terdiri dari daerah Kota Marudu, Kudat, Pitas.
  4. Sandakan - Terdiri dari daerah Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Tongod.
  5. Tawau - Terdiri dari daerah Kunak, Lahad Datu, Semporna, Tawau.
Peta menunjukkan Bahagian Sabah.

Keterangan gambar: Peta Bahagian di Sabah.

Pulau cantik di Sabah

Pasti semua orang yang minat melancong menyimpan angan-angan untuk ke Sabah mengunjungi pulau-pulau yang cantik disana. Memang benar, Sabah mempunyai banyak pulau yang menarik dan menjadi destinasi percutian bukan saja pelancong dari dalam negara tetapi juga dari luar negara. Antara pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancong adalah:

  • Pulau Lankayan - Terletak di Laut Sulu di bahagian utara Sandakan. Ait lautnya jernih kebiruan disekitar pulau ini yang mengandungi batu karang tropika.
  • Pulau Selingan - Juga dikenali dengan nama Turtle Islands Park. Ia terdiri dari tiga buah pulau iaitu Pulau Selingan, Bakungan Kecil dan Gulisan menjadi lokasi penyu Hijau dan penyu Karah bertelur. Pulau ini terletak di Laut Sulu, berhampiran dengan Sandakan.
  • Pulau Sipadan - Terletak di Laut Celebes berhampiran Semporna. Terkenal sebagai salah satu tempat scuba diving yang terbaik didunia.
  • Pulau Kapalai - Juga terletak di Laut Celebes berhampiran Semporna. Pulau ini bersebelahan dengan pulau Sipadan iaitu kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bot. Ia adalah pulau percutian terkenal yang mempunyai resort diatas air yang sangat menarik.
  • Pulau Mabul - Terletak di Laut Celebes berhampiran Semporna. Lokasinya berhampiran Pulau Kapalai. Ia merupakan satu lagi lokasi menarik untuk scuba diving.
  • Pulau Mataking - Salah sebuah pulau menarik di Laut Cenebes berhampiran Semporna.
  • Pulau Layang-Layang - Sebuah pulau yang cantik terletak agak jauh di Laut China Selatan disebelah barat laut Kota Kinabalu.
  • Pulau Mantanani - Pulau yang terletak di Laut China Selatan ini adalah berhampiran dengan Kota Belud.
  • Pulau Manukan - Salah sebuah pulau yang membentuk Taman Tunku Abdul Rahman. Terletak berhampiran Kota Kinabalu.
  • Pulau Gaya - Pulau terbesar Taman Tunku Abdul Rahman. Terletak berhampiran Kota Kinabalu.
  • Pulau Sapi - Salah sebuah pulau yang membentuk Taman Tunku Abdul Rahman. Terletak berhampiran Kota Kinabalu.
  • Pulau Tiga - Terletak di Laut China Selatan berhampiran dengan Kuala Penyu.

Tempat menarik di Sabah

Dibawah ini ialah senarai tempat menarik di Sabah yang kami susun mengikut daerah sebagai panduan untuk anda merancang percutian ke Negeri Dibawah Bayu ini.

Tempat menarik di Kota Kinabalu

Kota Kinabalu adalah ibu negeri Sabah. Dahulunya dikenali dengan nama Jesselton. Disini terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang menjadi tarikan pelancong. Antara tempat menarik di Kota Kinabalu yang boleh dilawati ialah:

