Baling

Baling ialah salah satu daerah di negeri Kedah. Ia terletak bersempadan dengan Pengkalan Hulu, Perak. Ia adalah daerah kedua terbesar di Kedah selepas Sik. Didalam faktor pelancongan, ada beberapa tempat menarik di Baling yang boleh dilawati. Tarikan utama ialah ecotourism dimana banyak destinasi pelancongan semulajadi seperti gunung, air terjun dan kolam air panas cukup popular dikalangan pelancong. Selain itu, beberapa aktiviti menarik juga boleh dilakukan jika bercuti di daerah ini.

Lata Bukit Hijau

Lata Bukit Hijau Baling Kedah

Lata Bukit Hijau ialah air terjun cantik yang terletak di Baling, Kedah. Ia boleh dikatakan air terjun paling cantik di negeri ini. Sekitar tahun 90an, ia sangat popular dan sering menjadi pilihan orang-ramai berkelah di hujung minggu atau cuti umum.

Setelah lama tidak berkunjung kesini, saya mengambil keputusan untuk membawa keluarga pada cuti sekolah bulan Disember 2019. Disini saya kongsikan maklumat tentang air terjun menarik di Baling kepada anda pengunjung setia laman web percutian bajet.

Air terjun Lata Bayu Baling

Air terjun Lata Bayu Baling

Lata Bayu ialah tempat peranginan air terjun yang sangat popular bukan sahaja di Baling, malah di Kedah dan negeri berhampiran seperti Perak dan Pulau Pinang. Ia menjadi destinasi perkelahan keluarga, perjumpaan kelab dan semestinya untuk aktiviti mandi air terjun.

Bagi anda yang belum pernah mendengar nama air terjun ini, ia adalah taman rekreasi dan kawasan perkelahan yang sangat menarik. Ia terkenal kerana mempunyai air terjun bertingkat yang cukup cantik. Sesiapa saja yang berkunjung kesini pasti memuji akan keindahan semulajadi air terjun ini.

Bercuti di kolam air panas Ulu Legong Baling

Air panas Ulu Legong

Salah satu tarikan utama yang terdapat di Baling ialah kolam air panas yang terletak di Ulu Legong. Kolam air panas ini kian dikenali dan mendapat sambutan pelancong yang melawat negeri Kedah. Tempat menarik ini sentiasa dipenuhi pengunjung dihujung minggu dan juga semasa musim cuti sekolah. Orang-ramai dari merata-rata negeri termasuk pelancong dari luar negara juga datang untuk mandi-manda dan bersantai bersama keluarga disini.