Percutian keluarga di Desa Water Park

Desa Water Park ialah taman tema air popular yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Ia dibina dikawasan seluas 12.6 ekar dan dikelilingi oleh tasik seluas 50 ekar. Berbagai aktiviti menarik terdapat disini seperti gelongsor air yang mengujakan, gelongsor tiub dan berbagai permainan menarik lain. Bagi anda yang belum pernah mengunjungi Desa Water Park, Percutian Bajet ingin berkongsi apa yang menarik menanti anda disana.

Desa Water Park pool.

Lokasi Desa Water Park

Desa Water Park terletak di Taman Danau Desa, Kuala Lumpur. Lokasinya yang terletak diantara lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban menjadikannya mudah untuk dikunjungi. Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi:

Alamat:

DESA WATERPARK
Taman Danau Desa
58100 Kuala Lumpur

Hubungi:

davidwan@desawaterpark.com.my (Park Manager), gunaseelan@desawaterpark.com.my (Head of Operation)
Tel : +603-7118 8338
Fax : +603-7118 8383

Waktu operasi: Setiap hari 10.30am hingga 6.00pm. Pada hari minggu, ia dibuka dari pukul 10.00am hingga 6.00pm. Desa Water Park ditutup pada setiap hari Rabu kecuali pada musim cuti sekolah dan cuti umum.

Tarikan di Desa Water Park

Terdapat lebih sepuluh permainan air menarik yang ada di Desa Water Park. Antara yang menjadi tarikan utama pengunjung di taman tema air ini ialah:

  • Thunderbolt - Permainan yang paling menarik di sini. Ia adalah gelongsor tiub paling mencabar dan mengujakan. Ia dikatakan gelongsor air yang terpanjang di Asia. Thunderbolt hanya dibuka dihujung minggu, cuti umum dan cuti persekolahan sahaja.
  • Super Tube - Antara permainan gelongsor air yang paling menarik di Desa Water Park. Gelongsor tiub berkembar setinggi lebih 30 kaki ini cukup mengujakan apabila melalui selekoh dan pusingan dengan laju.
  • Tarzan In Town - Permainan air yang menarik untuk keluarga. Pengunjung boleh melompat dari satu tiub ke tiub lain di dalam kolam, bergayut di tali yang merentangi kolam atau bertanding imbangi badan dengan berdiri diatas tiub.
  • Shock Wave - Kolam besar berombak. Seperti kebanyakan Wave Pool yang ada di taman tema air lain. Anda boleh menaiki pelampung dan menikmati ombak setinggi 1.5 meter.
  • Bubble Pool - Kolam seperti Jacuzzi untuk anda bersantai.
  • Action River - Menyusuri sungai sepanjang 1200 meter. Anda akan melalui kawasan air terjun dan lain-lain.
Desa Water Park Slide.

Desa Water park juga menyediakan permainan air menarik untuk anak-anak bermain bersama ibubapa. Permainan-permainan yang disenaraikan dibawah pasti membuatkan anak-anak anda gembira:

  • Surf Shark - Ia adalah kawasan permainan khas untuk kanak-kanak. Ia mempunyai reka bentuk menarik dan sangat menyeronokkan. Berbagai jenis gelongsor air yang sesuai disediakan untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur.
  • Water Factory - Permainan yang sesuai untuk seisi keluarga. Anda boleh menembak pancutan air berbagai arah dengan hanya menekan butang yang disediakan.
  • Clown A Round - Gelongsor air badut. Ia sesuai untuk kanak-kanak yang lebih kecil.
  • Pink Slide - Enam gelongsor air sebaris berwarna merah jambu.
Desa Water Park Wave Pool.

Harga tiket Desa Water Park

Jika anda merancang untuk membawa keluarga bercuti ke Desa Water Park, berikut ialah senarai harga tiket masuk yang dikenakan:

  1. Dewasa - RM37. Pelancong asing - RM42.40.
  2. Kanak-kanak bawah 12 tahun - RM26.50. Pelancong asing - RM31.80.

Nota: Harga tiket masuk ke Desa Water Park yang dinyatakan diatas tertakluk kepada perubahan.

Makanan

Makanan turut disediakan di dalam taman tema air ini. Jika anda dan keluarga ingin menjamu selera, Kafe Sila Rasa menyediakan makanan seperti:

  • Nasi lemak.
  • Nasi goreng.
  • Nuggets.
  • Ayam goreng.
  • ABC atau Ais Kacang.
  • Waffles.
  • Sweet corn.
  • Burgers.

Penginapan

Desa Water Park tidak menyediakan penginapan untuk pengunjung. JIka anda ingin bercuti ke sana, banyak hotel berhampiran yang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan sekeluarga. Untuk melihat potongan harga, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Desa Water Park pool.
Lokasi