Berikut merupakan 10 tempat menarik di Penang terbaik untuk dilawati jika anda merancang untuk bercuti ke sini. Semua destinasi ini sesuai dikunjungi bersama keluarga, kawan-kawan atau rombongan. Ia tidak memerlukan kos yang tinggi malah beberapa lokasi tidak mengenakan tiket atau bayaran masuk.
Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020
1- Bukit Bendera
Bukit Bendera adalah destinasi pelancongan paling popular di Penang. Ia merupakan kawasan peranginan tanah tinggi yang dibangunkan oleh British pada zaman penjajahan dahulu. Beberapa peninggalan sejarah masih dapat dilihat disini termasuk keretapi kabel yang terkenal itu.
Antara aktiviti dan tarikan yang ada ialah:
- Melihat pemandangan Pulau Pinang dari tempat tinggi.
- Meronda dengan buggy.
- Melawat tempat menarik yang ada dipuncak bukit.
- Makan minum.
- Bergambar.
Alamat:
Perbadanan Bukit Bendera
Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam,
11500 Pulau Pinang,
Malaysia
Hubungi:
Tel Pejabat : 04-8288880, 04-8288839
Email : inquiries@penanghill.gov.my
Website : Bukit Bendera
Harga tiket:
Harga tiket keretapi kabel.
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM6
Waktu operasi:
Setiap hari : 6.30 am - 9.45 pm
Maklumat lanjut lihat artikel Bercuti ke Bukit Bendera
2- Taman Rimba Teluk Bahang
Taman Rimba Teluk Bahang adalah salah satu tempat menarik di Penang yang terawal dibangunkan. Ia popular sebagai destinasi rombongan sejak berpuluh tahun dahulu. Tempat ini masih dijaga dengan baik, bersih dan tiada lagi monyet yang berkeliaran mengganggu pengunjung.
Tarikan utama tempat ini ialah mandi-manda. Walaupun tiada air terjun yang cantik, beberapa buah kolam dibina di sungai (jeram) yang mengalir dari bukit. Jika anda membawa anak-anak bercuti, taman rimba ini adalah destinasi mesti singgah.
Tarikan dan aktiviti lain yang ada disini ialah:
- Muzium perhutanan
- Mengambil gambar
- Perkhemahan
Alamat:
Taman Rimba Teluk Bahang
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang
Hubungi:
Tel: 04-8851280
Email : jhnpp@penang.gov.my
Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket
Waktu operasi:
Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm
Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Taman Rimba Teluk Bahang.
3- Padang Kota Lama
Padang Kota Lama atau dikenali sebagai Esplanade telah mengalami perubahan yang agak ketara berbanding dahulu. Kawasan gerai makan telah dipindahkan ke lokasi baru dihujung pantai.Sekarang ia menjadi kawasan lapang sesuai untuk pengunjung bersiar-siar, bersantai melihat pemandangan menarik sambil dihembus angin laut.
Banyak tarikan ada dikawasan berhampiran seperti Muzium 3D, Gold Museum dan Tunnel Museum dimana anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke destinasi. Selain itu, anda boleh dapatkan beca untuk meronda kawasan sekitar. Jujur, anda perlu cuba sekali private tour ini.
Antara aktiviti dan tarikan lain yang ada dikawasan Padang Kota Lama ialah:
- Bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang
- Padang Kota Lama Food Court (Kedai makanan halal dibelakang)
- Esplanade food court
- Pameran Muzium Negeri dan Balai Seni Lukis sementara
- Queen Victoria Memorial Clock Tower
Alamat:
Esplanade
Padang Kota Lama,
10200 George Town,
Pulau Pinang
Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -
Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket
Waktu operasi:
Setiap hari : 7.00 am - 1.00 am
Maklumat lanjut lihat artikel Padang Kota Lama - Panduan 2020
4- Fort Cornwallis
Kota pertahanan sejarah peninggalan Francis Light. Jika selama ini anda tertanya-tanya apa ada dalam kawasan tembok tinggi ini, masuk sahaja. Ia adalah pengalaman menarik melihat keadaan sebenar kota di zaman dahulu.
Beberapa artifek dan warisan peninggalan sejarah ada dalam Fort Cornwallis seperti meriam, stor serbuk senjata api, berek dan chapel serta rumah api.
Alamat:
Fort Cornwallis
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,
George Town,
10200 George Town,
Pulau Pinang
Hubungi:
Tel Pejabat : 04-263 9855
Email : theesplanadepark@gmail.com
Website : The Esplanade Park
Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5
Waktu operasi:
Setiap hari : 9.00 am - 10.00 pm
Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Fort Cornwallis Pulau Pinang.
5- Muzium Perang
Jika Fort Cornwallis dibina diawal penjajahan Pulau Pinang, Muzium Perang ini pula dibina British bagi mempertahankan Pulau Pinang dari serangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Terletak diatas bukit di Batu Maung, muzium ini adalah kubu pertahanan sebenar yang agak menakutkan.
Tempat ini memang sangat menarik. Pengunjung dapat melihat susun-atur, binaan dan keadaan asal kubu perang sebagaimana ia dibina, kemudian diambil-alih oleh Jepun pula.
Alamat:
Muzium Perang Pulau Pinang
No Lot 1350, Mukim 12,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang
Hubungi:
Tel : 04 626 5142
Mobile : 016-421 3606, 012-6360659
Email : penangwarmuseum@yahoo.com
Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM20
Kanak-kanak : RM10
Waktu operasi:
Setiap hari : 9.00 am - 6.00 pm
Maklumat lanjut lihat artikel Muzium Perang Pulau Pinang.
