Bercuti ke Bukit Bendera
Sebut sahaja Bukit Bendera pasti ramai yang membayangkan suasana yang sejuk, pemandangan menarik dan keretapi kabel. Jika bercuti ke Penang, tidak lengkap jika tidak mengunjungi lokasi percutian menarik ini. Ia adalah pusat peranginan yang telah lama dibangunkan, lebih 200 tahun yang lalu. Pasti ada keistimewaan yang tersendiri mengapa Bukit Bendera sering dijadikan lokasi percutian menarik bersama keluarga atau rakan-rakan.