Tanjung Dawai Kedah

Tanjung Dawai ialah salah satu tempat menarik di Kedah yang mesti dilawati jika bercuti di negeri ini. Ia terkenal sebagai destinasi membeli-belah barangan hasil laut. Bukan itu sahaja, pantai Tanjung Dawai juga merupakan lokasi popular untuk bersantai diwaktu petang. Ramai pengunjung membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin laut sambil melihat pemandangan matahari terbenam.

Selain itu, banyak restoran disepanjang pantai yang menyediakan masakan panas yang sedap.  Pengunjung boleh menikmati makanan hasil laut yang segar dimasak mengikut selera masing-masing.

Pantai Tanjung Dawai waktu malam

Lokasi Tanjung Dawai

Tanjung Dawai terletak dalam daerah Kuala Muda. Ia boleh dikunjungi melalui jalan darat mengikut jalan Merbok - Tanjung Dawai atau Yan - Tanjung Dawai.

Tanjung Dawai juga boleh dikunjungi melalui laut iaitu dengan menaiki bot di jeti Pantai Merdeka.

Peta Tanjung Dawai

Arked Tanjung Dawai

Arked Tanjung Dawai ialah tempat membeli-belah barangan hasil laut tempatan. Bangunan dua tingkat ini terdiri dari kedai makan di tingkat bawah dan kedai barangan hasil laut di tingkat atas. Lokasi bangunan arked ini ialah disebelah Jeti Tanjung Dawai.

Alamat:
Arked Tanjung Dawai
Tanjung Dawai,
08400 Merbok,
Kedah

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Harga:
Harga barangan dilabelkan.

Waktu operasi:

Waktu operasi Arked Tanjung Dawai

Setiap hari : 7.00am - 6.00pm

Arked ditutup lebih lewat pada musim cuti.

Arked Tanjung Dawai

Ada lebih 10 buah kedai yang menjual produk hasil laut di Arked Tanjung Dawai. Jika dilihat sekali lalu, kedai-kedai ini menjual barangan yang hampir sama. Apa yang berbeza adalah jenama, pembuat dan harga. Jadi terpulang pada kepakaran sendiri untuk mendapat yang terbaik disini.

Apa yang menarik?

Apa yang menarik di Tanjung Dawai ialah pantai, perkampungan nelayan dan jeti. Namun yang paling popular ialah aktiviti membeli-belah produk hasil laut.

Membeli-belah hasil laut

Tanjung Dawai terkenal kerana produk hasil laut yang dihasilkan disini. Jika datang dengan kereta, anda boleh lihat banyak kedai yang menjual produk ini ditepi jalan. Antara produk hasil laut yang popular di Tanjung Dawai ialah:

  • Ikan masin - Ikan gelama, tamban, tenggiri, talang.
  • Ikan bilis - Berbagai jenis dan gred ikan bilis.
  • Sotong kering - Sotong seekor, sirip sotong.
  • Belacan - Belacan tumbuk, belacan pink, belacan merah dan berbagai jenis belacan lagi.
  • Keropok - Keropok ikan, keropok udang, keropok lekor dan bermacam jenis lagi.

Kedai belacan tumbuk

Selain Arked Tanjung Dawai, anda boleh ke kedai lain yang terletak ditepi jalan menghala ke Merbok untuk membeli produk hasil laut. Barangan yang dijual hampir sama tetapi harga agak berbeza. Antara kedai yang ada ialah:

  • Sri Huma.
  • Az-Zahra.
  • Warisan Shafiee dan Anak Anak.
  • Perniagaan Shahani.
  • Belacan Haji Ismail - Pengeluar dan jenama belacan terkenal Tanjung Dawai.

Produk hasil laut

Jeti Tanjung Dawai

Jeti Tanjung Dawai ialah tempat dimana orang-ramai boleh menaiki bot untuk ke Pantai Merdeka. Jeti kecil ini agak menarik untuk anda melihat panorama laut, bot nelayan yang keluar mencari rezeki serta bot-bot yang bersusun menunggu pelanggan.

Jika ingin menaiki bot ke Pantai Merdeka, harga tiket yang dikenakan ialah RM5 seorang atau RM25 untuk sebuah bot.

Tanjung Dawai berhampiran Pantai Merdeka, Kedah.

Pantai Tanjung Dawai

Tanjung Dawai mempunyai beberapa kawasan pantai namun yang sering menjadi tumpuan orang-ramai ialah di kawasan belakang restoran-restoran ikan bakar. Pantai dan pemandangan lebih cantik disini. Selain itu ia juga berhampiran dengan berbagai jenis kedai makan. Dimusim cuti sekolah atau hari cuti umum, ramai peniaga membuka gerai pakaian, permainan kanak, makanan ringan dan bermacam-mcam lagi. Kadang-kadang funfair juga diadakan disini.

Tanjung Dawai Kedah

Pemandangan di pantai Tanjung Dawai waktu petang.

Pantai Tanjung Dawai

Ombak laut perlahan di pantai Tanjung Dawai.

Funfair di Pantai Tanjung Dawai

Suasana funfair di pantai Tanjung Dawai.

Masjid Haji Zainuddin

Masjid Haji Zainuddin ialah antara lokasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung di Tanjung Dawai. Jika pertama kali datang kesini, anda pasti menyangka ia adalah masjid terapung tetapi sebenarnya tidak. Ia terletak tidak jauh dari pantai.

Kampung Nelayan Tanjung Dawai

Apa yang menarik di perkampungan nelayan Tanjung Dawai ialah perusahaan kecil dan sederhana yang dijalankan disini. Anda boleh melawat kilang dan bengkel produk hasil laut, kuih tradisional dan lain-lain.

Bot Bilis di jeti nelayan Tanjung Dawai

Tempat makan

Tanjung Dawai juga popular sebagai destinasi untuk menjamu selera untuk makan malam. Banyak restoran ditepi pantai menyediakan menu makanan hasil laut segar seperti ikan, udang, sotong dan lain-lain. Pengunjung boleh memilih jenis ikan yang diingini dan masakan yang sesuai dengannya. Anda boleh ke Anjung Muara Pantai. Tomyam sedap.

Untuk makan tengahari, beberapa restoran dibuka. Anda boleh mencuba Naim Gulai Semilang.

Restoran di Tanjung Dawai

Restoran di tepi pantai Tanjung Dawai sesuai untuk makan malam.

Restoran di tepi pantai Tanjung Dawai

Tempat penginapan

Tiada hotel atau resort di Tanjung Dawai. Tempat penginapan yang ada ialah chalet dan homestay sahaja.

  • Chalet Tok Mama - Terletak ditepi pantai Kampung Huma. Menawarkan pemandangan laut yang menarik. Sesuai untuk bersantai diwaktu petang.
  • Homestay Irfan Tanjung Dawai - Terletak di Jalan Kampung Nelayan.
  • Nur Maziah Homestay - Terletak di Jalan Kampung Nelayan. Telefon 011-1460 0597.

Kesimpulan

Tanjung Dawai ialah salah satu destinasi pelancongan popular di Kedah yang mesti dikunjungi. Ia adalah lokasi paling sesuai untuk membeli-belah barangan hasil laut. Selain itu, restoran disini juga menyediakan makanan yang sedap untuk makan malam. Bukan hanya pengunjung luar, malah orang Kedah dari merata daerah turut kesini untuk menjamu selera dihujung bulan minggu.

Lihat semua Tempat menarik di Kedah mengikut daerah

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Kedah sebelum baca artikel dibawah.

Lokasi