Aktiviti

Salah satu perkara seronok untuk dilakukan semasa bercuti ialah melakukan aktiviti pelancongan yang ditawarkan ditempat tersebut. Banyak aktiviti pelancongan menarik ada di setiap negeri di Malaysia. Paling popular ialah aktiviti di taman tema. Berbagai permainan disediakan untuk pengunjung bersuka-ria bersama keluarga. Antara destinasi yang banyak menyediakan aktiviti menarik untuk pengunjung ialah pulau dan pantai. Berbagai aktiviti seperti snorkeling, berkayak, jet ski, dan sebagainya ditawarkan. Selain itu, tempat rekreasi turut menyediakan aktiviti lasak seperti permainan paint ball, jungle trekking, water sports, rafting, banana boat, paragliding dan bermacam-macam lagi. Bagi yang tidak berminat dengan aktiviti lasak atau permainan menakutkan, membeli-belah mungkin aktiviti sesuai untuk anda.

Taman Botani Shah Alam - Tempat menarik yang harus dikunjungi

Taman Botani Shah Alam ialah sebuah taman rekreasi menarik yang harus dikunjungi jika bercuti ke Shah Alam. Digelar taman ditengah bandar, ia turut dikenali dengan nama Bukit Cerakah, Taman Pertanian Malaysia dan juga Bukit Cahaya Seri Alam. Taman ini merupakan satu-satunya Taman Botani yang menyerlahkan konsep botani hutan hujan tropika. Selain taman rekreasi, Taman Botani Shah Alam juga berperanan sebagai pusat pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan botani, hortikultur serta pertanian.

Senarai taman tema di seluruh Malaysia

Taman Tema Sunway Lagoon

Malaysia mempunyai banyak taman tema menarik yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Taman tema air menjadi pilihan ramai berbanding taman hiburan (amusement park) mungkin kerana ia lebih sesuai untuk percutian keluarga. Percutian Bajet telah menyediakan senarai taman tema air di Malaysia dan juga taman tema lain yang disusun mengikut negeri sebagai panduan untuk pengunjung merancang percutian ke sana.

Wet World Shah Alam Water Park

Wet World Shah Alam adalah sebuah taman tema air menarik yang sesuai untuk percutian keluarga. Walaupun ia hanya sebuah taman tema air yang kecil, tetapi tarikan yang ada cukup menyeronokkan. Buktinya, Shah Alam water park ini telah menerima anugerah "Best Small Water Park 2O11" dan juga "1st Green Water Park 2O11". Aktiviti dan permainan yang disediakan lebih mementingkan keselamatan dan sesuai untuk kanak-kanak.

Harga tiket dan aktiviti menarik di Legoland Johor

Kaunter tiket Legoland Johor

Legoland Malaysia Resort adalah taman tema antarabangsa yang pertama dibuka di Malaysia. Ia juga adalah satu-satunya taman tema Legoland di Asia. Menyediakan berbagai aktiviti menarik, imaginasi dan pembelajaran, ia adalah lokasi percutian riang-ria yang paling sesuai untuk seisi keluarga. Bagi pengunjung yang ingin membawa keluarga bercuti ke sana, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu mengenai Legoland Malaysia Resort atau lebih dikenali dengan Legoland Johor ini sebagai panduan.

Sunway Lagoon Water Park Malaysia

Sunway Lagoon ialah taman tema popular yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Dibina dikawasan seluas 88 ekar, ia mempunyai lebih 80 tarikan pelancong yang terdiri dari Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park dan Scream Park. Sunway Lagoon pernah dijadikan lokasi untuk acara muzik dunia iaitu MTV World Stage dan Arthur’s Day Celebration selama beberapa kali.

Sungai Sedim - Tree top walk dan aktiviti menarik

Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim terletak didalam kawasan Taman Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim iaitu didalam kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, di daerah Kulim, Kedah. Laluan kanopi sepanjang 1.5 KM ini mempunyai ketinggian paling tinggi 36 meter dari aras tanah. Berjalan diatas kanopi ini membolehkan pengunjung melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi untuk memerhatikan pelbagai flora dan fauna menarik yang ada dikawasan Hutan Simpan Sungai Sedim.

Percutian ke Lost World of Tambun

Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Lost World of Tambun logo.

Sayangi air terjun kita

Kita sangat beruntung kerana terdapat banyak tempat menarik semulajadi ada di Malaysia. Air terjun adalah salah satu darinya. Saya dan keluarga memang suka ke pusat peranginan atau taman rekreasi air terjun. Suasana hutan memang menarik hati membuatkan saya berasa tenang dapat menghirup udara segar. Berbagai aktiviti menarik boleh saya lakukan bersama keluarga seperti berkelah, mandi air terjun dan kadang-kala berkhemah dikawasan air terjun. Disini saya ingin berkongsi satu kawasan air terjun yang sangat menarik di tempat saya.