6- Pantai Batu Ferringhi
Pantai Batu Ferringhi ialah destinasi popular untuk mandi laut di Penang. Ramai keluarga berkunjung kesini pagi dan petang untuk menggembirakan hati anak-anak. Anda juga perlu singgah ke pantai ini jika bercuti.
Bukan hanya mandi laut, Batu Ferringhi mempunyai berbagai tarikan lain seperti:
- Parasailing
- Jet Ski
- Banana Boat
- Big Donut
- Pasar Malam
Alamat:
Batu Ferringhi
11100 Batu Ferringhi,
Pulau Pinang
Hubungi:
Tel: -
Email : -
Tidak perlu hubungi sesiapa.
Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket
Waktu operasi:
Setiap hari : 7.00 am - 1.00 am
Maklumat lanjut lihat artikel Bercuti di Batu Ferringhi.
7- Taman Negara Pulau Pinang
Taman Negara Pulau Pinang mempunyai beberapa tarikan yang pelancong tempatan sering terlepas pandang. Disini terdapat Pantai Kerachut, Teluk Kampi dan Sungai Tukun yang sangat menarik. Jika ingin meneroka alam semulajadi, anda boleh trekking. Berbagai spesis binatang liar serta flora dan fauna boleh ditemui.
Jika tidak ingin merentas hutan, anda boleh ke tempat-tempat menarik di Taman Negara dengan bot. Cruise pakej ada disediakan dikawasan pejabat Taman Negara dan LKIM Teluk Bahang yang terletak bersebelahan.
Alamat:
Pejabat Taman Negara Pulau Pinang,
Jalan Hassan Abbas,
11050 George Town,
Pulau Pinang
Hubungi:
Tel Pejabat : 04-881 3530, 04-881 3500
Email : tnpp@wildlife.gov.my
Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket
Berbagai aktiviti dan pakej ditawarkan.
Waktu operasi:
Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm
8- Rumah P Ramlee
Rumah kelahiran P Ramlee ini terletak dalam satu kawasan kompleks yang agak luas. Pengunjung boleh melawat rumahnya yang sederhana tetapi cantik. Beberapa barangan peninggalan Allahyarham juga dipamerkan. Disini juga terdapat sebuah galeri yang mempamerkan berbagai maklumat berkaitan P Ramlee, kerjaya beliau dalam bidang seni, gambar-gambar lama dan lain-lain lagi.
Alamat:
Rumah Kelahiran P.Ramlee
Lot 2180, Jalan P. Ramlee,
Taman P. Ramlee,
10460 George Town,
Pulau Pinang
Hubungi:
Tel Pejabat : 04-281 7484
Email : -
Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket
Waktu operasi:
Selasa - Ahad : 9.00 am - 5.00 pm
Isnin : Tutup
Maklumat lanjut lihat artikel Melawat rumah P Ramlee.
9- Taman Botani Pulau Pinang
Taman Botani Pulau Pinang ialah satu tempat menarik di Penang yang telah lama terkenal dikalangan pelancong. Pengunjung boleh bersiar-bersiar atau beriadah mengeluarkan peluh. Lanskap disini sangat cantik dan sesuai untuk bergambar. Ada air terjun. Monyet juga banyak berkeliaran.
Jika anda minat membeli pokok herba, ada Mahkota Dewa, Tongkat Ali, Janggut Adam, Misai Kucing dan bermacam-macam lagi dijual disini.
Alamat:
Botanical Garden
Jalan Kebun Bunga,
10350 George Town,
Penang
Hubungi:
Tel : 04-227 0428
Fax: +604-228 6075
Email : botani@penang.gov.my
Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket
Waktu operasi:
Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm
Maklumat lanjut lihat artikel Taman Botani Pulau Pinang - Penang Botanical Garden
10- Penang Aquarium Batu Maung
Tempat menarik di Penang yang agak kurang mendapat perhatian sewajarnya ialah Penang Aquarium Batu Maung. Ia adalah destinasi menarik untuk dikunjungi lebih-lebih lagi jika anda membawa anak-anak bercuti. Berbagai pameran hidupan laut disediakan untuk pengunjung bukan setakat spesis ikan sahaja.
Tidak perlu membandingkannya dengan Underwater World. Dengan bayaran tiket yang murah, tempat ini harus ada dalam senarai destinasi lawatan anda.
Alamat:
Penang Aquarium Batu Maung
Jalan Batu Maung,
11960 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Hubungi:
Tel: 04-626 3925
Fax : -
Email : -
Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM2
Waktu operasi:
Setiap hari : 10.00 am - 5.00 pm
Maklumat lanjut lihat artikel Aquarium Batu Maung
Kesimpulan
Dalam kepesatan pembangunan industri pelancongan di Penang, ramai seolah terlupa pada pelancong tempatan dan sensitiviti dalam beberapa perkara. Bagi saya 10 tempat menarik diatas adalah yang terbaik kita boleh lawati di Penang. Baik dari segi makna atau kos harga tiket yang munasabah, ia tetap terbaik. Apa yang paling penting tujuan bercuti itu sendiri tercapai.
Anda rasa senarai diatas tidak memuaskan?
Artikel berkaitan
Jangan datang ke Penang sebelum baca semua artikel dibawah.
- Tempat mengecewakan: tempat menarik di Penang yang mengecewakan 2019
- Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Penang
- Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Penang
- Terokai semua: Penang - Tempat menarik, aktiviti dan percutian