Top 10 tempat menarik di Pulau Pangkor yang percuma

Beberapa tempat menarik di Pulau Pangkor boleh dilawati jika anda bercuti di pulau peranginan ini. Keindahan semulajadi yang ada seperti pantai yang cantik, kesan peninggalan sejarah pendaratan Belanda di Perak dan tarikan pelancongan yang dibangunkan oleh kerajaan serta persendirian cukup untuk memenuhi masa terluang semasa berada disini.

Sebagai panduan anda yang merancang untuk ke Pulau Pangkor, berikut ialah senarai tempat menarik popular untuk dikunjungi. Ia tidak memerlukan kos kerana hampir semua destinasi adalah percuma. Selain itu, anda boleh melihat aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan serta maklumat lain mengenai pulau ini di akhir artikel.

1- Pantai Teluk Nipah

Pantai Teluk Nipah

Pantai Teluk Nipah ialah antara pantai paling cantik di Pulau Pangkor. Ia menjadi destinasi popular pengunjung untuk mandi laut dan berkelah. Pantainya bersih dan air lautnya jernih. Berjalan ditepi pantai yang berpasir halus dengan bunyi desiran ombak yang menghempas pantai cukup mendamaikan. Jika ingin berehat, terdapat pokok-pokok ditepi pantai dan kawasan ini teduh serta bersih, sesuai untuk bersantai sambil membaca novel.

Kemudahan awam turut disediakan seperti tandas awam dan bilik mandi. Kedai makan dan gerai juga ada ditepi pantai. Banyak resort dan chalet berhampiran pantai dibina untuk penginapan pelancong.

Pada cuti umum atau cuti persekolahan, terdapat berbagai aktiviti watersport seperti banana boat, jet ski dan island hopping disediakan disini. Suasana juga lebih meriah. Jika anda inginkan suasana yang sunyi dan tenang, elakkan bercuti pada waktu tersebut.

Maklumat lanjut lihat Teluk Nipah Pulau Pangkor.

Pantai Teluk Nipah Pulau Pangkor

Alamat:
Pantai Teluk Nipah
Teluk Nipah,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tempah hotel, resort atau chalet.
Lihat Penginapan: Pantai Teluk Nipah.

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket.
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket.

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu

2- Pantai Pasir Bogak

Pantai Pasir Bogak

Satu lagi pantai yang cantik di Pulau Pangkor ialah Pantai Pasir Bogak. Ia terletak lebih-kurang 2KM dari pekan Pangkor. Pantai ini sangat panjang, cantik dan berpasir halus. Air laut juga jernih dan tenang sesuai untuk mandi laut. Pokok-pokok yang rimbun juga terdapat ditepi pantai. Pengunjung boleh bersantai sambil melihat pemandangan laut yang cantik dimana pulau Pangkor Laut dapat dlihat dengan jelas.

Jika anda merancang untuk bercuti di Pulau Pangkor, pantai ini sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Terdapat banyak resort, chalet dan homestay berhampiran pantai. Restoran, kedai makan dan gerai juga terdapat disini.

Sama seperti Pantai Teluk Nipah, aktiviti watersport disediakan untuk pengunjung pada musim cuti. Anda boleh bergembira dengan aktiviti banana boat, jet ski, berkayak dan island hopping

Jika sudah berada dipantai ini, jangan lupa untuk memanjat Menara Tinjau Pasir Bogak. Anda akan dapat melihat pemandangan menarik disekitar kawasan ini dengan lebih jelas.

Pantai Pasir Bogak Pulau Pangkor

Alamat:
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tempah hotel, resort atau chalet.
Lihat Penginapan: Pantai Pasir Bogak.

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu

3- Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang

Pantai Teluk Ketapang juga dikenali sebagai Turtle Bay terletak diantara Pantai Teluk Nipah dan Pantai Pasir Bogak. Pantainya sama cantik seperti kedua pantai sebelum ini, bezanya tidak ada resort, chalet atau apa-apa penginapan disini. Kawasan ini lebih sunyi, tenang dan cantik dalam keadaan semulajadi.

Jika ingin jauh dari keriuhan, pantai Teluk Ketapang adalah lokasi sesuai untuk anda. Terdapat menara tinjau untuk pengunjung melihat pemandangan dan laluan jeti ke laut untuk anda melihat air laut yang jernih. Barsantai disini memerhatikan alunan ombak sungguh mengasyikan sehingga tidak sedar masa berlalu.

