Green View Garden Cameron Highlands

Green View Garden ialah salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang terbaik dan mesti dilawati. Disini ada segalanya seperti taman bunga, kebun strawberi, cafe, kedai cokelat dan kedai barangan produk tempatan. Masuk adalah percuma. Tempat letak kereta juga disediakan percuma.

Tempat ini sangat cantik dengan rekaan dalaman yang kemas dan menarik. Ia juga cukup luas membolehkan pengunjung berjalan dengan selesa.

Green View Garden

Lokasi Green View Garden

Lokasi Green View Garden ialah di Kampung Raja. Pengunjung yang datang dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands akan menemui lokasi ini terlebih dahulu. Ia terletak ditepi jalan utama. Anda tidak akan terlepas pandang.

Alamat:
Green View Garden
11, Taman Matahari Cerah,
Kampung Raja,
39000 Cameron highlands,
Pahang

Hubungi:
Tel: 05 - 4981 982
Fax: 05 - 4981 987
Email : greenviewgarden@gmail.com

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 6.30 pm

Apa yang menarik?

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Green View Garden mempunyai rekabentuk bangunan dan rekaan dalaman yang unik dan sangat cantik. Ia membuatkan pengunjung terasa bagaikan di England.

Showroom

Secara terperinci, apa yang menarik di sini ialah:

Taman bunga / Ladang strawberi

Disini terdapat taman bunga yang agak luas. Berbagai jenis bunga ditanam. Ia berwarna-warni dan sangat cantik. Pengunjung boleh masuk kedalam taman untuk melihat dengan lebih dekat sambil bergambar. Manakala ladang strawberi pula, pengunjung cuma boleh melihat dari luar.

Taman bunga

Ladang strawberi

Ladang strawberi

House of Lavender

House of Lavender ialah sebuah kedai yang terletak didalam taman Green View Garden ini. Produk seperti cordial, gelas cenderahati, perfume dan teh dijual disini. Ditengah-tengah kedai tedapat seekor kuda besi yang besar.

House of Lavender

Avant Chocolate

Satu lagi tarikan di Green View Garden ialah kedai cokelat yang terletak bersebelahan. Produk cokelat tempatan keluaran Avant Chocolate ini memang setaraf dengan cokelat keluaran antarabangsa.

Avant Chocolate

The Little Bird Square

Ada sangkar yang mempunyai beberapa ekor burung terletak berhampiran House of Lavender. Ia bukanlah hebat sangat tetapi mungkin anak kecil anda menyukainya.

The Little Bird Square

Tempat mainan kanak-kanak

Terdapat beberapa tarikan untuk kanak-kanak disini tetapi anda perlu membeli tiket atau dikenakan bayaran masuk. Anda perlu bersedia lebih awal kerana anak-anak pasti teruja untuk mencuba.

Paddle Boat

Anak-anak juga seronok memberi makan arnab.

Beri makan arnab

Showroom / Kedai

Showroom mempamerkan berbagai produk keluaran Green View Garden seperti jem buah-buahan pelbagai jenis berri, kopi dan teh pelbagai perisa, cookies serta cordial minuman.  Aiskrim strawberi homemade juga sangat sedap.

Produk showroom

Dibahagian luar pintu masuk showroom pula terdapat kedai buah-buahan dan sayuran segar Cameron Highlands.

Kedai buah dan sayur

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas seperti tandas disediakan. Tempat letak kereta percuma yang agak luas terletak berhampiran pintu masuk. Selain itu, sebuah cafe menanti mengunjung yang ingin menjamu selera.

Cafe

Kesimpulan

Green View Garden ialah tempat menarik yang mesti anda kunjungi jika bercuti di Cameron Highlands. Selain menjual pelbagai produk tempatan, pengunjung boleh melawat ladang strawberi dan taman bunga yang cantik. Dan yang paling penting, masuk adalah percuma. Ramai yang datang kesini semata-mata untuk bergambar kenangan.

Tempat ini juga sesuai dikunjungi lebih-lebih lagi bagi anda yang memandu jauh membawa keluarga bercuti di Cameron Highlands. Anda boleh beristirehat menikmati teh di cafe sementara isteri dan anak-anak boleh bermain di taman mainan atau bersiar-siar. Akhir sekali, Percutian bajet mengesyorkan Green View Garden 5 bintang.

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Cameron Highland sebelum baca artikel dibawah.