Taman Monumen Kuala Terengganu

Taman Monumen ialah tempat menarik yang mesti dilawati jika berkunjung ke Kuala Terengganu. Ia adalah sebuah taman yang mengumpulkan bangunan terkenal diseluruh dunia yang dibina dengan skala yang lebih kecil. Pengunjung dapat melihat dan menghargai keindahan senibina Islam terutama masjid yang cukup mengagumkan.

Untuk melihat apa yang menarik di Terengganu, sila ke halaman Tempat menarik di Terengganu.

Percutian Bajet telah melawat Taman Monumen semasa mengunjungi Taman Tamadun Islam pada Februari 2017 yang lalu. Ia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Meneroka Taman Monumen, melihat dan mempelajari sejarah bangunan ikonik dari seluruh dunia memberi ilmu baharu. Kami benar-benar teruja dan ingin berkongsi pengalaman dengan anda, pengunjung setia laman web ini. Selain Taman Monumen, anda boleh ke halaman Melawat Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu untuk mengetahui tarikan lain yang ada disini.

Masjid Negara, Malaysia.

Masjid Negara, Malaysia.

Lokasi

Taman Monumen terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Ia adalah sebahagian dari Taman Tamadun Islam yang turut terkenal dengan Masjid Kristal. Lokasinya hanya 10 KM dari pusat bandar iaitu kira-kira 20 minit perjalanan jika memandu kereta. Pengunjung akan menemui taman ini terlebih dahulu apabila melepasi pintu masuk. Tempat letak kereta disediakan dan bayaran parking tidak dikenakan.

Alamat:
TTI Management Sdn. Bhd.
Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Telefon: +609- 627 8888
Fax: +609- 630 9020
Email: sales@tti.com.my

Peta untuk ke Taman Tamadun Islam.

Harga tiket dan waktu operasi

Pengunjung boleh mendapatkan tiket dipintu masuk Taman Monumen. Harga tiket adalah seperti berikut:

  1. Dewasa - RM21.20.
  2. Kanak-kanak - RM15.90.
  3. Warga Emas - RM15.90.

Waktu operasi:

  • Hari bekerja (Isnin - Khamis) - 10 pagi hingga 7 petang.
  • Hari Minggu (Jumaat, Sabtu, Ahad) - 9 pagi hingga 7 petang.
  • Tiket terakhir dijual pada pukul 6.15 petang.

Peta Taman Monumen.

Peta Taman Monumen, Kuala Terengganu.

Tarikan

Tarikan utama Taman Monumen ialah replika masjid dan bangunan ikonok lain yang bercirikan senibina Islam dari seluruh dunia yang dibina disini. Walaupun saiznya lebih kecil tetapi rekabentuk dan hiasan dapat dilihat dengan jelas dan terperinci. Ia benar-benar mengagumkan. Sesiapa sahaja yang mengunjungi taman ini pasti berasa teruja ingin melawat masjid-masjid yang ada ditempat asalnya.

Masjid Menara Kudus, Jawa Tengah.

Masjid Menara Kudus, Jawa Tengah, Indonesia.

Selain masjid terkenal, bangunan, istana dan menara turut dibina di sini. Jumlah keseluruhan replika yang ada ialah 23 kesemuanya. Beberapa bangunan replika turut mempunyai ruang pameran dan auditorium bagi menyampaikan maklumat kepada pengunjung. Barangan, pakaian dan peralatan yang dipamerkan membantu pengunjung memahami kebudayaan masyarakat Islam di negara berkenaan.

Masjid Suleyman, Turki.
Masjid Suleyman, Turki.

Masjid Sultan, Singapura.
Masjid Sultan, Singapura.

Masjid Kul Shariff, Kazan, Rusia.
Masjid Kul Shariff, Kazan, Rusia.

 

Masjidil Haram, Arab Saudi.
Masjidil Haram, Arab Saudi.

Masid Besar Qairawan, Tunisia.
Masid Besar Qairawan, Tunisia.

Masjid Besar Agadez, Nigeria.
Masjid Besar Agadez, Nigeria.

Masjid Badshahi, Pakistan.
Masjid Badshahi, Pakistan.

Kubu Kota Aleppo, Syria.
Kubu Kota Aleppo, Syria.

Kubah Al-Sakhra.
Kubah Al-Sakhra.

Kemudahan

Beberapa kemudahan terdapat di Taman Monumen seperti bilik air, tandas dan kiosk cenderahati. Jika anda membawa ibubapa yang tidak berapa sihat atau anak-anak yang masih kecil, anda boleh menyewa buggy yang berharga dari RM48 hingga RM159 sejam (bergantung pada tempat duduk) untuk melawat satu masjid ke masjid lain. Selain itu, tram, basikal dan surrey ride turut disediakan.

Kemudahan yang disediakan.
Kemudahan yang disediakan di Taman Monumen.

Nota: Untuk melihat destinasi percutian, sila ke halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Terengganu.

Taman Monumen yang terletak di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu ini memang sangat menarik untuk dilawati. Pengunjung boleh menikmati keindahan senibina Islam dari seluruh dunia disatu tempat sahaja. Taman ini juga cantik dan bersih serta dihiasi lanskap menarik. Bagi anda yang mencari destinasi sesuai untuk membawa keluarga jalan-jalan, ia adalah lokasi yang cukup sesuai. Selamat bercuti. Terima kasih!