Masjid Kristal Kuala Terengganu

Masjid Kristal ialah salah satu tarikan pelancongan di Kuala Terengganu yang mesti dilawati. Ia adalah produk pelancongan Islam yang cukup menarik dan unik. Kawasan pembinaannya di tepi Sungai Terengganu dan rekabentuk senibina yang mengagumkan menjadi tarikan bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong dari luar negara.

Untuk melihat apa yang menarik di Terengganu, sila ke halaman Tempat menarik di Terengganu.

Percutian Bajet sempat melawat Masjid Kristal semasa mengunjungi Taman Tamadun Islam pada Februari 2017 yang lalu. Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan. Meneroka Taman Monumen, menaiki river cruise dan melawat Masjid Kristal begitu mengujakan. Ia memberi pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan. Anda boleh ke halaman Melawat Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu untuk membaca mengenainya.

Masjid Kristal Kuala Terengganu.

Lokasi

Masjid Kristal terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Lokasinya hanya 10 KM dari pusat bandar iaitu kira-kira 20 minit perjalanan jika memandu kereta. Kedudukan masjid ini ialah di hujung pulau iaitu dikawasan awam dimana bayaran tiket masuk tidak dikenakan.

Alamat:
Masjid Kristal
Pulau Wan Man,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu

Peta untuk ke Taman Tamadun Islam.

Tarikan

Tarikan utama Masjid Kristal Kuala Terengganu ialah rekabentuk dan senibinanya yang unik. Masjid ini diperbuat dari besi dan kaca seluruhnya. Ia dibina diatas pelantar besar di muara Sungai Terengganu dan kelihatan seolah-olah masjid terapung apabila air pasang. Lebih menarik lagi ialah pemandangan diwaktu malam dimana pancaran lampu berwarna-warni menambahkan lagi keindahan masjid ini.

Masjid Kristal di waktu malam.

Dibina pada tahun 2006, masjid ini siap dan dirasmikan pada tahun 2008 oleh DYMM Yang Dipertuan Agong pada masa itu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin. Masjid ini dibuka kepada orang awam hingga ke malam. Semasa kunjungan kami, agak ramai jemaah yang menghadiri solat maghrib dan Isya' termasuk para pelajar tahfiz. Kuliah maghrib turut diadakan pada malam tersebut.

Masjid Kristal di atas air.
Masjid Kristal dibina di muara Sungai Terengganu.

Pemandangan hadapan Masjid Kristal.
Pemandangan dari hadapan Masjid Kristal.

Pintu gerbang Masjid Kristal.
Pintu gerbang dilaluan utama masuk Masjid Kristal.

Keunikan di Masjid Kristal.
Salah satu keunikan di Masjid Kristal.

Kemudahan

Beberapa kemudahan disediakan di Masjid Kristal seperti bilik air, bilik mandi, tandas, kiosk cenderahati dan gerai minuman. Tempat letak kereta yang luas juga terdapat di kawasan luar masjid, iaitu di kawasan Taman Tamadun Islam.

Kiosk Masjid Kristal.
Kiosk yang menjual barangan cenderahati ini terletak berhampiran Masjid Kristal.

Gerai minuman.
Gerai minuman ini terletak ditebing Sungai Terengganu, berhampiran Masjid Kristal.

Pemandangan hadapan Masjid Kristal.
Pemandangan hadapan, iaitu pintu masuk ke Masjid Kristal. Kelihatan di bahagian kiri ialah bilik air.

Nota: Untuk melihat destinasi percutian, sila ke halaman Tempat percutian menarik di Terengganu.

Masjid Kristal ialah sebuah masjid yang unik. Selain terkenal dengan keindahannya, pelbagai kontroversi berkenaan masjid ini menjadi buah mulut suatu ketika dahulu. Apapun, oleh kerana terletak disatu kawasan pelancongan yang popular, ia menjadi kemudahan kepada pengunjung yang beragama Islam untuk bersolat. Kepada anda yang belum pernah menjejakkan kaki, anda boleh ke sini jika ke Kuala Terengganu di masa akan datang.