  1. Jesselton Point Waterfront - Terminal feri utama di Kota Kinabalu yang membawa pelancong ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan juga trip ke Labuan. Jesselton Point Waterfront merupakan salah satu tempat menarik di Kota Kinabalu yang harus dilawati. Selain menawarkan pemandangan indah ditepi laut, jeti ini sangat cantik dan kawasannya begitu bersih. Antara lain yang terdapat disini ialah deretan kedai makan, kedai kraftangan dan lain-lain.
  2. Aquarium & Marine Museum - Pusat pameran akuarium yang terbaik di Pulau Borneo yang mengandungi lebih 150 spesies hidupan laut termasuk 30 spesies batu karang. Antara yang ada disini ialah pameran hidupan laut, Pusat Pameran Terumbu Karang, Pejalan kaki Paya Bakau, Muzium Maritim dan Marin Kontemporari, Kiosk Maklumat Multimedia Interaktif dan lain-lain.
  3. Atkinson Clock Tower - Menara jam bersejarah ini dibina pada tahun 1905 bagi memperingati Francis George Atkinson, iaitu pegawai daerah Jesselton (Kota Kinabalu) yang pertama. Menara ini dibina berasaskan kayu dan tetap teguh hingga ke hari ini walaupun telah melalui zaman perang dan juga beberapa penambah-baikan.
  4. Australia Place - Antara tempat bersejarah yang ada di Kota Kinabalu dan merupakan salah satu lokasi Heritage Walk di bandaraya ini.
  5. Borneo Art Gallery - Galeri yang mempamerkan koleksi lukisan anak tempatan dan juga beberapa lukisan dari pelukis filipina dan Indonesia. Bagi peminat senilukis, Borneo Art Galeri yang terletak di Kompleks Asia City adalah lokasi menarik yang mesti dilawati. Lukisan juga adalah untuk jualan.
  6. City Mosque - Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di tepi laut Teluk Likas merupakan sebuah masjid yang mempunyai rekabentuk menarik menyerupai Masjid Nabawi di Madinah. Merupakan antara masjid yang paling cantik di Malaysia, masjid ini boleh memuatkan sehingga 12,000 orang.
  7. Double Six Monument - Memorial yang dibina bagi mengingati kemalangan kapal terbang pada 6 June 1976 yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan enam orang yang lain. Double Six Monument ini dibina diatas kawasan kemalangan itu berlaku.
  8. Gaya Street Sunday Market - Juga dikenali sebagai Pasar Tamu Jalan Gaya, merupakan salah satu lokasi tarikan pelancong di Sabah. Ia adalah sebuah pasar terbuka yang menjual pelbagai barangan tempatan dengan harga murah.
  9. Handicraft Market - Kawasan membeli-belah yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephens ini cukup terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Berbagai barangan dijual termasuk kain, mutiara, beg, barangan kraftangan serta bermacam-macam lagi.
  10. Kadaiku Handicraft - Terletak di Kompleks Sinsuran, Kadaiku Handicraft menjual pelbagai barangan kraftangan Sabah termasuk produk penjagaan diri, produk sulaman, makanan dan minuman serta berbagai barangan kraftangan tradisional dari etnik yang ada di Sabah.
  11. KK Esplanade - Terletak ditengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu, KK Esplanade ialah lokasi menarik berlatar-belakangkan pemandangan indah bandaraya dan juga panorama laut yang memukau. Disini tersedia bangku untuk pengunjung, tugu ikan lumba-lumba dan pelantar laut yang luas. Pemandangan indah disini begitu menakjubkan dan salah satu lokasi bergambar yang cukup menarik di Kota Kinabalu.
  12. KK Heritage Walk - Ia adalah perjalanan melawat lokasi-lokasi menarik dan bersejarah yang ada di bandaraya Kota Kinabalu.
  13. Kota Kinabalu Central Market - Terletak tidak jauh dari Handicraft Market, Kota Kinabalu Central Market ialah pasar yang menjual berbagai barangan segar seperti buah-buahan tempatan, sayur-sayuran, kuih dan makanan tradisional serta lain-lain lagi. Pasar ini dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang.
  14. Kota Kinabalu Wetlands - Dahulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Kawasan hutan bakau seluas 60 ekar ini dipelihara dan diuruskan oleh NGO tempatan untuk tujuan pemuliharaan, pendidikan, rekreasi, pelancongan dan penyelidikan. Pengunjung boleh berjalan dikawasan ini untuk melihat berbagai spesis burung (lebih 80 spesis), ketam dan lain-lain lagi.
  15. Mari Mari Cultural Village - Perkampungan budaya ini adalah destinasi percutian menarik di Sabah yang mesti dikunjungi. Terletak agak jauh di Kionsom, Inanam, iaitu kira-kira satu setengah jam perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu. Mari Mari Cultural Village mengumpulkan 5 etnik utama di Sabah didalam satu kampung. Pengunjung dapat melihat sendiri kehidupan tradisional yang cuba dikekalkan disini.
  16. Menara Tun Mustapha - Dibina pada tahun 1977, ia adalah bangunan kedua tertinggi di Pulau Borneo. Dahulunya dikenali dengan Bangunan Yayasan Sabah, ia terletak di Teluk Likas, kira-kira 5 KM dari pusat bandar Kota Kinabalu. Menara Tun Mustapha mempunyai rekabentuk yang unik berupa kon dan menjadi mercu tanda di negeri Sabah. Ia berpusing 360 darjah dalam masa sejam.
  17. North Borneo Railway - Pengunjung dapat merasai suasana menaiki keretapi di zaman British North Borneo apabila menaiki keretapi lama tahun 1900an yang dipulihara dan diubahsuai bagaikan gerabak keretapi penumpang gaya kolonial ini. Perkhidmatan keretapi ini bermula dari Tanjung Aru melalui landasan ke Kinarut dan seterusnya berakhir di Papar. Pengunjung akan disajikan dengan sarapan pagi ala-Tiffin serta makan tengahari dengan hidangan Asia dan Continental.

Tempat menarik lain yang terdapat di Kota Kinabalu ialah:

  • Outdoor Development Centre (ODEC).
  • Sabah State Museum & Heritage Village.
  • Signal Hill Observatory Platform.
  • Tun Mustapha Gallery.
  • Water World Theme Park.
  • Laman seni, Wisma Budaya Sabah.
  • Sabah State Mosque.
  • Puh Toh Tze Temple.

Lihat artikel: Senarai tempat menarik di Kota Kinabalu.

Muzium Negeri Sabah yang terletak di Kota Kinabalu.

Keterangan gambar: Muzium Negeri Sabah yang terletak di Kota Kinabalu.

Tempat menarik di Sandakan

Jika anda ingin berkunjung ke Sandakan, terdapat beberapa tempat pelancongan yang boleh dilawati. Antara tempat menarik di Sandakan ialah:

  1. Sandakan Heritage Trail.
  2. Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre.
  3. Rainforest Discovery Centre (RDC).
  4. Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary - Monkey top safari.
  5. Gomantong Cave.
  6. Agnes Keith House.
  7. Bornean Sun Bear Conservation Centre.
  8. St. Michael's and All Angels Church, Sandakan.

Tempat menarik di Ranau

Ranau terkenal sebagai kawasan pelancongan alam semulajadi di Sabah. Antara tempat menarik yang ada di Ranau ialah:

  1. Sabah Tea Garden - Ladang Teh Sabah ini adalah antara tempat pelancongan menarik di Sabah yang menjadi tumpuan pelancong.
  2. Poring Hot Spring (PHS).

    Nota: Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Mandi-manda di Poring Hotspring Sabah.

  3. Miki Survival Camp.
  4. Kinabalu Park.
  5. "Tagal" Sungai Moroli, Kampung Luanti - Fish Massage.
Kraftangan bakul kaum Dusun yang sangat menarik.

Keterangan gambar: Kraftangan bakul kaum Dusun yang sangat menarik di Sabah.

Tempat menarik di Tawau

Seperti Kudat, Tawau ialah sebuah bahagian, daerah dan juga bandar di Sabah. Tawau merupakan sebuah bandar pelabuhan yang telah lama membangun dan merupakan bandar yang ketiga terbesar di Sabah. Jika anda melancong ke Sabah, jangan lupa melawat Tawau dimana terdapat banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti:

  1. Teck Guan Cocoa Museum - Tawau Cocoa Village.
  2. Tawau Tanjung Market - Pasar Tanjung Tawau adalah bangunan pasar terbuka empat tingkat antara yang terbesar di Malaysia.
  3. Tawau Hills Park - Taman Negara Bukit Tawau.
  4. Maliau Basin.
  5. Hutan Simpan Bukit Gemok.
  6. Central Market Tawau - Juga dikenali dengan nama Pasar Gantung yang menjual pelbagai barangan perhiasan dan kraftangan seperti perhiasan dari mutiara atau kraftangan dari siput-siput laut dari daerah Semporna. Juga terdapat pelbagai barangan kraftangan lain yang diperbuat daripada rotan, kayu jati dan buluh yang unik dari Filipina dan Indonesia.
  7. Balung River Eco Park.
  8. Menara Jam Tawau - Menara Jam bersejarah di Sabah.
  9. monumen Menara Loceng - Tempat bersejarah di Sabah yang dibina pada tahun 1898.
  10. Tugu Peringatan Tentera Jepun - Tempat bersejarah di Sabah ini adalah kawasan perkuburan tentera Jepun yang terkorban semasa perang dunia kedua.
  11. Tugu Peringatan Kalabakan - Tempat bersejarah di Sabah ini dibina pada tahun 1969 sebagai monumen memperingati kehilangan 11 perajurit negara yang terkorban ketika peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia.

Tempat menarik di Beaufort

Beaufort ialah sebuah daerah yang terletak dalam Bahagian Pedalaman Sabah. Bandar Beaufort ini dibina sejak zaman pemerintahan British lagi. Penduduk daerah ini terdiri dari suku kaum Bisaya, Kedayan dan Melayu Brunei. Juga terdapat etnik lain seperti kaum Murut , Lun Bawang/Lun Dayeh dan Dusun. Antara tempat menarik di Beaufort yang boleh dilawati ialah:

  1. Weston Wetland.
  2. Starcevich Memorial.
  3. Klias River.
  4. Garama Wetland.
Keretapi Diesel di Beaufort Sabah.

Keterangan gambar: Keretapi Diesel adalah antara tarikan di Sabah.

Tempat menarik di Kinabatangan

Daerah Kinabatangan terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah. Tempat menarik di daerah Kinabatangan ialah:

  1. Sungai Kinabatangan.
  2. Batu Tulug.

Tempat menarik di Tuaran

Daerah Tuaran terletak dalam Bahagian Pantai Barat, Sabah. Penduduk daerah ini terdiri dari suku kaum Dusun, etnik Bajau, dan kaum Cina. Antara tempat pelancongan di daerah Tuaran yang terkenal ialah bangunan Pagoda Cina setinggi 9 tingkat yang menjadi mercu tanda di Bandar Tuaran. Lain-lain tempat menarik di Tuaran yang boleh dilawati:

  1. Tuaran Crocodile Farm.
  2. Tamu Tuaran - Pasar Tamu yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan laut, kek tradisional, produk tembakau tradisional, cenderamata dan lain-lain lagi.
  3. Linangkit Cultural Village.
  4. Borneo Kellybays.
  5. Kampung Mengkabong - Sebuah perkampungan air yang menarik di Sabah. Perkampungan ini kelihatan seperti terapung diatas muara dan pesisir pantai.
  6. Kampung Penimbawan - Sebuah lagi air yang terletak di Tuaran dan menjadi tarikan pelancong.
Jambatan Tamparuli Sabah yang terkenal.

Keterangan gambar: Pemandangan Jambatan Tamparuli yang terkenal.

Tempat menarik di Keningau

Daerah Keningau terletak dalam Bahagian Pedalaman, Sabah. Bandar Keningau pula merupakan bandar yang kelima terbesar di Sabah. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Keningau ialah:

  1. Crocker Range Park.
  2. Tamu Keningau.

Tempat menarik di Lahad Datu

Daerah Lahad Datu terletak dalam Bahagian Tawau, Sabah. Ia terkenal dengan pelancongan alam semulajadi atau Eko-Pelancongan. Antara tempat menarik di lahad Datu yang menjadi tarikan pelancong:

  1. Hutan Simpan Lahad Datu.
  2. Tabin Wildlife Reserve - Juga dikenali dengan nama Taman Hidupan Liar Tabin. Pengunjung boleh melihat berbagai hidupan liar disini seperti gajah Asia, badak sumbu Sumatera dan tembadau.
  3. Gua Madai.
  4. Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum - Hutan Simpan yang menyimpan berbagai khazanah alam semulajadi di Sabah.

Tempat menarik di Kundasang

Kundasang ialah sebuah bandar di daerah Ranau, Sabah. Terdapat beberapa tempat menarik di Kundasang yang boleh dikunjungi jika anda bercuti di daerah Ranau seperti:

  1. Desa Cattle Dairy Farm.
  2. Petagas War Memorial, Kundasang.
  3. Mesilau.
Tamu Kundasang, Sabah.

Keterangan gambar: Tamu Kundasang merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di Sabah.

Tempat menarik di Kudat

Kudat adalah salah satu Bahagian di Sabah. Ia terletak di utara negeri Sabah menghadap Laut China Selatan dan Laut Sulu. Terdapat tiga daerah dalam Bahagian Kudat iaitu daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Penduduk di Kudat terdiri dari pelbagai etnik seperti Rungus, Cina, Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Antara tempat-tempat menarik di Kudat ialah:

  1. The Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau.
  2. Tamu Kudat.
  3. Pantai Kelambu.
  4. Rumah panjang Rungus yang terletak di kampung Bavanggazo.
Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.

Keterangan gambar: Pemandangan menarik Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.

Tempat menarik di Penampang

Daerah Penampang terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, berhampiran Kota Kinabalu. Penduduk di daerah ini kebanyakannya terdiri dari masyarakat Kadazan. Antara tempat-tempat menarik di Sabah yang terdapat di daerah Penampang ialah:

  1. Tamu Penampang.
  2. St. Michael's Church.
  3. TAGAL Tinopikon Park.
  4. Sabah Art Gallery.
  5. Lok Kawi Wildlife Park.
  6. Kipandi Butterfly Park.
  7. KDCA Cultural Village.
  8. Monsopiad Cultural Village - Juga dikenali dengan nama Kampung Budaya Monsopiad, iaitu nama seorang pahlawan terkenal yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan kepala tersebut dihalaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhnya yang lain.
Muzium Murut di Penampang, Sabah.

Keterangan gambar: Muzium Murut di Penampang merupakan salah satu tempat pelancongan menarik di Sabah.

