Taman tema di Kedah

Salah satu tempat menarik untuk bergembira bersama ahli keluarga atau kawan-kawan ialah taman tema. Ini kerana berbagai jenis permainan menyeronokkan ada disini. Kedah mempunyai beberapa taman tema menarik yang boleh anda kunjungi. Jika di tanah besar, terdapat dua taman tema air yang popular iaitu The Carnival Sungai Petani dan Fantasia Water Park Jitra. Di Pulau Langkawi pula ada Splash Out Langkawi yang baru dibuka kepada pengunjung tahun 2019.

Jika anda merancang untuk berkunjung ke taman tema di Kedah, dapatkan maklumat permainan menarik dan harga tiket yang anda perlukan dibawah.

Carnival Sungai Petani

The Carnival Sungai Petani

Kalau orang tanya aku nak pergi holiday dekat mana yang best, yang boleh bawa anak-anak mandi, memang aku failed sebab seingat aku la, seumur hidup aku hanya dua kali je kot aku pergi water park ni. Diringkas kan cerita, raya haji baru ni, kami satu keluarga pergi ke water park Carnival Sungai Petani. Tak de plan apa pun, rancang malam esok pagi-pagi dah terus pergi. Rasanya pagi tu kot baru google cari info sikit pasal Carnival Sungai Petani.

The Carnival Water Park Sungai Petani

The Carnival Water Park Sungai Petani

The Carnival Sungai Petani ialah salah satu tempat menarik yang ada di Kedah. Disebabkan kedudukannya yang strategik, The Carnival menjadi destinasi percutian keluarga yang popular bukan saja bagi penduduk bandar Sungai Petani, malah dari serata negeri di utara semenanjung Malaysia seperti Perlis dan Pulau Pinang. Kali ini Percutian Bajet akan menyingkap apa yang menarik di The Carnival Sungai Petani ini.