Langkawi

Langkawi ialah pulau peranginan yang terletak di negeri Kedah. Ia merupakan salah satu destinasi popular untuk bercuti. Berbagai tarikan pelancongan ada disini. Antara lokasi menarik untuk dilawati ialah tempat sejarah dan warisan, pantai yang cantik, pulau peranginan serta alam semulajadi. Selain itu aktiviti water sport, island hopping, snorkeling dan sunset cruise turut disediakan untuk pelancong.

Langkawi juga terkenal sebagai destinasi popular untuk membeli-belah. Ini kerana pulau ini telah diwartakan sebagai Pulau Bebas Cukai. Berbagai barangan boleh dibeli dengan harga yang murah. Ini menjadi tarikan terutama sekali barangan berkualiti dari luar negara. Malah barangan tempatan juga menjadi pilihan pengunjung seperti produk gamat, herba dan akar kayu, kain batik, pakaian, serta barangan hiasan dan aksesori.

 

Malibest Resort Langkawi

Malibest Resort Langkawi ialah sebuah resort menarik di Pulau Langkawi, Kedah. Resort ini menawarkan berbagai jenis bilik penginapan yang selesa untuk pelancong. Lokasi strategik ditepi pantai yang cantik menyebabkan Malibest Resort Langkawi sentiasa menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Malibest Resort Langkawi Tree House

Pakej percutian keluarga 3hari 2malam ke Langkawi

Kami menawarkan pakej percutian murah untuk keluarga yang besar dengan harga yang paling murah. Pakej percutian keluarga ini selama 3hari 2malam. Pakej ini termasuk kos penginapan, kos pengangkutan dan kos aktiviti island hopping. Minimum peserta 10 ke 12 orang satu keluarga.
Harga pakej ini untuk hari biasa. Harga pakej akan berubah pada cuti umum, cuti sekolah dan cuti minggu. Kekosongan bilik bergantung pada tarikh anda membuat tempahan. Anda dicadangkan untuk membuat tempahan sebulan awal.

Pakej percutian bajet ke Langkawi 3 hari 2 malam

Aktiviti Banana Boat

Kami menyediakan pakej percutian bajet ke Langkawi dengan harga yang sangat berpatutan. Pakej untuk penginapan satu bilik (2-3 orang) untuk pakej 3 hari 2 malam boleh didapati dengan harga semurah RM180 seorang. Pakej termasuk penginapan 3 hari 2 malam, kereta sewa dan island hopping. Terdapat tiga jenis pakej murah ke Langkawi yang boleh dipilih iaitu:

Bagaimana hendak bercuti dengan membawa kenderaan sendiri ke pulau Langkawi

Langkawi adalah pulau pelancongan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Ia adalah sebuah pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah. Untuk ke pulau Langkawi, terdapat dua buah jeti yang menyediakan pengangkutan feri iaitu di Kuala Kedah dan juga Kuala Perlis. Pelancong juga boleh menggunakan pengangkutan udara dan menempah tiket kapal terbang kerana terdapat lapangan terbang di Langkawi.