Hotel

Kepesatan pembangunan di Malaysia dalam sektor pelancongan cukup memberangsangkan. Berbagai kategori penginapan boleh didapati dari hotel mewah hingga ke homestay. Malah sekarang, tempat penginapan sendiri sudah menjadi tarikan pelancongan. Berbagai keunikan, keistimewaan dan kemudahan disediakan untuk menarik kehadiran pengunjung. Ciri-ciri seperti kolam renang persendirian, aktiviti dan suasana persekitaran yang menarik cukup untuk menjadikannya lokasi pilihan untuk bercuti.

Berikut ialah maklumat mengenai hotel-hotel menarik dan popular yang ada di Malaysia.  Lihat gambar bilik, harga, kemudahan dan fasiliti yang disediakan.

Senarai hotel di Kedah yang mendapat sijil halal

Berikut ialah senarai hotel di Kedah yang mendapat sijil halal JAKIM. Semoga senarai ini dapat membantu anda memilih hotel yang sesuai untuk percutian di negeri Jelapang Padi ini.

ASEANIA RESORT LANGKAWI
Simpang Tiga, Jalan Pantai Tengah
Mukim Kedawang
07100 Langkawi
Kedah

BDB HOTEL
Lot 888
Bandar Darulaman
06000, Jitra
Kedah

BERJAYA LANGKAWI BEACH & SPA RESORT
Burau Bay
07000 Langkawi
Kedah

Tags

Puteri Bayu Beach Resort

Puteri Bayu Beach Resort ialah sebuah resort menarik di Pulau Pangkor, Perak. Resort ini menawarkan berbagai jenis penginapan yang selesa untuk pelancong seperti chalet dan bilik hotel. Lokasi strategik ditepi pantai yang cantik menyebabkan Puteri Bayu Beach Resort sentiasa menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor. Bagi pengunjung yang merancang untuk bercuti ke sana, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang anda perlukan mengenai resort ini.

Malibest Resort Langkawi

Malibest Resort Langkawi ialah sebuah resort menarik di Pulau Langkawi, Kedah. Resort ini menawarkan berbagai jenis bilik penginapan yang selesa untuk pelancong. Lokasi strategik ditepi pantai yang cantik menyebabkan Malibest Resort Langkawi sentiasa menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.

Malibest Resort Langkawi Tree House

Emperor Hotel Melaka

Emperor Hotel Melaka ialah sebuah hotel menarik yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang datang ke Melaka samada atas urusan peribadi mahupun melancong. Salah satu tarikan hotel ini ialah biliknya yang terletak di bangunan tinggi yang membolehkan pengunjung menikmati panorama indah Bandar Melaka pada waktu siang dan malam. Pengunjung juga boleh memilih bilik yang menghadap laut dimana pemandangan indah boleh dilihat diawal pagi dan juga apabila matahari terbenam.

Bayu Beach Resort Port Dickson

Bayu Beach Resort ialah hotel menarik yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tarikan utama yang menyebabkan pelancong memilih resort ini ialah keranan kedudukannya yang betul-betul ditepi pantai, dimana pengunjung boleh menikmati panorama laut yang membiru dari balkoni bilik penginapan mereka. Selain itu, Bayu beach Resort juga memiliki kawasan pantai yang cantik dan berpasir bersih. Pengunjung boleh mandi-manda, berjalan-jalan ditepi pantai atau bersantai membaca novel sambil dibelai bayu laut.

Senarai hotel dan resort popular di Malaysia

Hotel dan resort popular

Halaman ini memaparkan senarai hotel dan resort menarik di Malaysia. Percutian Bajet telah menyusun semua penginapan ini mengikut negeri agar mudah bagi pengunjung memilih berdasarkan destinasi percutian. Walau bagaimanapun, senarai ini adalah berdasarkan populariti, bukan kerana faktor tertentu seperti harga yang murah, penginapan menarik atau memberi perkhidmatan yang terbaik. Semua hotel dan resort popular yang tersenarai ini mempunyai tarikan dan keistimewaan tersendiri.

Percutian menarik di Melaka Wonderland

Jika anda mencari lokasi percutian riang-ria bersama keluarga, taman tema adalah pilihan terbaik. Kali ini Percutian Bajet akan memperkenalkan sebuah lagi taman tema menarik di Malaysia iaitu Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Ia adalah sebuah taman tema air yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Berbagai permainan air yang menarik dan mengujakan tersedia untuk pengunjung pelbagai usia. Ia adalah lokasi percutian yang pasti menggembirakan setiap orang.

Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor

Purnama Beach Resort adalah sebuah tempat penginapan menarik di Pulau Pangkor iaitu pulau percutian cantik yang terletak di negeri Perak. Ia menawarkan penginapan selesa untuk pasangan atau keluarga yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor. Kemudahan makanan juga disediakan di restoran dalam kawasan resort. Bagi menambah keseronokan percutian, Purnama Beach Resort turut menawarkan aktiviti-aktiviti menarik bagi mengisi percutian anda.

Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis

Putra Brasmana Hotel ialah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Kuala Perlis, Perlis. Ia adalah pilihan yang baik untuk dijadikan penginapan sepanjang percutian di Perlis. Lokasinya yang berhampiran dengan laut amat sesuai bagi mereka yang sukakan pemandangan indah dari bilik hotel. Terdapat berbagai kemudahan yang disediakan didalam bilik cukup untuk memberi keselesaan sepanjang penginapan anda disana.