Aktiviti di Kedah

Senarai aktiviti menarik di Kedah untuk dilakukan. Berbagai aktiviti popular seperti mandi air terjun, mendaki gunung, jungle trekking, mandi kolam air panas, taman tema air dan sebagainya disediakan untuk pelancong yang bercuti di negeri ini. Pastikan anda bersedia dengan pakaian dan peralatan yang sesuai. Bagi aktiviti membeli-belah, ada cuma perlu sediakan duit yang banyak.

Snorkeling ke Pulau Payar

Pulau Payar Kedah

Pulau Payar terkenal sebagai destinasi popular untuk melakukan aktiviti snorkeling. Jika anda bercuti ke Langkawi, ia adalah salah satu pilihan aktiviti yang boleh dilakukan. Cuma masa yang perlu anda peruntukan agak lama iaitu hampir satu hari. Untuk mendapatkan pakej ini, anda boleh survey sendiri di Internet atau dapatkan melalui hotel penginapan anda.

Disini saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan Pulau Payar dan juga aktiviti snorkeling di sana semoga dapat membantu pengunjung yang merancang untuk melakukan aktiviti menarik ini.

Pulau Songsong Yan Kedah

Snorkeling di Pulau Song Song Kedah

Pulau Songsong terletak di Yan, Kedah. Ia adalah salah sebuah pulau yang ada di persisiran pantai daerah ini. Pulau-pulau lain ialah Pulau Bunting, Pulau Telur dan Pulau Bidan. Pulau Songsong tidah berpenduduk dan tiada resort disediakan untuk pelancong bercuti. Walau bagaimanapun, pelancong masih boleh berkunjung untuk trip harian. Jika ingin bermalam, kelengkapan perlu dibawa termasuk makanan dan minuman. Tiada bekalan elektrik dan sumber air bersih. Namun bagi peminat alam semulajadi, keindahan pulau ini cukup menakjubkan dan berbaloi untuk dikunjungi.

Carnival Sungai Petani

The Carnival Sungai Petani

Kalau orang tanya aku nak pergi holiday dekat mana yang best, yang boleh bawa anak-anak mandi, memang aku failed sebab seingat aku la, seumur hidup aku hanya dua kali je kot aku pergi water park ni. Diringkas kan cerita, raya haji baru ni, kami satu keluarga pergi ke water park Carnival Sungai Petani. Tak de plan apa pun, rancang malam esok pagi-pagi dah terus pergi. Rasanya pagi tu kot baru google cari info sikit pasal Carnival Sungai Petani.

The Carnival Water Park Sungai Petani

The Carnival Water Park Sungai Petani

The Carnival Sungai Petani ialah salah satu tempat menarik yang ada di Kedah. Disebabkan kedudukannya yang strategik, The Carnival menjadi destinasi percutian keluarga yang popular bukan saja bagi penduduk bandar Sungai Petani, malah dari serata negeri di utara semenanjung Malaysia seperti Perlis dan Pulau Pinang. Kali ini Percutian Bajet akan menyingkap apa yang menarik di The Carnival Sungai Petani ini.

Sungai Sedim - Tree top walk dan aktiviti menarik

Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak didalam kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim iaitu didalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, di daerah Kulim, Kedah. Laluan kanopi sepanjang 1.5 KM ini mempunyai ketinggian paling tinggi 36 meter dari aras tanah. Berjalan diatas kanopi ini membolehkan pengunjung melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi untuk memerhatikan pelbagai flora dan fauna menarik yang ada dikawasan Hutan Simpan Sungai Sedim.

Bercuti di kolam air panas Ulu Legong Baling

Air panas Ulu Legong

Salah satu tarikan utama yang terdapat di Baling ialah kolam air panas yang terletak di Ulu Legong. Kolam air panas ini kian dikenali dan mendapat sambutan pelancong yang melawat negeri Kedah. Tempat menarik ini sentiasa dipenuhi pengunjung dihujung minggu dan juga semasa musim cuti sekolah. Orang-ramai dari merata-rata negeri termasuk pelancong dari luar negara juga datang untuk mandi-manda dan bersantai bersama keluarga disini.