Pusat konservasi penyu sedang dibangunkan di pantai ini. Walau bagaimanapun ia tidak menggangu bahagian pantai. Pengunjung masih boleh melawat pantai mengikut jalan pelantar. Setelah projek ini siap, ia bakal menjadi satu lagi tarikan yang ada disini.

Pantai Teluk Ketapang Pulau Pangkor

Alamat:
Pantai Teluk Ketapang,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu

4- Pantai Pasir Giam (Coral Beach)

Coral Beach Pangkor

Pantai Pasir Giam atau lebih dikenali sebagai Coral Beach ialah pantai yang cantik terletak bersebelahan dengan pantai Teluk Nipah. Kedua-dua pantai ini cuma dipisahkan oleh bongkah batu besar dan batu-batu kecil hingga ke laut. Pengunjung cuma perlu memanjat batu-batu kecil untuk ke pantai sebelah.

Pantai ini cuma ada sebuah resort iaitu D'Senja Resort dan sebuah kem iaitu Rimba Kem. Walau bagaimanapun, ada beberapa restoran dan cafe ditepi pantai untuk pengunjung menjamu selera. Dua buah restoran popular dikalangan pelancong luar ada disini iaitu Nipah Deli dan Daddy's Cafe.

Pada musim cuti, aktiviti watersport turut terdapat di pantai ini. Aktiviti seperti berkayak dan banana boat ditawarkan oleh beberapa operator.

Maklumat lanjut lihat Coral Beach Pulau Pangkor.

Coral Beach Pulau Pangkor

Alamat:
Coral Beach,
Jalan Pasir Bogak,
Teluk Nipah,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
D'Senja Resort : 013-533 2912
Rimba Kem : 019-572 5523
Website : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu

5- Teluk Dalam

Teluk Dalam Pulau Pangkor

Teluk Dalam ialah kawasan teluk yang terletak di utara Pulau Pangkor. Ada perkampungan penduduk dan Lapangan Terbang Pangkor. Disini terdapat dua resort menarik iaitu Rumah Rehat Kerajaan Negeri dan Teluk Dalam Resort. Walau bagaimanapun, Teluk Dalam Resort telah ditutup beberapa tahun lepas.

Teluk Dalam ialah kawasan perkampungan nelayan. Jangan lupa ke pelantar jeti dimana anda boleh melihat bot nelayan ditepi pantai. Dibahagian hujung teluk ada kawasan pantai berpasir bersih. Anda boleh mandi laut jika air surut. Berjalan disepanjang pantai juga menarik untuk dilakukan. Pantai dikawasan Teluk Dalam Resort sangat cantik dan menawarkan pemandangan menarik.

Jika anda kaki pancing, ada beberapa lokasi untuk dicuba. Disamping itu, terdapat satu lagi menara untuk pengunjung melihat pemandangan menarik. Kedudukannya berhampiran pelantar jeti dihujung pantai berhampiran kawasan bukit. Pastikan anda tidak terlepas Menara Tinjau Teluk Dalam.

Jeti nelayan Teluk Dalam Pangkor

Alamat:
Pantai Teluk Dalam,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Rumah Rehat Kerajaan Negeri : 05-685 5100
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu

6- Batu Bersurat Belanda

Batu Bersurat Belanda

Batu Bersurat Belanda ialah sebuah batu besar terbelah dua yang mempunyai kesan sejarah peninggalan Belanda. Ia terkenal kerana tulisan dan gambar yang ada pada batu besar ini dikatakan membawa mesej tersembunyi.

Jelas kelihatan pada batu ini ialah lukisan harimau membaham manusia, beberapa tulisan dan huruf seperti IF CRALO 1743, IVL dan lain-lain.

Ada beberapa versi cerita mengenai Batu Bersurat Belanda ini. Gambar harimau membaham manusia itu dikatakan cerita bagaimana anak pembesar Belanda yang hilang dikatakan dimakan harimau tetapi sebenarnya dilarikan lanun.

Batu Bersurat Belanda di Pulau Pangkor

Alamat:
Batu Bersurat Belanda
Teluk Gedung,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Waktu operasi:

Setiap hari : Siang dan malam

7- Galeri Panorama Pangkor

Galeri Panorama Pangkor

Galeri Panorama Pangkor adalah satu tempat menarik di Pulau Pangkor yang agak istimewa untuk dilawati. Ia mula dibuka kepada umum pada 18 November 2010. Bermula dari cetusan idea YAB Dato' Seri Zambry bin Hj Abdul Kadir iaitu Menteri Besar Perak pada ketika itu, lahirlah galeri ini. Ia dibangunkan di bangunan bekas sebuah sekolah lama di pinggir pekan Pulau Pangkor.

Galeri yang terletak diatas bukit ini bagaikan sebuah mini muzium dimana berbagai pameran menarik dapat dilihat. Pengunjung dapat mempelajari sejarah, budaya, cara hidup, persekitaran dan lain-lain melalui gambar, lukisan dan bahan pameran disini.

Walaupun tidak sebesar mana, sebenarnya banyak maklumat berkenaan sejarah boleh didapati disini terutama mengenai Perjanjian Pangkor dimana berbagai dokumen asal dan penerangan turut dipamerkan.

Galeri Panorama Pulau Pangkor

Alamat:
Galeri Panorama Pangkor,
Jalan Besar,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Berbagai aktiviti dan pakej ditawarkan.

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 5.00 pm
Rabu & Khamis : Tutup

8- Kota Belanda (Dutch Fort)

Kota Belanda Pulau Pangkor

Tempat menarik di Pulau Pangkor yang popular dan mesti dilawati ialah kesan peninggalan Kota Belanda yang masih kekal. Ia telah dimajukan sebagai tarikan pelancongan dengan lanskap menarik, kedai-kedai serta kemudahan asas. Walaupun tidak sebesar mana, tempat ini cukup menarik untuk meluangkan seketika masa percutian anda.

Apa yang ada antaranya ialah Kota Belanda, meriam, kedai kraftangan dan kedai cenderahati. Sebuah menara kayu yang cantik ada disebelah kota. Tiada penerangan atau maklumat mengenainya. Mungkin ia adalah menara tinjau atau kedai cenderahati. Sayang sekali ia berkunci dan pengunjung hanya boleh memerhatikan keindahannya dari luar sahaja.

Maklumat lanjut lihat Kota Belanda Pulau Pangkor.

Dutch Fort Pulau Pangkor

Alamat:
Kota Belanda
Teluk Gedung,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had masa

9- Kilang Hasil Laut Paksu

Kilang Hasil Laut Paksu

Kilang Hasil Laut Paksu adalah satu-satunya perusahaan hasil laut muslim di Pulau Pangkor. Ia terletak di Sungai Pinang Kecil. Kawasannya bersih dan luas. Ia juga jauh dari kawasan pekan yang sesak.

Wujudnya kilang ini memberi beberapa signifikan bukan setakat pengunjung muslim boleh membeli produk hasil laut yang bersih dan halal malah membantu nelayan muslim yang ada di pulau ini secara amnya.

Anda boleh melawat kilang dan membeli produk Paksu di showroom yang kemas dan menarik. Antara produk yang ada ialah ikan bilis, ikan kering, sate sotong dan sate ikan.

Kilang Hasil Laut Paksu Pulau Pangkor

Alamat:
Kilang Hasil Laut Paksu
Sungai Pinang Kecil Baru,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel : 013-380 3644
Fax: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 5.00 pm

10- Masjid Terapung Pulau Pangkor

Masjid Terapung Pulau Pangkor

Masjid Terapung Pulau Pangkor ialah tempat menarik yang mesti dilawati jika bercuti di pulau ini. Ia terletak di bahagian selatan pulau, tidak jauh dari Dutch Fort. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Badr Seribu Selawat ini adalah masjid terapung pertama di Perak. Ia mula dibina pada tahun 2014 dengan peruntukan kos sebanyak RM11.7 juta. Masjid ini siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2016. Bahagian dalamannya dihias tulisan zikir, doa dan sebagainya dengan padat pada dinding hingga ke kubah.

Kemudahan kedai makan dan lain-lain turut dibina ditepi jalan. Selain itu, pondok rehat juga disediakan bagi pengunjung yang ingin melihat keindahan masjid yang berwarna-warni ini diwaktu malam.

Masjid Terapung di Pulau Pangkor

Alamat:
Masjid Terapung Pangkor,
Kampung Teluk Gedung,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Siang dan malam

Kesimpulan

Kebanyakan tempat menarik di Pulau Pangkor ialah pantai-pantainya yang cantik. Itu adalah tarikan utama yang menjadikan pulau ini sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Perak. Tempat-tempat lain boleh dilawati bagi memenuhi masa terluang semasa percutian anda. Dengan senarai diatas, anda boleh merancang itinerari percutian dengan aktiviti menarik yang diingini.

Anda rasa senarai diatas tidak memuaskan?

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Pulau Pangkor sebelum baca artikel dibawah.

Lokasi