Air terjun

Air terjun ialah antara tempat menarik di Malaysia yang sering menjadi tumpuan pengunjung di musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Beberapa destinasi seperti air terjun Telaga Tujuh dan Durian Perangin di Langkawi ialah antara destinasi yang popular dikalangan pelancong. Sebenarnya banyak air terjun menarik ada di setiap negeri. Halaman ini memaparkan maklumat berserta gambar kawasan peranginan air terjun menarik di setiap negeri termasuk lokasi, resort, aktiviti, harga dan lain-lain. Bagi anda yang merancang untuk membawa keluarga bercuti, lokasi peranginan air terjun ini boleh dijadikan destinasi percutian anda.

Air terjun Lata Bayu Baling

Air terjun Lata Bayu Baling

Lata Bayu ialah tempat peranginan air terjun yang sangat popular bukan sahaja di Baling, malah di Kedah dan negeri berhampiran seperti Perak dan Pulau Pinang. Ia menjadi destinasi perkelahan keluarga, perjumpaan kelab dan semestinya untuk aktiviti mandi air terjun.

Bagi anda yang belum pernah mendengar nama air terjun ini, ia adalah taman rekreasi dan kawasan perkelahan yang sangat menarik. Ia terkenal kerana mempunyai air terjun bertingkat yang cukup cantik. Sesiapa saja yang berkunjung kesini pasti memuji akan keindahan semulajadi air terjun ini.

Mandi-manda di air terjun Gunung Ledang Sagil, Johor

Bagi mereka yang sangat meminati air terjun dan suka melihat keindahan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk ke Air terjun Gunung Ledang. Jika anda datang bercuti ke Johor pastikan anda datang ke mari dan merasai sendiri suasana yang ada disekitar air terjun ini. Kawasan ini sangat popular dan sesuai dijadikan lokasi percutian menarik untuk keluarga. Selain itu, tempat ini sering menjadi pilihan sekolah, badan kerajaan, kolej dan lain-lain sebagai lokasi kursus dan motivasi.

Senarai air terjun di Malaysia

Air terjun di Malaysia

Malaysia mempunyai banyak tempat pelancongan alam semulajadi yang menjadi tarikan pelancong. Salah satu darinya ialah air terjun. Terdapat banyak air terjun di Malaysia yang cantik dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Disini kami senaraikan air terjun terkenal yang menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti, berkelah bersama keluarga, mandi-manda atau berehat menenangkan fikiran.