Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang ialah salah satu tempat menarik yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Balik Pulau. Terdapat 35 ekor kuda berbagai jenis termasuk kuda lumba dan kuda padi atau pony.

Tempat ini ialah destinasi pelancongan yang cukup unik. Suasana bagaikan perkampungan di negara barat dimana terdapat kandang kuda berderet dengan bunyi jeritan kuda yang sering didengar apabila menonton filem cowboy.

Countryside Stables ini tidaklah besar sangat tetapi susun-aturnya cantik, kemas dan menarik. Ruang agak selesa walaupun ada pengunjung lain yang hadir pada hari saya melawat. Cuma mungkin ada yang kurang selesa dengan 'bau ladang'.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Kandang kuda

Lokasi Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang ialah hak milik persendirian Wan Aikhsan dan Doris Lim. Ia terletak di Sungai Burung, iaitu kawasan perkampungan di Balik Pulau. Anda perlu memandu agak jauh melalui tepi sungai dan kawasan sawah padi sebelum tiba ke destinasi.

Saya tiba disini pada waktu petang. Menurut pemilik ladang ini, ia turut dibuka pada waktu pagi untuk acara seperti rombongan sekolah, hari keluarga, team building dan berbagai aktiviti lain. Walaubagaimanapun, pengunjung perlu membuat temujanji lebih awal dengan menghubungi pemilik Countryside Stables Penang.

Alamat:
Countryside Stables Penang
Lot 10050, Jalan Sungai Burung,
Kampung Sungai Burung,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 012 4080 678
Facebook : Countryside Stables Penang
Email : w.aikhsan@gmail.com

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM12
Kanak-kanak : RM8
Menunggang kuda : RM20 (Dewasa)
Menunggang kuda : RM17 (Kanak-kanak)
Memberi makan kuda : RM5 (1 pek makanan)

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 7.00 pm

Rehat :  12.00 pm - 2.00 pm

Apa yang menarik?

Melangkah masuk ke Countryside Stables Penang, pengunjung akan melalui deretan kandang kuda pelbagai jenis. Suasana agak riuh dengan jeritan kuda-kuda yang ada disini. Ada pasti teruja tetapi anak-anak yang masih kecil mungkin sedikit ketakutan melihat kuda yang agak agresif, lebih-lebih lagi jika anda membawa pek makanan.

Deretan kandang kuda

Anda boleh berjalan terus untuk melihat sekali lalu apa yang ada disini. Terdapat miniature horses, pameran ladam kuda, trek kuda dan padang yang agak luas untuk kuda bermain dipenghujung ladang.

Pameran ladam kuda

Trek menunggang kuda didalam kawasan Countryside Stables Penang.

Trek menunggang kuda

Secara terperinci, apa yang menarik di sini ialah:

Berbagai spesis kuda

Apa yang paling menarik disini tentu sekali kuda yang banyak. Terus-terang saya sendiri pertama kali melawat ladang kuda sebegini besar dan ia amat mengujakan.

Berbagai jenis dan saiz kuda boleh dilihat. Menurut pemilik Countryside Stables Penang, antara baka yang ada disini ialah Shetlands Ponies, Pure Bred Arabian Horses, Polo Pony, Thai, Myanmar dan Malaysian Ponies.

Kuda besar yang bebas

Kuda yang dilepas bebas.

Kuda putih

Berbagai spesis kuda

Memberi makan kuda

Sesuatu yang tidak boleh dilepaskan apabila mengunjungi Countryside Stables Penang ialah memberi makan kuda. Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan. Kuda-kuda juga kelihatan teruja melihat pengunjung membawa bekas makanan.

Cuma sebagai peringatan, jika anda membawa anak-anak yang masih kecil, jangan biarkan mereka terlalu rapat semasa anda memberi makan kuda. Kelakuan kuda yang agak agresif meminta makanan mungkin menyebabkan mereka ketakutan.

Memberi makan kuda

Menunggang kuda

Semestinya aktiviti yang tidak boleh dilepaskan semasa mengunjungi Countryside Stables Penang ialah menunggang kuda. Orang dewasa akan diberi kuda besar manakala kanak-kanak akan menaiki kuda padi.

Anda tidak perlu risau kerana taklimat ringkas akan diberikan sebelum menunggang kuda. Pekerja disini yang akan membantu anda menaiki kuda dan membawa anda menunggang di trek yang disediakan.

Menunggang kuda

Kuda padi atau pony.

Kuda besar untuk orang dewasa

Kuda besar untuk orang dewasa.

Harga menunggang kuda

Beberapa haiwan lain

Selain kuda, beberapa haiwan lain turut terdapat disini seperti keldai dan rusa. Ia tidaklah banyak. Sekadar mengisi ruang ladang yang agak luas. Beberapa ekor rusa spesis Timorensis (Javan Deer) yang jinak mungkin menggembirakan hati anak-anak yang takut kuda.

Rusa yang jinak

Rusa Timorensis dari Indonesia

Memberi makan rusa

Memberi makan rusa

Bergambar

Countryside Stables Penang mempunyai banyak spot menarik untuk pengunjung bergambar. Selain kuda yang dikurung didalam kandang, ada beberapa ekor kuda dilepaskan dikawasan padang dihujung ladang. Anda boleh merakam aksi kuda disini.

Padang kuda yang luas

Bergambar kenangan di Countryside Stables Penang.

Bergambar kenangan.

Lanskap menarik.

Lanskap menarik

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas seperti tandas disediakan. Tempat letak kereta percuma yang agak luas terletak berhampiran pintu masuk. Parking untuk motorsikal juga disediakan.

Kiosk

Sebuah kiosk yang menjual makanan ringan dan minuman turut disediakan didalam Countryside Stables Penang. Anda boleh menjamu selera atau melepaskan dahaga setelah puas melakukan aktiviti dan melawat ladang ini.

Kerusi rehat

Sebuah kawasan rehat yang luas turut disediakan untuk pengunjung dihadapan kiosk. Terdapat banyak kerusi untuk pengunjung duduk berehat.

Kesimpulan

Countryside Stables Penang ialah tempat menarik yang unik dan mesti dikunjungi jika anda bercuti di negeri ini. Ia menawarkan suasana yang berbeza dan pasti memberi pengalaman baru pada anda sekeluarga. Cuma bajet yang agak tinggi diperlukan jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai. Anda perlu membayar tiket masuk dan harga menunggang kuda agak kurang sesuai untuk percutian bajet.

Jika anda merancang untuk kesini, lihat tarikan pelancongan lain yang ada di Balik Pulau.

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Penang sebelum baca semua artikel dibawah.

  1. Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Penang
  2. Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Penang
  3. Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Penang
  4. Terokai semua: Penang - Tempat menarik, aktiviti dan percutian
Lokasi