Kedah

Kedah ialah negeri yang cantik terletak di utara semenanjung Malaysia. Negeri yang bergelar Jelapang Padi ini mempunyai berbagai tarikan pelancongan seperti pulau, pantai dan alam semulajadi. Sesuatu yang menarik tentang Kedah ialah, ia mempunyai kawasan sawah padi yang sangat luas. Jika anda ke negeri ini pada musim padi, kehijauan sawah yang sayup mata memandang dengan latar-belakang gunung dan bukit-bukau cukup mempersonakan.

Jika anda bercadang untuk bercuti di Kedah, dibawah ialah panduan tempat menarik yang boleh dilawati. Ada destinasi pelancongan seperti tempat bersejarah, warisan budaya dan senibina, tanah tinggi, taman tema dan alam semulajadi untuk dikunjungi. Maklumat lokasi percutian menarik seperti bandar, pulau, pantai serta berbagai aktiviti pelancongan popular juga disediakan untuk panduan anda merancang percutian yang diidamkan.

Lihat semua tempat menarik mengikut negeri di halaman Tempat Menarik.

Membeli-belah di Pasar Kemboja Pendang

Pasar Kemboja Pendang

Pasar kemboja kini semakin popular di Malaysia. Ia bukan lagi sekadar pasar borong malah menjadi salah satu tarikan pelancongan di tempat berkenaan. Kali ini Percutian Bajet memaparkan maklumat mengenai Pasar Kemboja Pendang yang semakin popular di Kedah dan juga negeri berhampiran seperti Perlis dan Pulau Pinang. Bagi pengunjung yang belum pernah ke Pendang dan ingin membeli-belah di pasar kemboja, artikel ini akan membantu memberi gambaran sebenar tentang lokasi dan apa yang ada di pasar tersebut.

Tempat menarik di Gunung Jerai Kedah

Tempat menarik di Gunung Jerai

Ramai yang belum mengetahui bahawa Gunung Jerai adalah salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang sangat menarik di Kedah. Ia agak kurang mendapat liputan dan promosi yang sepatutnya. Terdapat banyak lokasi yang boleh dikunjungi di puncak gunung dan juga kawasan sekitarnya. Berbagai aktiviti percutian boleh dilakukan sepanjang berada disana. Tambahan pula terdapat tempat penginapan menarik di puncak gunung iaitu The Regency Jerai Hill Resort untuk pengunjung bermalam.