Terengganu

Terengganu ialah negeri cantik yang terletak di pantai timur semenanjung Malaysia. Ia adalah negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Destinasi pelancongan popular yang ada disini ialah Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir dan ibu negerinya, Kuala Terengganu. Ia adalah destinasi yang tidak asing lagi dikalangan pelancong.

Sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Terengganu. Selain pulau, beberapa pantai yang cantik turut menjadi destinasi pilihan ramai. Percutian anda pasti seronok kerana berbagai aktiviti boleh dilakukan seperti snorkeling di Taman Laut, membeli-belah, menikmati makanan tempatan yang unik dan bersiar-siar melawat berbagai lokasi menarik. Lihat artikel dibawah untuk maklumat lanjut.

Untuk melihat tempat menarik di negeri lain, lawati halaman Tempat Menarik.

Panduan bercuti ke Pulau Perhentian

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ialah destinasi percutian yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah terkenal dikalangan pelancong luar negara. Ia dikatakan antara pulau tercantik di dunia dan mendapat gelaran island paradise dan tropical paradise. Kebanyakan kawasan di pulau ini masih terpelihara dan diliputi hutan tropika semulajadi. Manakala kawasan perairan disekitarnya telah diwartakan sebagai Taman Laut.

Tempat percutian menarik di Terengganu

Pulau Redang Terengganu

Terengganu ialah antara destinasi percutian popular di semenanjung Malaysia. Jika anda sedang mencari tempat untuk bercuti, ini adalah senarai tempat percutian menarik di Terengganu yang disusun mengikut jenis pelancongan. Ada destinasi percutian pulau, pantai, pelancongan alam semulajadi, kebudayaan dan lain-lain. Beberapa tempat penginapan di setiap lokasi turut dicadangkan. Ini akan memudahkan anda membuat pilihan mengikut kehendak dan bajet sendiri.

Tempat menarik di Kuala Terengganu untuk dilawati

Tempat menarik Masjid Kristal

Salah satu lokasi pelancongan yang menarik di pantai timur ialah Kuala Terengganu. Ia adalah sebuah bandar cantik yang terletak di tepi laut. Kuala Terengganu mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri. Ia terkenal sebagai lokasi pemasaran barangan tempatan yang berkualiti tinggi seperti songket dan batik. Disini juga terdapat beberapa lokasi pelancongan yang cukup menarik dan unik. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi senarai tempat menarik di Kuala Terengganu yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke bandar ini.

Bercuti di Pulau Tenggol Dungun Terengganu

Pulau Tenggol adalah salah sebuah lokasi pulau peranginan yang terletak di perairan Terengganu. Ia agak kurang terkenal berbanding pulau lain seperti Pulau Kapas, Pulau Redang atau Pulau Perhentian. Pulau yang pada asalnya tidak berpenghuni ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan setelah dimajukan dan didirikan resort untuk penginapan pelancong. Tarikan utama pelancong ke Pulau Tenggol ialah untuk aktiviti scuba diving.

Senarai hotel di Terengganu yang mendapat sijil halal

Terengganu merupakan salah satu destinasi pelancongan pilihan di Malaysia. Jika anda merancang untuk bercuti ke Terengganu, berikut ialah senarai hotel yang mendapat pengesahan Halal dari JAKIM:

ANUGERAH MUDAHAPSAH SDN BHD
Jalan Pantai, Sura Hujung
23000
Terengganu

GRAND CENTRAL ENTERPRISES (TERENGGANU) SDN. BHD.
HOTEL GRAND CONTINENTAL KUALA TERENGGANU
Lot 004023 Jalan Sultan Zainal Abidin,
Daerah 8,
20000, Kuala Terengganu
Terengganu

Tags

Bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas merupakan antara pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik, air laut diperairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan tarikan pelancong untuk bercuti ke Pulau Kapas.

Lihat semua lokasi menarik untuk bercuti di artikel: Tempat percutian menarik di Terengganu.

Bercuti di Pulau Redang

Pulau Redang terkenal sebagai salah sebuah tempat pelancongan menarik di Malaysia. Air lautnya yang jernih, pasir pantai yang putih bersih dan berbagai spesis hidupan laut yang boleh dilihat tidak jauh dari persisiran pantai menjadi tarikan pelancong untuk bercuti di pulau ini. Percutian Bajet telah menyediakan maklumat asas sebagai panduan kepada pengunjung yang ingin merancang percutian ke Pulau Redang.

Lihat juga Panduan bercuti ke Pulau Perhentian.

Tempat menarik di Terengganu

Tempat menarik Terengganu

Berbagai tempat menarik di Terengganu boleh dilawati terutama destinasi percutian alam semulajadi seperti pantai peranginan, air terjun, hutan lipur dan gunung. Ia adalah salah satu destinasi percutian popular di Malaysia. Tarikan utama pelancongan negeri ini ialah pulau-pulaunya yang sangat cantik. Di tanah besar pula, Tasik Kenyir menjadi destinasi percutian popular pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi.