Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis

Putra Brasmana Hotel ialah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Kuala Perlis, Perlis. Ia adalah pilihan yang baik untuk dijadikan penginapan sepanjang percutian di Perlis. Lokasinya yang berhampiran dengan laut amat sesuai bagi mereka yang sukakan pemandangan indah dari bilik hotel. Terdapat berbagai kemudahan yang disediakan didalam bilik cukup untuk memberi keselesaan sepanjang penginapan anda disana.

Timah Tasoh Lakeview Resort

Pemandangan dari Timah Tasoh Lakeview Resort

Timah Tasoh adalah sebuah tempat peranginan di negeri Perlis Indera kayangan. Ianya adalah sebuah destinasi pelancongan baru di Perlis yang semakin popular kerana keindahan Empangan Timah Tasoh yang terbentang luas memberi ketenangan pada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Terdapat dua resort menarik yang sesuai dijadikan tempat bercuti iaitu Terinai Lake View Resort yang terletak di puncak bukit dan Tasoh Lake Resort & Retreat yang terletak di pinggir tasik.

Membeli-belah di Padang Besar, Perlis

Padang Besar Perlis

Padang Besar ialah sebuah pekan di negeri Perlis Indera Kayangan. Ia terkenal sebagai tempat membeli-belah berbagai jenis barangan dengan harga murah. Lokasinya ialah di utara negeri Perlis dan bersempadan dengan negara Thailand. Padang Besar juga adalah pintu masuk utama ke negara tersebut. Terdapat Pejabat Imigresen di pekan Padang Besar yang memantau urusan keluar masuk pelancong. Waktu operasi perniagaan di Padang Besar, Perlis adalah sekitar pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Ada juga kedai yang ditutup agak lewat sekitar pukul 7 petang namun tidak banyak.

Pasar malam Guar Chempedak

Pasar malam Guar Chempedak Kedah

Pasar malam Guar Chempedak adalah antara yang terbesar di Daerah Yan. Orang ramai dari sekitar daerah ini datang untuk membeli barang keperluan harian dan juga makanan. Di bangunan tepi pasar malam ini terdapat surau di tingkat 1 yang sangat luas dan digunakan oleh peniaga serta orang-ramai untuk solat berjemaah. Kemudahan tandas juga ada disini. Cukup besar dan bersih.

Pasar malam ini beroperasi setiap hari Sabtu. Ia bermula dari seawal pukul 5 petang dan berakhir sekitar 10 malam. Lokasinya adalah berhampiran lampu isyarat pekan Guar Chempedak jalan menghala ke Yan.

Percutian ke Lost World of Tambun

Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Lost World of Tambun logo.

Pasar Kemboja di Malaysia

Pasar Kemboja di Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis pakaian murah yang dijual secara borong dan runcit. Antara pakaian yang dijual di Pasar Kemboja ialah baju kurung, tudung, selendang, kain pasang, pakaian lelaki dan kanak-kanak serta lain-lain lagi. Disebabkan pengunjung dapat membeli pakaian dengan harga borong, ramai yang mendapat manafaat dengan berniaga kecil-kecilan secara online. Malah ramai yang sanggup datang dari jauh untuk membeli-belah di pasar kemboja ini.

Bagaimana hendak bercuti dengan membawa kenderaan sendiri ke pulau Langkawi

Langkawi adalah pulau pelancongan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Ia adalah sebuah pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah. Untuk ke pulau Langkawi, terdapat dua buah jeti yang menyediakan pengangkutan feri iaitu di Kuala Kedah dan juga Kuala Perlis. Pelancong juga boleh menggunakan pengangkutan udara dan menempah tiket kapal terbang kerana terdapat lapangan terbang di Langkawi.

 

Perlis Gerbang ke Pulau Bebas Cukai dan Negara Jiran

Seperti umum sedia maklum negeri Perlis merupakan negeri yang terletak paling utara di tanah air kita. Apa yang menariknya selain daripada pelbagai tempat menarik atau aktiviti yang boleh dilakukan di negeri Perlis, negeri ini juga merupakan LALUAN MASUK UTAMA bagi pulau yang tersohor seluruh dunia iaitu PULAU LANGKAWI dan negara jiran yang terkenal dengan industrI pelancongannya iaitu negara THAILAND.

Pulau bebas cukai Langkawi, Kedah.