Melawat Zoo Taiping

Zoo Taiping ialah salah satu tempat menarik di Perak yang paling popular dikalangan pelancong tempatan. Ia dibina pada tahun 1961 dan menyimpan kira-kira 1200 ekor binatang dari 140 spesis.

Kawasan seluas 36 ekar ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu loop timur dan loop barat dimana kandang-kandang binatang dibina mengikut persekitan semulajadi binatang tersebut. Pengunjung boleh melawat seluruh kawasan ini dengan menaiki keretapi mini yang disediakan oleh pihak zoo dan kemudian berjalan kaki melihat dengan lebih teliti binatang mana yang anda suka.

Peta Zoo Taiping

Lokasi Zoo Taiping

Zoo Taiping terletak di kawasan Taman Tasik Taiping dan berada dihujung sekali di kaki Bukit Larut. Tidak susah mencari tempat ini. Dari lebuhraya PLUS ikut susur keluar Taiping, perjalanan boleh dikatakan terus sahaja hingga ke destinasi. Anda boleh gunakan GPS atau Google Maps dari telefon bimbit.

Alamat:
Zoo Taiping
Jalan Taman Tasik Taiping,
Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping,
Perak

Hubungi:
Tel: 05-808 6577
Fax: 05 - 806 6025
Email : zootaiping@zootaiping.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM16
Kanak-kanak : RM8

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.30 am - 6.00 pm

Apa yang menarik?

Tarikan utama di Zoo Taiping semestinya berbagai spesis binatang yang ada disini terutama binatang yang berasal dari luar negara seperti zirafah, kuda belang dan gajah. Selain itu, binatang liar tempatan juga menarik perhatian seperti seladang, orang utan dan harimau.

Harimau Malaya

Binatang yang ada di Zoo Taiping boleh dibahagikan kepada 3 jenih haiwan iaitu:

Mamalia

Haiwan mamalia terdiri dari harimau, orang utan, rusa, seladang, tapir dan Gajah Malaya.

Gajah Malaya

Reptilia

Spesis haiwan reptilia menarik yang ada di sini ialah Buaya Jejulung dan Buaya Tembaga.

Buaya

Burung

Beberapa spesis burung boleh ditemui di Zoo Taiping. Antara yang menarik ialah Burung Upeh dan Macaw Biru Kuning.

Burung Upeh

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas disediakan seperti tandas dan surau. Tempat letak kereta yang agak luas ada berhampiran pintu masuk Zoo Taiping. Selain itu, terdapat restoran dan kiosk diperkarangan zoo untuk pengunjung menjamu selera.

Keretapi mini

Kemudahan dan fasiliti lain ialah:

  • Mini Train
  • Kiosk makanan ringan
  • Kedai cenderahati
  • Pondok rehat

    Kesimpulan

    Zoo Taiping adalah taman haiwan yang terbesar boleh dikunjungi oleh penduduk negeri di utara semenanjung Malaysia. Berbagai jenis binatang dapat dilihat dan ia cukup menarik terutama bagi kanak-kanak. Selain pembelajaran, melawat zoo ini juga adalah aktiviti rekreasi keluarga yang menyeronokkan. Harga tiket yang dikenakan adalah munasabah. Percutian Bajet mengesyorkan tempat ini dengan 5 bintang.

    Tarikan pelancongan lain

    Jangan datang ke Taiping sebelum membaca semua artikel dibawah.

    1. Tempat menarik: Muzium Perak di Taiping
    2. Tanah Tinggi: Bercuti di Bukit Larut
    3. Aktiviti menarik: Taman Botani Perak
    4. Terokai semua: Tempat menarik di Taiping Perak
    Lokasi