Yan

Yan ialah salah satu daerah di Kedah. Ia merupakan kawasan pelancongan utama di negeri ini. Terdapat tarikan pelancongan alam semulajadi seperti tanah tinggi, air terjun, pantai dan juga pulau yang sentiasa menggamit kehadiran pelancong kesini. Daerah ini mempunyai kawasan sawah padi yang luas, hutan simpan, perkampungan nelayan dan berbagai jenis perusahaan kecil yang seronok untuk dilawati.

Pantai Murni - Tempat bersantai di Yan

Pantai Murni Yan Kedah

Pantai Murni merupakan salah satu lokasi menarik di daerah Yan, Kedah. Ia sering menjadi tumpuan orang-ramai dihujung minggu dan musim cuti sekolah. Pantai popular ini terletak berhampiran pekan Yan. Bagi yang belum pernah ke Pantai Murni dan merancang untuk ke sini, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat lengkap sebagai panduan anda.

Titi Hayun Yan Kedah - Panduan percutian 2020

Titi Hayun Yan Kedah

Titi Hayun ialah kawasan peranginan air terjun yang terletak di daerah Yan, Kedah. Ia adalah tempat menarik yang tidak asing lagi di daerah pelancongan ini. Tempat ini telah dibangunkan dengan baik. Kemudahan awam disediakan termasuk resort yang menyediakan chalet penginapan untuk pengunjung yang ingin bercuti disini.

Selain mandi-manda, ada beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Titi Hayun. Jika anda merancang untuk berkunjung kesini, saya syorkan anda bawa pakaian dan kasut yang sesuai untuk jungle trekking. Jika tidak, kunjungan anda kesini tidak akan sempurna.

Pulau Songsong Yan Kedah

Snorkeling di Pulau Song Song Kedah

Pulau Songsong terletak di Yan, Kedah. Ia adalah salah sebuah pulau yang ada di persisiran pantai daerah ini. Pulau-pulau lain ialah Pulau Bunting, Pulau Telur dan Pulau Bidan. Pulau Songsong tidah berpenduduk dan tiada resort disediakan untuk pelancong bercuti. Walau bagaimanapun, pelancong masih boleh berkunjung untuk trip harian. Jika ingin bermalam, kelengkapan perlu dibawa termasuk makanan dan minuman. Tiada bekalan elektrik dan sumber air bersih. Namun bagi peminat alam semulajadi, keindahan pulau ini cukup menakjubkan dan berbaloi untuk dikunjungi.

Pasar malam Guar Chempedak

Pasar malam Guar Chempedak Kedah

Pasar malam Guar Chempedak adalah antara yang terbesar di Daerah Yan. Orang ramai dari sekitar daerah ini datang untuk membeli barang keperluan harian dan juga makanan. Di bangunan tepi pasar malam ini terdapat surau di tingkat 1 yang sangat luas dan digunakan oleh peniaga serta orang-ramai untuk solat berjemaah. Kemudahan tandas juga ada disini. Cukup besar dan bersih.

Pasar malam ini beroperasi setiap hari Sabtu. Ia bermula dari seawal pukul 5 petang dan berakhir sekitar 10 malam. Lokasinya adalah berhampiran lampu isyarat pekan Guar Chempedak jalan menghala ke Yan.