Membeli-belah Penang

Penang ialah salah satu destinasi popular untuk membeli-belah. Terdapat banyak shopping kompleks terutama disebelah pulau yang cukup terkemuka. Jika anda merancang untuk bercuti disini, berikut ialah senarai tempat membeli-belah di Penang yang boleh dikunjungi. Bukan hanya shopping kompleks, maklumat pasar malam, pasar pagi, lokasi kedai yang menjual produk tempatan juga ada. Anda boleh dapatkan barangan seperti jeruk, cenderahati, pakaian dan lain-lain untuk dibawa pulang.

Design Village Outlet Mall

Design Village Outlet Mall

Design Village Outlet Mall ialah tempat membeli-belah menarik yang boleh anda kunjungi jika bercuti di Penang. Ia terletak di Bandar Cassia, Batu Kawan. Outlet Mall yang terbesar di Malaysia ini mula beroperasi pada November 2016. Ia merangkumi kawasan seluas 24 ekar tanah.

Rekaan Design Village Outlet Mall ini adalah hampir sama seperti Johor Premium Outlets, dimana beberapa bangunan setingkat dibina bertentangan dan menghadap antara satu sama lain. Ruang antara bangunan diisi dengan kiosk, pokok-pokok dan lanskap menarik.

Top 10 tempat membeli-belah di Penang

Membeli-belah di Penang

Membeli-belah adalah aktiviti wajib bila anda pergi bercuti. Berikut adalah senarai top 10 tempat membeli-belah di Penang yang popular boleh anda kunjungi. Dari pasar siang hingga ke pasar malam. Dari lorong hingga ke pasaraya.

Senarai ini tidak mengikut kedudukan. Anda boleh memilih lokasi mana yang anda suka. Semuanya ada keistimewaan sendiri.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.