Restoran Nasi Padang Langkasuka, Sungai Petani

Jika anda bercuti ke Sungai Petani dan mencari tempat makan yang menyediakan makanan lain dari biasa, anda boleh mencuba Restoran Nasi Padang Langkasuka. Restorannya sangat luas dan selesa. Ia juga nampak sangat bersih. Antara makanan yang disediakan di restoran ini ialah nasi campur, berbagai menu ayam penyet, bakso, soto, lontong dan beberapa jenis makanan Indonesia yang lain. Saya sempat berkunjung ke restoran ini untuk makan tengahari sewaktu bercuti ke The Carnival Water Park, Sungai Petani baru-baru ini.

The Carnival Water Park Sungai Petani

The Carnival Water Park Sungai Petani

The Carnival Sungai Petani ialah salah satu tempat menarik yang ada di Kedah. Disebabkan kedudukannya yang strategik, The Carnival menjadi destinasi percutian keluarga yang popular bukan saja bagi penduduk bandar Sungai Petani, malah dari serata negeri di utara semenanjung Malaysia seperti Perlis dan Pulau Pinang. Kali ini Percutian Bajet akan menyingkap apa yang menarik di The Carnival Sungai Petani ini.

Park Avenue Sungai Petani

Park Avenue Sungai Petani adalah sebuah tempat penginapan mewah bertaraf 4 bintang bagi hotel di kawasan daerah utara dan sering menerima kunjungan dari pelancong dalam dan luar negara. Hotel ini menyediakan banyak kemudahan demi keselesaan para tetamu dan dilengkapi keselamatan yang rapi. Jika anda ingin bercuti ke Kedah dan mencari tempat penginapan yang menyediakan pelbagai kemudahan dalam satu tempat, Park Avenue adalah hotel yang harus ada di dalam senarai hotel pilihan anda.

Percutian menarik di Bukit Tinggi Bentong Pahang

Bukit Tinggi Bentong Pahang ialah tempat peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia. Salah satu tarikan utama tempat ini tentulah suasana sejuk dan udara yang nyaman. Namun ada yang lebih menarik menanti pengunjung di puncak bukit. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tarikan yang ada di Bukit Tinggi yang mana merupakan salah satu destinasi percutian tanah tinggi menarik di Malaysia.

Percutian menarik di Cherating Pahang

Cherating ialah salah satu lokasi pelancongan menarik di Pahang. Ia merupakan tempat peranginan yang sangat popular kerana mempunyai pantai yang cantik dan kemudahan penginapan menarik yang disediakan. Disini juga terdapat sebuah resort antarabangsa terkenal iaitu Club Med, yang merupakan cawangan pertama di Asia. Bagi pengunjung yang mencari lokasi menarik di tepi pantai, Percutian Bajet ingin berkongsi maklumat mengenai percutian menarik ke Cherating Pahang.

T Hotel Kuala Perlis

Anda ingin bercuti ke Perlis dan mencari hotel bajet yang selesa untuk bermalam dan mempunyai kawalan keselamatan yang rapi? T Hotel Kuala Perlis adalah sebuah hotel yang semakin meningkat naik, menawarkan harga yang murah, bilik yang selesa dan cantik, selain mendapat sijil halal daripada JAKIM serta di awasi 24 jam dengan kawalan keselamatan.

T Hotel Kuala Perlis.

Kemudahan

Antara kemudahan yang disediakan di T Hotel Kuala Perlis ialah:

Tempat menarik di Port Dickson untuk percutian keluarga

Port Dickson, Negeri Sembilan ialah destinasi pelancongan yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan dengan berbagai kemudahan pelancongan seperti resort dan aktiviti menarik. Selain pantai, terdapat beberapa tempat pelancongan lain berhampiran kawasan ini yang menarik untuk dilawati. Percutian Bajet telah menyusun semua aktiviti yang ada dan senarai tempat menarik di Port Dickson sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti ke sini.

Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis

Anda bercadang ingin bercuti ke Perlis dan masih mencari hotel yang selesa dan halal? Hotel Seri Malaysia adalah antara hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal dari JAKIM. Selain itu, suasana hotel yang mendamaikan dan pekerja yang mesra pelanggan membuatkan anda akan datang kali kedua ke sana.

Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis.

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan di Hotel Seri Malaysia Kangar ialah:

Percutian keluarga di Desa Water Park

Desa Water Park ialah taman tema air popular yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Ia dibina dikawasan seluas 12.6 ekar dan dikelilingi oleh tasik seluas 50 ekar. Berbagai aktiviti menarik terdapat disini seperti gelongsor air yang mengujakan, gelongsor tiub dan berbagai permainan menarik lain. Bagi anda yang belum pernah mengunjungi Desa Water Park, Percutian Bajet ingin berkongsi apa yang menarik menanti anda disana.

Mutiara Homestay Tangkak, Johor

Anda merancang untuk bercuti ke Tangkak, Johor? Jika anda ingin menginap di homestay, ada sebuah homestay yang menarik dan strategik yang boleh anda pilih iaitu Mutiara Homestay. Ia sangat sesuai dijadikan tempat penginapan kerana lokasi yang cantik dan tidak jauh dari pekan. Selain itu, Mutiara Homestay Tangkak juga berhampiran dengan tempat-tempat di bawah

Tags