Kota Belanda Pulau Pangkor

Kota Belanda ialah salah satu tarikan pelancongan yang ada di Pulau Pangkor, Perak. Ia adalah sebuah kota peninggalan Belanda pada kurun ke 17. Tempat ini kini menjadi salah satu lokasi mesti singgah jika anda bercuti di pulau ini.

Tempat bersejarah ini telah mengalami beberapa fasa perubahan. Sejak ia dipulihara pada tahun 1973, berbagai penambahbaikan termasuk pembinaan rumah limas, bangunan kedai, taman kecil dan lain-lain telah dilakukan.

Kali ini kami sediakan maklumat berkaitan Kota Belanda Pulau Pangkor yang perlu anda tahu termasuk gambar diwaktu siang dan malam.

Kota Belanda Pulau Pangkor

Lokasi Kota Belanda

Kota Belanda terletak di Teluk Gedung. Lokasinya ditepi jalan sahaja. Anda tidak akan terlepas pandang. Tempat ini boleh kunjungi dengan motorsikal, kereta atau van merah jambu yang terkenal di Pulau Pangkor. Jaraknya dari pekan Pangkor ialah kira-kira 1.6KM, lebih-kurang 5 minit menunggang motorsikal.

Pengunjung boleh melawat kota sejarah ini pada waktu siang atau malam kerana tiada had masa. Jika aktiviti diwaktu siang penuh, datang pada malam hari. Anda tidak perlu takut kerana spot light dipasang pada waktu malam. Kawasan sekitar kota ini ialah perkampungan penduduk.

Alamat:
Kota Belanda
Teluk Gedung,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had masa

Sejarah Kota Belanda

Sejarah Kota Belanda ini bermula sekitar tahun 1670 dimana ia mula dibina. Pada ketika itu berlaku perebutan kuasa diantara Belanda dan Inggeris yang ingin menakluki nusantara ini. Belanda yang telah menguasai Melaka, ingin memonopoli hasil bijih timah di Tanah Melayu.

Negeri Perak yang kaya dengan bijih timah menjadi salah satu sasaran Belanda. Penempatan mereka di Perak telah menimbulkan kemarahan orang melayu kerana menyekat dan membeli bijih timah dengan harga yang murah. Berlaku beberapa peperangan termasuk menyebabkan loji pertama Belanda yang dibina pada tahun 1950 musnah.

Kerana serangan orang melayu yang tidak putus-putus dan berita yang mengatakan Perak mendapat bantuan dari kerajaan Johor, Belanda akhirnya meninggalkan Perak. Walau bagaimanapun, Perak menjemput Belanda semula kerana ancaman dari Kerajaan Siam yang mula menyerang Kelantan dan Kedah.

Belanda datang kembali dan kali ini menjadikan Pulau Pangkor sebagai penempatan mereka. Sebuah kubu didirikan sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang telah dilombong. Pada awalnya ia dibina dari kayu sebelum dibina semula dengan batu pada tahun 1680. Belanda memanggil kota ini sebagai Kubu Dinding (Dindingh Fort) mengambil nama Sungai Dinding yang terdapat di tanah besar negeri Perak.

Episod serangan orang melayu berlaku sekali lagi. Kota Belanda dimusnahkan oleh orang melayu pada tahun 1690 yang tidak berpuas hati dengan cara Belanda mendapatkan bijih timah di negeri Perak. Diketuai oleh panglima Kulup Ali, orang-orang melayu telah menyerang dan berjaya menumpaskan Belanda. Ia dibina semula oleh Belanda pada tahun 1743. Seramai 60 orang askar ditugaskan mengawal kubu ini sehinggalah ia dibubarkan pada tahun 1748.

Pada tahun 1973, Jabatan Muzium Malaysia telah membina semula kota ini dan mewartakannya sebagai monumen bersejarah. Hari ini pengunjung dapat melihat Kota Belanda yang berbentuk segi empat, dinding dengan tingkap berbentuk bulat dan tidak berbumbung ini di perkampungan melayu Teluk Gedung, Pulau Pangkor. Rumah Limas, iaitu rumah tradisional Perak turut dibina sebagai tarikan pelancong. Beberapa kemudahan lain turut dibina seperti tandas awam, kedai cenderamata dan taman kecil.

Kota Belanda

Mari kita lihat Kota Belanda dan pemandangan sekitarnya.

Laluan masuk ke Kota Belanda

Laluan masuk ke Kota Belanda. Sebuah meriam dipamerkan kepada pengunjung. Bangunan kedai disebelah kiri.

Meriam Kota Belanda Pulau Pangkor

Pemandangan meriam dari sisi. Kedai-kedai masih belum dibuka pada awal pagi.

Kedai cenderahati di Kota Belanda

Kedai cenderahati ini terletak disebelah kanan laluan untuk ke Kota Belanda.

Dalam Kota Belanda

Pandangan didalam Kota Belanda. Ada tiga dinding yang masih kekal iaitu kiri, kanan dan belakang.

Dinding kiri Kota Belanda

Dinding kiri Kota Belanda.

Dinding tepi Kota Belanda

Dinding kanan Kota Belanda. Tingkap berbentuk bulat memang unik.

Taman kecil diwaktu siang

Taman kecil diwaktu siang.

Laluan tepi Kota Belanda

Laluan tepi Kota Belanda. Pengunjung jangan lupa untuk kesini.

Pandangan belakang Kota Belanda

Pandangan belakang Kota Belanda.

Bangunan atau menara

Bangunan atau menara?

Tepi Kota Belanda

Binaan di tepi Kota Belanda.

Tandas awam

Tandas awam di tepi Kota Belanda.

Kota Belanda diwaktu malam

Kota Belanda diwaktu malam.

Hadapan Kota Belanda waktu malam

Pemandangan hadapan Kota Belanda diwaktu malam.

Taman kecil dihadapan Kota Belanda waktu malam

Taman kecil dihadapan Kota Belanda. Pemandangan diwaktu malam.

Binaan diwaktu malam

Binaan ditepi Kota Belanda waktu malam.

Kesimpulan

Kota Belanda ialah salah satu tempat menarik yang mesti dikunjungi jika anda bercuti di Pulau Pangkor. Waktu yang sesuai untuk melawat lokasi bersejarah ini ialah di waktu pagi atau petang. Kemudahan seperti tandas awam dan gerai-gerai dibuka. Walau bagaimanapun, pada waktu malam suasana berlainan dapat dilihat. Jika anda berpeluang, singgahlah.

Tempat menarik lain yang ada berhampiran Kota Belanda ialah Batu Bersurat Belanda dan Masjid Terapung Pulau Pangkor. Jangan ketinggalan untuk melawat destinasi ini.

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Pulau Pangkor sebelum baca artikel dibawah.

Lokasi