Hotel

Kepesatan pembangunan di Malaysia dalam sektor pelancongan cukup memberangsangkan. Berbagai kategori penginapan boleh didapati dari hotel mewah hingga ke homestay. Malah sekarang, tempat penginapan sendiri sudah menjadi tarikan pelancongan. Berbagai keunikan, keistimewaan dan kemudahan disediakan untuk menarik kehadiran pengunjung. Ciri-ciri seperti kolam renang persendirian, aktiviti dan suasana persekitaran yang menarik cukup untuk menjadikannya lokasi pilihan untuk bercuti.

Berikut ialah maklumat mengenai hotel-hotel menarik dan popular yang ada di Malaysia.  Lihat gambar bilik, harga, kemudahan dan fasiliti yang disediakan.

Senarai hotel di Pulau Pinang yang mendapat sijil halal

Pulau Pinang merupakan lokasi percutian pilihan ramai. Selain banyak tempat bersejarah, ia juga popular dengan makanan yang enak. Bagi membantu pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Pinang, Percutian Bajet telah menyenaraikan hotel-hotel yang mendapat pengiktirafan Sijil Halal JAKIM sebagai panduan memilih penginapan yang sesuai.

ANGGERIK 64 SDN. BHD.
350-E, Jalan Sultan Azlan Shah,
11700
Pulau Pinang

BAYVIEW BEACH RESORT PENANG
339, Jalan Teluk Bahang
11100 Batu Ferringhi
Pulau Pinang

Tags

Senarai hotel di Pahang yang mendapat sijil halal

Kebanyakan hotel kini menyediakan pakej sarapan untuk pengunjung. Bagi anda yang ingin menginap di hotel, mungkin merasa ragu-ragu untuk mengambil pakej sarapan, makan tengahari atau makan malam kerana bimbang dengan status makanan yang dihidangkan. Bagi membantu anda memilih hotel apabila bercuti ke Pahang, Percutian Bajet telah mengumpul maklumat hotel yang telah mendapat pengesahan. Berikut ialah senarai hotel di Pahang yang mendapat Sijil Halal JAKIM:

ARENAA BATIK HOTEL SDN BHD
No 2324 - 2326, Jalan Wong Ah Jang
25100, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Tags

Bercuti di A Famosa Resort Melaka

A Famosa Resort Melaka ialah salah satu lokasi pelancongan menarik di Melaka. Ia adalah sebuah resort yang mempunyai berbagai tarikan selain dari penginapan yang selesa. Disini pengunjung boleh menikmati percutian riang-ria bersama keluarga di taman tema air, Animal Safari dan juga Cowboy Town. Selain itu terdapat pelbagai jenis permainan outdoor dan aktiviti sukan serta riadah yang boleh dilakukan sepanjang percutian disana.

Senarai hotel di Terengganu yang mendapat sijil halal

Terengganu merupakan salah satu destinasi pelancongan pilihan di Malaysia. Jika anda merancang untuk bercuti ke Terengganu, berikut ialah senarai hotel yang mendapat pengesahan Halal dari JAKIM:

ANUGERAH MUDAHAPSAH SDN BHD
Jalan Pantai, Sura Hujung
23000
Terengganu

GRAND CENTRAL ENTERPRISES (TERENGGANU) SDN. BHD.
HOTEL GRAND CONTINENTAL KUALA TERENGGANU
Lot 004023 Jalan Sultan Zainal Abidin,
Daerah 8,
20000, Kuala Terengganu
Terengganu

Tags

Senarai hotel di Melaka yang mendapat sijil halal

Melaka adalah negeri pelancongan popular dan mempunyai banyak hotel, resort dan penginapan lain yang disediakan untuk pengunjung. Jika anda merancang untuk bercuti ke Melaka bersama keluarga atau rakan-rakan, pastikan anda menyemak terlebih dahulu status halal agar anda tidak ragu-ragu menjamu selera di hotel terbabit. Berikut ialah senarai hotel di Melaka yang mendapat pengesahan sijil Halal dari JAKIM:

KOPERASI BELA MASYARAKAT MELAKA BERHAD (HOTEL KOBEMAS)
Jalan Mitc Prima 1,
Hang Tuah Jaya,
75450
Melaka

Tags

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban ialah sebuah resort moden yang dihiasi lanskap menarik serta kehijauan pepohonan yang pasti memikat hati sesiapa sahaja. Resort ini menawarkan berbagai jenis bilik penginapan yang selesa untuk pelancong. Terdapat berbagai fasiliti menjadikan resort ini lokasi sesuai bukan saja untuk percutian keluarga malah seminar, mesyuarat dan lain-lain juga boleh diadakan. Sebagai ahli Allson International Hotels and Resorts Group, Klana Resort Seremban ynag bertaraf 3 bintang pasti menjanjikan perkhidmatan dan layanan terbaik untuk pengunjungnya.

Senarai hotel di Kelantan yang mendapat sijil halal

Berikut ialah senarai hotel di Kelantan yang mendapat pengesahan sijil Halal dari JAKIM:

EMASLINK PACIFIC HOTEL & MANAGEMENT SDN. BHD
Seksyen 26, Jalan Pengkalan Chepa
15400, Kota Bharu
Kelantan

GRAND RIVERVIEW HOTEL (PANDANGAN WAWASAN SDN BHD)
Grand Riverview Hotel
Jalan Post Office Lama
15000, Kota Bharu
Kelantan

HABIB HOTEL SDN BHD
Lot 1159-1162, Seksyen 11, Jalan Maju
15000
Kelantan

Tags

Gold Coast Morib Resort, Banting

Mungkin ramai yang belum pernah mendengar nama Gold Coast Morib Resort. Jika ada yang tertanya-tanya, ia sebenarnya adalah sebuah resort menarik yang terletak di Banting, Selangor. Tarikan utama Gold Coast Morib Resort ialah water theme park selain dari penginapan dan berbagai aktiviti pelancongan yang disediakan. Jika anda mencari destinasi pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga, taman tema air ini pasti menggembirakan semua terutama anak-anak anda.

Senarai hotel di Perlis yang mendapat sijil halal

Sebagai panduan pengunjung muslim yang ingin bercuti dan menginap di hotel di Perlis, berikut ialah senarai hotel yang mendapat sijil halal JAKIM:

Hotel Brasmana
Jalan Kampung Perak
02000 Kuala Perlis
Perlis

Tandop Hotel
45 Persiaran Putra Timur 1
02000 Kuala Perlis
Perlis

Tasoh Lake Resort and Retreat
Lot 3082 Jalan Kaki Bukit
Kampung Bukit Manik
02200, Perlis

Hotel Seri Malaysia Kangar
Lot 8101, mukim Utan Aji,
Persiaran Wawasan,
01000 Kangar,
Perlis

Tags

Senarai hotel di Johor yang mendapat sijil halal

Berikut ialah senarai hotel di Johor yang mendapat pengesahan sijil Halal oleh JAKIM. Semoga maklumat ini membantu pengunjung muslim yang merancang untuk bercuti di Johor.

11@CENTURY HOTEL JB
No 94, Jalan Pelanduk, Off Jalan Harimau
Taman Century
Johor Bahru
Johor

B&S HOTEL SDN BHD
2-10 Plaza Lian Hoe
8 Jalan Abu Bakar
83000, Batu Pahat
Johor

BAYU MARINA RESORT SDN BHD
No 1 Jalan Bayu Puteri 2/1
Taman Bayu Puteri
80150
Johor

Tags