Alor Setar

Alor Setar ialah Ibu Negeri Kedah. Ia adalah bandar paling membangun di negeri ini. Banyak lokasi menarik boleh dilawati seperti tempat warisan dan sejarah, taman rekreasi dan tempat membeli-belah. Bagi anda yang merancang untuk berkunjung ke sini, berbagai maklumat kami kongsikan dibawah sebagai panduan untuk merancang aktiviti bagi memenuhi masa percutian anda.

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara

Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ialah salah satu tempat menarik yang boleh dilawati di Alor Setar. Ia mempamerkan banyak teori dan fakta berkaitan sains dalam bentuk permainan, puzzle dan demonstrasi menarik. Walaupun telah dibuka sejak Mac 2010, ramai yang masih belum tahu akan wujudnya tempat ini. Pada yang tahu pula, ramai yang belum menjejakkan kaki kesini.

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya ialah tempat membeli-belah di Kedah yang paling unik dan menyeronokkan. Ia diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari Jumaat. Pasar ini terkenal dengan barang-barang lama 'retro' dan 'vintage' tetapi bukan itu sahaja. Saya akan cuba menggambarkan keseluruhan apa yang ada kepada anda sebaik mungkin. Untuk merasai suasana dan kemeriahannya, anda perlu datang sendiri.

TH Hotel Alor Setar

TH Hotel Alor Setar adalah sebuah hotel yang menarik dan selesa untuk dikunjugi. Ia menawarkan penginapan selesa untuk pasangan atau keluarga yang ingin bercuti ke Kedah. Selain dari kedudukan lokasi hotel yang tidak jauh dari Lapangan terbang Sultan Abdul Halim dan hanya megambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai ke hotel.

Lokasi

Lokasi hotel yang terletak berhampiran dengan Lapangan terbang Sultan Abdul Halim dan tidak jauh dari bandaraya Alor Setar.

Alamat:

Holiday Villa Alor Setar

Anda bercadang ingin bercuti ke Alor Setar Kedah? Masih mencari-cari hotel yang menarik yang terletak tidak jauh dari bandar dan mempunyai kemudahan yang lengkap? Holiday Villa adalah hotel yang terbaik untuk dijadikan tempat penginapan anda. Sebuah hotel yang menyediakan perkhidmatan tip top dan mempunyai pekerja yang mesra pelanggan. Kemudahan kedai dan restoran juga turut disediakan di sini untuk keselesaan tetamu dan bagi memudahkan pengunjung yang pertama kali datang ke Alor Setar, Kedah. Selain itu, Holiday Villa telah mendapat pengiktirafan dari JAKIM Sijil pengesahan halal.