Aktiviti menarik Penang

Berikut ialah aktiviti menarik di Penang untuk dilakukan. Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke negeri ini, senarai dibawah boleh membantu anda memilih aktiviti untuk dilakukan bagi memenuhi masa percutian. Berbagai aktiviti menarik seperti mandi air terjun, mandi laut, jungle trekking, parasailing, jet ski, banana boat dan sebagainya pasti memberi pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang ialah salah satu tempat menarik yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Balik Pulau. Terdapat 35 ekor kuda berbagai jenis termasuk kuda lumba dan kuda padi atau pony.

Tempat ini ialah destinasi pelancongan yang cukup unik. Suasana bagaikan perkampungan di negara barat dimana terdapat kandang kuda berderet dengan bunyi jeritan kuda yang sering didengar apabila menonton filem cowboy.

Penang street mural - street art

Penang Street Mural

Penang street mural dan street art adalah salah satu tarikan pelancongan menarik untuk dilawati. Terdapat beberapa lokasi yang boleh dikunjungi iaitu di George Town, Balik Pulau Dan Butterworth. Banyak hasil seni pelukis luar negara dan pelukis tempatan yang cukup kreatif dihasilkan di dinding-dinding bangunan.

Selain itu, terdapat karikatur yang diperbuat dari besi pada dinding bangunan yang sangat menarik sekitar di George Town. Jika bercuti disini, anda pasti terjumpa beberapa karikutur dengan dialog melucukan. Ia juga menarik untuk dijejaki.

Feri Penang - aktiviti menarik yang dilupakan!

Artikel feri Penang

Feri Penang adalah perkhidmatan penting yang menjadi penghubung utama antara tanah besar dan Pulau Pinang sebelum wujudnya Jambatan Pulau Pinang. Malah sehingga sekarang ia merupakan pengangkutan utama bagi orang awam yang tidak menggunakan kenderaan untuk berulang-alik antara tanah besar dan Pulau Pinang.

Top 10 aktiviti menarik di Penang

Top 10 aktiviti di Penang

Berikut adalah senarai top 10 aktiviti menarik di Penang yang paling popular dikalangan pelancong. Ada 3 jenis aktiviti semuanya iaitu aktiviti percuma, aktiviti berbayar dan aktiviti banyak kena bayar. Ada aktiviti yang mengambil masa agak lama. Ada juga aktiviti yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Pandai-pandailah anda atur aktiviti mana yang hendak dilakukan.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.