Design Village Outlet Mall ialah tempat membeli-belah menarik yang boleh anda kunjungi jika bercuti di Penang. Ia terletak di Bandar Cassia, Batu Kawan. Outlet Mall yang terbesar di Malaysia ini mula beroperasi pada November 2016. Ia merangkumi kawasan seluas 24 ekar tanah.
Rekaan Design Village Outlet Mall ini adalah hampir sama seperti Johor Premium Outlets, dimana beberapa bangunan setingkat dibina bertentangan dan menghadap antara satu sama lain. Ruang antara bangunan diisi dengan kiosk, pokok-pokok dan lanskap menarik.
Deretan bangunan kedai setingkat ini lebih 90% disewa oleh berbagai jenama antarabangsa dan tempatan. Pengunjung boleh berjalan di koridor yang agak luas untuk pergi dari satu kedai ke kedai seterusnya.
Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Lokasi Design Village Outlet Mall
Design Village Outlet Mall terletak di Bandar Cassia, Batu Kawan, Penang. Lokasinya berhampiran Ikea Penang yang juga baru beroperasi setahun lepas.
Jika melalui lebuhraya PLUS, anda boleh melalui susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kemudian ikut susur keluar ke Bandar Cassia (Batu Kawan).
Peta ke Design Village Outlet Mall.
Alamat:
Design Village Outlet Mall
733, Jalan Cassia Barat 2,
14110 Bandar Cassia,
Penang
Hubungi:
Tel Pejabat : 04-5899888
Email : sayhello@designvillage.today
Website : Design Village Outlet Mall
Harga tiket:
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket
Anda perlu membayar tiket parking.
Waktu operasi:
Setiap hari : 11.00 am - 10.00 pm
Apa yang menarik?
Apa yang menarik di Design Village Outlet Mall ialah kedai-kedai yang ada disini. Kebanyakan jenama pilihan rakyat Malaysia boleh ditemui samada jenama tempatan atau luar negara. Bila masuk ke kedai atau butik jenama itu sendiri, pilihan lebih banyak dan pengunjung tidak perlu risau akan ketulenan barangan yang hendak dibeli.
Kasut, Bag dan Luggage
Banyak kedai kasut, bag dan luggage ada di Design Villlage Outlet Mall. Samada untuk kasual atau ke pejabat, berbagai jenama popular boleh dijadikan pilihan. Antara outlet yang ada ialah:
Kasut - Bata, Camel Active, Carlo Rino, Clarks, Converse, DC Tribe, Larrie, Hush Puppies, Pierre Cardin.
Bag / luggage - Bonia, Bratpack, Coach, Kate Spade, Kipling, Samsonite, The Travel Store.

Fesyen dan pakaian sukan
Outlet yang paling banyak di Design Village ialah fesyen dan pakaian sukan. Berbagai jenama antarabangsa boleh ditemui. Bila beli barangan berjenama antarabangsa, bukanlah kerana ingin berlagak tetapi kerana kualiti lebih baik.
Fesyen - Arnold Palmer, Beverly Hills Polo Club, Body Glove, Brands Outlet, Brooks, BVO, Cotton On, Felancy, John Master, Guess, Hush Puppies, Levi's, Padini.
Pakaian sukan - Adidas, Puma, Reebok, Royal Sporting House.


Kesihatan dan kecantikan
Outlet lain yang ada disini ialah Kesihatan dan Kecantikan. Antara kedai yang ada termasuk Beauty Scents, Home Care, Sasa, The Cosmetics Company Store, Watsons.

Aksesori dan barang kemas
Tidak ketinggalan outlet aksesori dan barang kemas seperti Citizen, Focus Point, Star Ted, Sunglass Hut, Watch Out boleh ditemui di Design Village Outlet Mall.

Makanan
Jika penat membeli-belah, pengunjung boleh berehat sambil menjamu selera di beberapa restoran yang ada disini. Antara restoran popular yang ada ialah Baskin Robbins, KFC dan Starbucks.

Lihat senarai penuh kedai dan jenama Design Village Outlet Mall.
Kemudahan dan fasiliti
Beberapa kemudahan disediakan di Design Village Outlet Mall seperti:
- Tempat letak kereta bertingkat dan biasa
- Kaunter pertanyaan
- Tandas awam
- Kerusi rehat

Kesimpulan
Membeli-belah di Design Village Outlet Mall agak menyeronokkan kerana suasana yang berbeza dari pasaraya biasa. Harga barangan adalah lebih-kurang sahaja dengan tempat lain. Walaupun dilihat ada promosi potongan harga, tetapi ia tidaklah murah. Anda sendiri pasti maklum dengan harga jenama pilihan sendiri. Jadi bandingkan dengan bijak.
Sesuatu yang menarik bagi saya ialah adanya berbagai outlet berjenama antarabangsa yang popular. Sebelum ini memang tidak ada. Pengunjung perlu pergi ke pulau untuk membeli-belah.
