Penang street mural - street art

Penang street mural dan street art adalah salah satu tarikan pelancongan menarik untuk dilawati. Terdapat beberapa lokasi yang boleh dikunjungi iaitu di George Town, Balik Pulau Dan Butterworth. Banyak hasil seni pelukis luar negara dan pelukis tempatan yang cukup kreatif dihasilkan di dinding-dinding bangunan.

Selain itu, terdapat karikatur yang diperbuat dari besi pada dinding bangunan yang sangat menarik sekitar di George Town. Jika bercuti disini, anda pasti terjumpa beberapa karikutur dengan dialog melucukan. Ia juga menarik untuk dijejaki.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Old Motorcycle

Lokasi Street Mural

Street mural yang mula-mula popular di Penang ialah hasil lukisan pelukis dari Lithuania, Ernest Zacharevic. Street mural ini terletak di George Town. Bukan setakat pengunjung tempatan, malah pelancong luar turut menjejaki hasil seni yang mengagumkan ini.

Lokasi semua lukisan Ernest Zacharevic di George Town ialah:

  • Chew Jetty - Boat.
  • Lebuh Armenian - Kids on a Bicycle.
  • Lebuh Ah Quee - Old Motorcycle (Boy on a bike).
  • Lebuh Cannon/Lebuh Acheh - Boy on Chair (Reaching up).
  • Lebuh Cannon/Lebuh Armenian - Old Man.
  • Lebuh Chulia - Broken Heart.
  • Lebuh Muntri -Kungfu Girl (Little girl in blue).
  • Jalan Penang - Trishaw Man.

Kids on Bicycle

Lokasi street art lain yang menarik untuk dilawati ialah Street Art Walk di Butterworth. Banyak lukisan menarik boleh disaksikan disini. Kawasannya juga bersih dan sesuai untuk dikunjungi.

Butterworth Art Walk Street Mural

Selain itu, terdapat street art di di Balik Pulau, namun belum sempat saya kunjungi. Anda boleh berkunjung atau kongsikan penemuan diruangan komen jika sudah kesini.

Alamat:
Lokasi Street Art / Street Mural.

  1. George Town, Penang.
  2. Balik Pulau, Penang.
  3. Butterworth, Penang.

Hubungi:
Semak maklumat Street Art di Tourism Penang.

Tel Pejabat : 04 264 3456
Email : info@penangglobaltourism.com
Website : Penang Tourism

Harga tiket:
Tiket tidak dikenakan.

Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu.

George Town Street Art

Selain hasil lukisan Ernest Zacharevic, terdapat satu lagi street art menarik boleh dilihat iaitu karikutur menarik dari besi yang dipasang pada dinding bangunan di sekitar George Town. Setakat ini, sebanyak 24 karikutur boleh ditemui. Kebanyakan lokasinya ialah dibangunan berhampiran lampu isyarat dan street mural. Ia memaparkan sejarah, kebudayaan dan cara hidup masyarakat disini. Jujur saya katakan, karikutur ini memang menarik.

Karikutur di George Town

Street art hasil lukisan pelukis tempatan juga banyak terdapat disekitar George Town. Saya masih belum dapat meluangkan masa untuk menjejak semua lukisan-lukisan ini. Namun beberapa daripadanya sempat saya rakamkan.

Street Art di George Town

Butterworth Art Walk

Butterworth Art Walk adalah tarikan terbaru street art yang boleh dilawati di tanah besar. Saya sempat berkunjung kesini dan ia tidak mengecewakan. Kawasannya bersih dan lukisan disini banyak yang menarik. Bukan hanya sekadar lukisan, mesej yang ingin disampaikan pelukis juga jelas.

Butterworth Art Walk - Betterworld 3D

Cuma sewaktu saya berkunjung banyak kereta diletakkan disini dan ada sesetengah yang menghalang pemandangan lukisan menarik. Jika anda ingin melawat, saya rasa elakkan waktu pejabat. Sebaiknya datang pada hujung minggu.

Butterworth Art Walk

Street Art Balik Pulau

Street Art Balik Pulau mempunyai beberapa lukisan besar dihujung bangunan yang begitu mengagumkan. Dua lukisan yang popular iaitu Wrinkled Old Fisherman oleh Julia Volchkova dan Square ll - Wall Art adalah lokasi wajib singgah.

Wrinkled Old Fisherman

Hasil seni yang cukup mengagumkan.

Street Art Balik Pulau Silat

Kawasan semak-samun tidak dijaga. Lukisan ini juga kian pudar dimamah usia.

Street Mural Balik Pulau Gadis Ayu

Street mural ini menampakkan lukisan 3D. Cukup cantik.

Balik Pulau Street Mural

Apa yang menarik?

Street mural dan street art ini bukan sekadar memaparkan hasil seni yang mengagumkan tetapi kreativiti pelukis tersebut. Ia membuatkan anda melihat sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza.

Butterworth Art Walk

Lukisan

Banyak lukisan yang cantik boleh dilihat. Hasil karya Ernest Zacharevic, contohnya, memang tidak dinafikan kehebatannya. Saya tidak pasti pada pandangan professional bagaimana tetapi pada orang biasa seperti saya, konsep, tema dan mesej adalah jelas.

Lukisan pelukis lain juga tidak kurang hebatnya. Pilih masa yang sesuai seperti pagi hujung minggu yang tidak sibuk, luangkan masa menghayati senilukis ini. Ia cukup berbaloi.

Lukisan Don't Trash Our Ocean

Kebudayaan

Ciri-ciri kebudayaan banyak dapat dilihat dalam street art dan street mural ini. Ada lukisan yang berkonsepkan sejarah, warisan dan cara hidup di Penang. Karikutur contohnya, lebih jelas menceritakan kebudayaan dan cara hidup masyarakat disini.

Bersawah padi

Kesimpulan

Street mural dan street art bukan sekadar untuk peminat seni, ia untuk semua. Idea dan kreativiti pelukis menyampaikan mesej dalam bentuk lukisan adalah sesuatu yang cukup mengagumkan dan perlu dihargai.

Menjejaki street art juga adalah aktiviti yang menyeronokkan. Lakukan aktiviti ini diwaktu pagi kerana cuaca masik sejuk dan teduh. Anda akan dapati yang anda tidak berseorangan.

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Penang sebelum baca semua artikel dibawah.

  1. Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Penang
  2. Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Penang
  3. Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Penang
  4. Terokai semua: Penang - Tempat menarik, aktiviti dan percutian
Lokasi