Bersiar-siar

Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan semasa bercuti ialah bersiar-siar. Banyak lokasi untuk bersiar-siar ada di Malaysia. Sebenarnya aktiviti ini bergatung pada minat. Ada yang suka bersiar-siar di kompleks membeli-belah atau pasar malam. Ada juga yang sukakan tempat-tempat peranginan dan taman rekreasi. Semuanya bergantung pada citarasa dan minat masing-masing. Berikut adalah antara tempat menarik untuk bersiar-siar yang popular di negara ini.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang ialah tempat menarik di Ipoh yang semakin popular dikalangan pelancong dalam dan luar negeri. Ia adalah tasik bekas lombong yang cantik dikelilingi bukit batu kapur yang unik. Bukan itu sahaja, tempat ini telah dimajukan dengan beberapa binaan dan ciptaan yang menambah keindahan sedia ada.

Taman rekreasi ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan pintu masuk dan kawasan rekreasi diseberang tasik. Pengunjung boleh menaiki bot untuk ke kawasan rekreasi dimana beberapa tarikan menanti.

Taman Rekreasi Sungai Merbok

Taman Rekreasi Sungai Merbok

Taman Rekreasi Sungai Merbok ialah tempat menarik di Sungai Petani yang cukup seronok untuk dilawati. Ia terletak di Kompleks Jeti Semeling iaitu lebih-kurang 7KM dari pusat bandar. Taman rekreasi ini termasuk dalam Kawasan Pemuliharaan (Biodiversity) Hutan Simpan Bakau Merbok. Tarikan utama disini ialah Hutan Bakau Simpan. Pengunjung dapat memerhatikan pokok-pokok bakau yang tumbuh ditepi sungai melalui laluan pejalan kaki yang dinamakan Pelantar Bakau.

Penang street mural - street art

Penang Street Mural

Penang street mural dan street art adalah salah satu tarikan pelancongan menarik untuk dilawati. Terdapat beberapa lokasi yang boleh dikunjungi iaitu di George Town, Balik Pulau Dan Butterworth. Banyak hasil seni pelukis luar negara dan pelukis tempatan yang cukup kreatif dihasilkan di dinding-dinding bangunan.

Selain itu, terdapat karikatur yang diperbuat dari besi pada dinding bangunan yang sangat menarik sekitar di George Town. Jika bercuti disini, anda pasti terjumpa beberapa karikutur dengan dialog melucukan. Ia juga menarik untuk dijejaki.

Taman Botani Pulau Pinang - Penang Botanical Garden

Penang Botanical Garden

Taman Botani Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang Botanical Garden adalah tempat menarik di yang mesti dilawati jika bercuti di negeri ini. Ia ditubuhkan sejak zaman penjajah Inggeris lagi, iaitu pada tahun 1884 dan dikenali sebagai Waterfall Garden pada ketika itu. Taman ini, seperti taman botani lain, mempunyai lanskap menarik, dikelilingi kehijauan pokok-pokok hutan serta rumah-rumah herba berbagai spesis.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Taman Botani Perak

Taman Botani Perak, Taiping.

Taman Botani Perak adalah destinasi menarik baru yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Taiping. Projek pembinaan yang bermula sejak 2016 ini telah siap beberapa fasa penting dan sudah mula dibuka kepada orang-ramai. Ia mula beroperasi secara rasmi pada 16 Ogos 2019.

Akuarium Batu Maung

Akuarium Batu Maung

Akuarium Batu Maung atau nama sebenarnya Akuarium Tunku Abdul Rahman ialah sebuah pusat pameran hidupan marin dan air tawar yang sangat menarik untuk dilawati. Ia bagaikan mini Aquaria atau mini Underwater World.

Tempat ini tidaklah besar sangat tetapi susun-aturnya cantik dengan rekaan dalaman yang kemas dan menarik. Ruang pamerannya agak selesa walaupun ada rombongan tadika dan sekolah hadir pada hari saya melawat.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Padang Kota Lama - Panduan 2020

Padang Kota Lama

Padang Kota Lama ialah satu tempat menarik yang mesti dilawati jika anda bercuti di Penang. Ini kerana berbagai tarikan pelancongan ada di sini. Anda boleh melawat banyak tempat menarik, berjalan kaki atau menaiki beca dan menjamu selera. Setiap masa pasti ada bas pelancong, hop-on hop off city tour bus atau bas rombongan sekolah yang akan singgah.

Green View Garden Cameron Highlands

Green View Garden Cameron Highlands

Green View Garden ialah salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang terbaik dan mesti dilawati. Disini ada segalanya seperti taman bunga, kebun strawberi, cafe, kedai cokelat dan kedai barangan produk tempatan. Masuk adalah percuma. Tempat letak kereta juga disediakan percuma.

Tempat ini sangat cantik dengan rekaan dalaman yang kemas dan menarik. Ia juga cukup luas membolehkan pengunjung berjalan dengan selesa.

Melawat Zoo Taiping

Zoo Taiping Perak

Zoo Taiping ialah salah satu tempat menarik di Perak yang paling popular dikalangan pelancong tempatan. Ia dibina pada tahun 1961 dan menyimpan kira-kira 1200 ekor binatang dari 140 spesis.

Kawasan seluas 36 ekar ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu loop timur dan loop barat dimana kandang-kandang binatang dibina mengikut persekitan semulajadi binatang tersebut. Pengunjung boleh melawat seluruh kawasan ini dengan menaiki keretapi mini yang disediakan oleh pihak zoo dan kemudian berjalan kaki melihat dengan lebih teliti binatang mana yang anda suka.