Membeli-belah Langkawi

Salah satu tarikan pelancongan di Langkawi ialah membeli-belah. Ia telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai dan harga barangan memang jauh lebih murah berbanding dengan tempat lain. Lebih menarik, pelbagai barangan berkualiti dari luar negeri juga booleh didapati.

Berikut ialah senarai tempat membeli-belah popular di Langkawi yang mesti dikunjungi. Maklumat dan lokasi kedai cokelat, kain batik, pinggan mangkuk, produk gamat dan sebagainya boleh dijadikan panduan anda yang ingin bercuti di pulau ini.

Oriental Village Langkawi

Oriental Village Langkawi

Oriental Village ialah tempat menarik yang kurang dikenali di Langkawi. Tetapi bila sebut Kereta Kabel Langkawi, pasti ramai yang tahu. Sebenarnya stesen kereta kabel terletak di Oriental Village.

Selain kereta kabel, banyak lagi tempat menarik dan aktiviti pelancongan ada disini. Pengunjung boleh melawat taman-taman indah dan jambatan yang dibina menghiasi kawasan tasik yang luas. Manakala aktiviti menyeronokkan yang menanti pengunjung termasuk aktiviti air, indoor dan aktiviti lasak.

Gamat Nusantara Maju Langkawi

Gamat Nusantara Maju

Tidak lengkap percutian anda ke Langkawi jika tidak membeli-belah produk tempatan terutama hasil gamat. Salah satu destinasi popular dikalangan pelancong ialah Gamat Nusantara Maju. Disini terdapat pelbagai barangan produk kecantikan dan kesihatan.

Gamat Nusantara Maju adalah pengeluar terbesar produk gamat dan herba di Langkawi. Pengunjung yang singgah di kedai atau show room ini dapat melihat pameran pelbagai jenis herba dan juga gamat yang dimasak didalam kawah.