Tempat menarik di Tambunan

Daerah Tambunan meliputi kawasan tanah tinggi Banjaran Crocker yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah. Penduduk di daerah ini kebanyakannya terdiri dari kaum Dusun. Gunung Trus Madi, iaitu gunung yang kedua tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2,462 meter terletak di daerah Tambunan.

  1. Sawah padi di Tambunan - Pemandangan sawah padi yang menarik di kiri-kanan jalan di Tambunan, Sabah.
  2. Rafflesia Information Centre.
  3. Gunung Trus Madi - Gunung setinggi 2,462 ini merupakan gunung yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.
  4. Mat Salleh Memorial - Tugu pahlawan Sabah, Mat Salleh, yang menentang penjajah British pada kurun ke 19.
Tugu Peringatan Mat Salleh Pahlawan Sabah di Tambunan.

Keterangan gambar: Tugu Peringatan Mat Salleh di Tambunan, Sabah.

Tempat menarik di Tenom

Tenom terletak di Bahagian Pedalaman. Ia bersempadan dengan daerah Keningau, Sipitang dan Beaufort. Antara aktiviti pelancongan dan tempat menarik di Tenom ialah:

  1. Murut Cultural Centre.
  2. Sungai Padas - Aktiviti kayak dan White Water Rafting.
  3. Memancing ikan.

Pusat membeli-belah di Sabah

Selain melawat kawasan pelancongan, tempat bersejarah dan tempat menarik di Sabah, pengunjung juga boleh membeli-belah berbagai barangan tempatan seperti barangan kraftangan dan produk tradisional lain di Tamu atau Pasar yang ada di setiap daerah. Terdapat juga pusat membeli-belah lain di Sabah yang boleh di kunjungi seperti:

  1. Tamu Kuala Penyu.
  2. Tamu Tamparuli.
  3. Borneo Hypermall.
  4. Centre Point Sabah.
  5. Tawau Shopping centre.

Program Homestay di Sabah

Bagi membolehkan pelancong melihat dengan lebih dekat kebudayaan dan adat-resam masyarakat di Sabah, kerajaan telah membangunkan beberapa buah homestay agar pelancong dapat merasai sendiri pengalaman hidup bersama penduduk tempatan disini. Antara homestay yang ada di Sabah ialah:

  • Miso Walai Homestay, Sandakan, Sabah - Hubungi Encik Mohd. Hasim Abd. Hamid, Tel: 089-561 811 / 013-545 0546.
  • Homestay Moido Walai Toko, Kuala Abai, Sandakan, Sabah - Hubungi Encik Zul Husin Bin Muil, Tel: 016-841 5415 / 012-889 5379.
  • Homestay Kampong Bilit, Sandakan, Sabah - Hubungi Encik Dzulkifli Bin Janggai, HP: 013-891 3078.
  • Homestay Balai Kito, Kampung Sukau, Sandakan, Sabah - Hubungi Dr. Isabelle Lockman Ancrenaz / Encik Sahdin Lias, Tel: 089-568 472 / 089-230 220 / 013-869 9026.
  • Homestay Koposizon, Papar, Sabah - Hubungi Encik William Lee, Tel: 088-917 388 / 019-862 2901.
  • Homestay Misomporu, Kudat, Sabah - Hubungi Encik Jeffry Yahya, Tel: 088-671 093 / 671 051 / 013-872 1765 / 016-815 5056.
  • Homestay Long Pasia, Sipitang, Sabah - Hubungi Encik Sigar Baru, HP: 014-861 7881, Cik Aidah Siger, HP: 013-548 8778.
  • Homestay Melangkap, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah - Hubungi Encik Rubin Guribah, Tel: 088-491 828 / 019-831 6897.
  • Homestay Taginambur, Kota Belud, Sabah - Hubungi Encik Robert Meisin Sendelun, Tel: 010-934 8616 / 088-423 993.
  • Homestay Mitabang, Tamparuli, Tuaran, Sabah - Hubungi Encik Ariffin Gadait, HP: 019-862 4585 / 088-255 972.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Sabah, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Terdapat berbagai keunikan dan tarikan pelancongan di Sabah yang belum sempat kami muatkan disini lantaran kekangan masa dan tenaga. Walau bagaimanapun kami akan berusaha mengemas-kini dan menambah-baik tempat menarik di Sabah ini untuk menjadi sumber rujukan pelancong yang ingin melawat Sabah. Sekiranya anda ingin berkongsi tempat menarik atau pengalaman percutian anda ke Sabah, sila kongsikan dibahagian komen dibawah.

Lihat semua tempat menarik disetiap negeri: Tempat Menarik.

Lokasi