Emperor Hotel Melaka

Emperor Hotel Melaka ialah sebuah hotel menarik yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang datang ke Melaka samada atas urusan peribadi mahupun melancong. Salah satu tarikan hotel ini ialah biliknya yang terletak di bangunan tinggi yang membolehkan pengunjung menikmati panorama indah Bandar Melaka pada waktu siang dan malam. Pengunjung juga boleh memilih bilik yang menghadap laut dimana pemandangan indah boleh dilihat diawal pagi dan juga apabila matahari terbenam.

Bayu Beach Resort Port Dickson

Bayu Beach Resort ialah hotel menarik yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tarikan utama yang menyebabkan pelancong memilih resort ini ialah keranan kedudukannya yang betul-betul ditepi pantai, dimana pengunjung boleh menikmati panorama laut yang membiru dari balkoni bilik penginapan mereka. Selain itu, Bayu beach Resort juga memiliki kawasan pantai yang cantik dan berpasir bersih. Pengunjung boleh mandi-manda, berjalan-jalan ditepi pantai atau bersantai membaca novel sambil dibelai bayu laut.

Pakej percutian keluarga 3hari 2malam ke Langkawi

Kami menawarkan pakej percutian murah untuk keluarga yang besar dengan harga yang paling murah. Pakej percutian keluarga ini selama 3hari 2malam. Pakej ini termasuk kos penginapan, kos pengangkutan dan kos aktiviti island hopping. Minimum peserta 10 ke 12 orang satu keluarga.
Harga pakej ini untuk hari biasa. Harga pakej akan berubah pada cuti umum, cuti sekolah dan cuti minggu. Kekosongan bilik bergantung pada tarikh anda membuat tempahan. Anda dicadangkan untuk membuat tempahan sebulan awal.

Senarai hotel dan resort popular di Malaysia

Hotel dan resort popular

Halaman ini memaparkan senarai hotel dan resort menarik di Malaysia. Percutian Bajet telah menyusun semua penginapan ini mengikut negeri agar mudah bagi pengunjung memilih berdasarkan destinasi percutian. Walau bagaimanapun, senarai ini adalah berdasarkan populariti, bukan kerana faktor tertentu seperti harga yang murah, penginapan menarik atau memberi perkhidmatan yang terbaik. Semua hotel dan resort popular yang tersenarai ini mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri.

Percutian menarik di Melaka Wonderland

Jika anda mencari lokasi percutian riang-ria bersama keluarga, taman tema adalah pilihan terbaik. Kali ini Percutian Bajet akan memperkenalkan sebuah lagi taman tema menarik di Malaysia iaitu Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Ia adalah sebuah taman tema air yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Berbagai permainan air yang menarik dan mengujakan tersedia untuk pengunjung pelbagai usia. Ia adalah lokasi percutian yang pasti menggembirakan setiap orang.

Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor

Purnama Beach Resort adalah sebuah tempat penginapan menarik di Pulau Pangkor iaitu pulau percutian cantik yang terletak di negeri Perak. Ia menawarkan penginapan selesa untuk pasangan atau keluarga yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor. Kemudahan makanan juga disediakan di restoran dalam kawasan resort. Bagi menambah keseronokan percutian, Purnama Beach Resort turut menawarkan aktiviti-aktiviti menarik bagi mengisi percutian anda.

Pakej percutian bajet ke Langkawi 3 hari 2 malam

Aktiviti Banana Boat

Kami menyediakan pakej percutian bajet ke Langkawi dengan harga yang sangat berpatutan. Pakej untuk penginapan satu bilik (2-3 orang) untuk pakej 3 hari 2 malam boleh didapati dengan harga semurah RM180 seorang. Pakej termasuk penginapan 3 hari 2 malam, kereta sewa dan island hopping. Terdapat tiga jenis pakej murah ke Langkawi yang boleh dipilih iaitu:

Bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas merupakan antara pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas.

Lihat semua lokasi menarik untuk bercuti di artikel: Tempat percutian menarik di Terengganu.

Tempat makan sedap di Sungai Petani, Kedah

Tempat makan sedap di Sungai Petani

Salah satu aktiviti menarik semasa bercuti disesuatu tempat ialah merasa makanan tempatan. Jika anda bercuti ke Sungai Petani, Kedah, pastikan anda singgah merasa makanan di tempat makan sedap yang kami senaraikan ini.

Marina Tomyam, Sungai Petani

Restoran masakan Thai ini terletak berhampiran lampu isyarat tol Sungai Petani Utara. Berbagai jenis masakan ala-Thai yang ada, namun makanan yang sedap ialah seperti: