Coral Beach Pulau Pangkor

Coral Beach ialah salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor, Perak. Ia dikatakan pantai yang paling cantik di pulau ini. Tempat ini juga terkenal dengan restoran makanan laut dan operator pelancongan yang menawarkan berbagai permainan dan sukan air.

Pantai yang sering menjadi tumpuan pelancong ini agak sesak pada musim cuti sekolah. Pada hari-hari biasa, ia sesuai dijadikan lokasi pilihan untuk bersantai, mandi laut dan menjamu selera.

Jika anda merancang untuk ke Pulau Pangkor, kami telah menyediakan semua maklumat tentang Coral Beach yang perlu anda tahu. Teruskan membaca.

Pemandangan Pulau Giam dari Coral Beach

Lokasi Coral Beach

Coral Beach terletak berhampiran pantai Teluk Nipah. Oleh kerana ia terletak dikawasan yang sama, struktur pantainya juga hampir sama. Bezanya ialah disini tidak banyak gerai ditepi pantai. Ia lebih sunyi dan menenangkan. Disini tiada perkampungan penduduk. Disekelilingnya ialah hutan semulajadi.

Lihat Teluk Nipah Pulau Pangkor.

Lokasi Coral Beach ialah bersebelahan pantai Teluk Nipah. Anda boleh menunggang motosikal mengikut jalan untuk ke Teluk Dalam. Dari Teluk Nipah ia cuma mengambil masa lebih-kurang seminit. Anda juga boleh berjalan kaki untuk kesini mengikut jalanraya. Laluan tepi pantai agak sukar dikawasan sempadan pantai kerana batu-batu besar yang ada disini.

Alamat:
Coral Beach
Jalan Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Hubungi:
Tempah hotel, resort atau chalet.
Lihat Penginapan: Pantai Teluk Nipah.

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket.
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket.

Peta Coral Beach Pulau Pangkor

Peta Coral Beach

Apa ada di Coral Beach?

Jika anda merancang untuk bercuti di Pulau Pangkor, pastikan anda tidak terlepas untuk berkunjung kesini. Banyak keistimewaan yang ada di Coral Beach yang membuatkan ramai pelancong berkunjung ke sini.

Pantai yang cantik

Tarikan utama di Teluk Nipah ialah pantainya yang cantik, berpasir halus dan air laut yang jernih sesuai untuk mandi. Kawasan pantainya juga luas dan tidak sesak walaupun pada hari cuti umum. Namun bagi anda yang sukakan ketenangan, elakkan musim cuti sekolah.

Pengunjung boleh bersiar-siar di pantai atau bersantai melihat pemandangan laut yang cukup mendamaikan. Sebuah pulau kecil yang dipanggil Pulau Giam turut menghiasi pantai. Disini juga merupakan lokasi strategik untuk melihat pemandangan matahari terbenam.

Datang pada waktu petang untuk melihat matahari terbenam. Waktu ini juga sesuai untuk mandi laut kerana ombak yang kecil. Selain itu, anda boleh menikmati makan malam di restoran makanan laut yang ada disini.

Pantai Coral Beach Pulau Pangkor

Resort

Coral Beach hanya mempunyai dua resort sahaja iaitu D' Senja Beach Resort dan Pangkor Rimba Kem. Ia terletak dikawasan yang sama. Mungkin juga ia dibawah pengurusan yang sama.

Seperti resort dan chalet tepi pantai di Teluk Nipah, ia bukanlah jenis penginapan mewah namun penginapan masih selesa. Harganya tidak terlalu mahal. Bergantung kepada jenis bilik, katil single atau keluarga, biasanya harga ialah diantara RM60 - RM200.

Anda tidak perlu risau tentang makanan jika menginap disini. Terdapat restoran berhampiran dengan resort. Anda juga boleh ke pantai Teluk Nipah untuk sarapan pagi.

Alamat:

D' Senja Beach Resort
Jalan Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Telefon: +60135332912

Suasana waktu petang di Coral Beach

Kedai makan

Di Coral Bay ini terdapat dua buah restoran yang sangat terkenal di Pulau Pangkor iaitu Nipah Deli dan Daddy's Cafe. Ia menyediakan pelbagai jenis makanan laut, masakan tempatan dan barat. Kedua-dua restoran ini terletak ditepi laut. Meja makan disusun ditepi pantai. Pengunjung boleh menjamu selera sambil menikmati keindahan pemandangan laut yang mempersonakan.

Restoran ini beroperasi pada waktu tengahari hingga ke malam. Biasanya ia dibuka pada pukul 11 pagi hingga 11 malam. Namun ia lebih popular pada waktu petang dimana ramai pengunjung datang untuk menikmati makan malam sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Alamat:

Daddy’s Cafe,
27, Jalan Pasir Bogak,
Teluk Nipah,
32300 Pulau Pangkor,
Perak

Restoran ditepi pantai

Watersport

Banyak aktiviti watersport ada disini terutama dimusim cuti sekolah dan cuti umum. Pada hari-hari biasa, anda boleh berkayak. Permainan lain seperti Banana boat, Outrigger, Paparazzi, Big Mable, Matrix, Half Pipe, Super Cube, High Roller, Water ski dan Parasailing tidak ada. Mungkin ada boleh tempah melalui agensi pelancongan jika inginkan aktiviti ini.

Aktiviti menarik di Coral Beach

Coral Beach mempunyai kawasan pantai yang agak luas. Berjalan-jalan disepanjang pantai adalah aktiviti yang seronok untuk dilakukan terutama pada waktu pagi. Selain itu, beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti:

  • Mandi laut - Air laut di sini bersih dan jernih. Pantainya landai serta ombak juga tidak kuat. Pantai ini sangat sesuai untuk mandi-manda terutama pada waktu petang.
  • Bermain bola tampar pantai.
  • ATV - Harganya RM30 untuk 15minit - Lokasi ATV ialah ditepi jalanraya berhampiran Teluk Nipah.
  • Melihat matahari terbenam.
  • Membuat istana pasir bersama anak-anak.
  • Berkayak.
  • Memancing ikan.
  • Perkhemahan - Tapak perkhemahan disediakan oleh Pangkor Rimba Kem.

Maklumat lanjut lihat Top 10 aktiviti menarik di Pulau Pangkor.

Mandi laut di Coral Beach

Kesimpulan

Coral Beach ialah destinasi pelancongan yang cukup menarik untuk dikunjungi jika bercuti di Pulau Pangkor. Ia adalah pantai yang cantik dan mempunyai berbagai kemudahan serta aktiviti. Ia juga sangat popular dikalangan pelancong. Ramai yang datang kesini untuk menjamu selera terutama makanan laut di restoran tepi pantai.

Lokasinya agak jauh dari pekan. Ia cukup sesuai untuk anda yang mencari ketenangan. Tidak banyak resort disediakan dikawasan pantai ini. Walau bagaimanapun, anda boleh dapatkan penginapan di pantai Teluk Nipah yang terletak berhampiran.

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Pulau Pangkor sebelum baca artikel dibawah.

Lokasi