Destinasi

Jika anda sedang mencari destinasi untuk bercuti, berikut ialah tempat menarik yang ada di setiap negeri di Malaysia. Kebanyakan destinasi menarik ini ialah ibu negeri yang merupakan pilihan popular untuk pelancongan bandar. Destinasi lain ialah lokasi percutian popular seperti pulau dan daerah pelancongan. Apa jua minat anda, maklumat yang kami kongsikan ini akan dapat membantu anda memilih destinasi yang sesuai dengan bajet yang diingini. Ini kerana, selain maklumat berkaitan lokasi, kami juga menyediakan harga tiket terkini serta panduan lawatan.

Tempat menarik di Kuala Terengganu untuk dilawati

Tempat menarik Masjid Kristal

Salah satu lokasi pelancongan yang menarik di pantai timur ialah Kuala Terengganu. Ia adalah sebuah bandar cantik yang terletak di tepi laut. Kuala Terengganu mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri. Ia terkenal sebagai lokasi pemasaran barangan tempatan yang berkualiti tinggi seperti songket dan batik. Disini juga terdapat beberapa lokasi pelancongan yang cukup menarik dan unik. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi senarai tempat menarik di Kuala Terengganu yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke bandar ini.

Tempat menarik di Kuantan untuk dilawati

Bandar Tasik Kuantan

Kuantan adalah destinasi pelancongan yang semakin popular. Kedudukannya ditepi laut dan adanya beberapa kawasan pantai yang cantik mencadi faktor utama yang menarik pelancong ke mari. Kuantan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian bagi keluarga. Terdapat beberapa lokasi yang sangat menarik untuk dikunjungi. Kali ini Percutian Bajet menyediakan senarai tempat menarik di Kuantan untuk anda lawati sempena cuti sekolah yang baru bermula.

Senarai tempat menarik di Kota Kinabalu

KK BoardWalk

Salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia ialah Kota Kinabalu Sabah. Dahulunya dikenali dengan nama Jesselton. Ia juga popular dengan panggilan KK sahaja. Ramai pelancong singgah di bandaraya ini untuk melancong ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman atau mendaki Gunung Kinabalu. Sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik di KK yang boleh dilawati dan kali ini Percutian Bajet akan senaraikan lokasi pelancongan utama untuk dilawati bila berkunjung ke sini.

Tempat menarik di Shah Alam untuk dilawati

Masjid Biru Shah Alam

Shah Alam merupakan destinasi percutian yang sangat popular di Malaysia. Ini kerana terdapat beberapa tarikan pelancongan yang unik di bandaraya ini menjadikan ia pilihan keluarga dan juga rombongan sekolah. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi senarai tempat menarik di Shah Alam untuk dilawati dan lokasi percutian yang sering menjadi pilihan pelancong.

Nota: Untuk melihat semua tarikan pelancongan yang ada di negeri ini, sila lawati halaman Tempat menarik di Selangor mengikut daerah.

Tempat menarik di Johor Bahru

Kota Iskandar Johor Bahru

Johor Bahru ialah salah satu destinasi percutian menarik di Malaysia yang sering menjadi tumpuan pelancong. Berbagai tarikan pelancongan ada di bandaraya ini menjadikannya lokasi pilihan pelancong tempatan dan juga luar negara. Kedudukannya sebagai pintu masuk ke Singapura juga merupakan salah satu faktor ramai pelancong singgah disini. Kali ini Percutian Bajet telah menyusun senarai tempat menarik di Johor Bahru untuk dilawati sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti di bandaraya ini.

Tempat menarik di Ipoh - Panduan 2020

Tempat menarik di Ipoh

Ipoh merupakan lokasi percutian popular kerana kedudukannya yang strategik dan banyak tempat pelancongan menarik yang boleh dilawati. Selain itu, kemudahan pengangkutan awam dan hotel penginapan yang banyak juga menjadi faktor utama ibu negeri Perak ini menjadi pilihan pelancong untuk bercuti. Bagi memudahkan pengunjung merancang percutian mereka, kali ini Percutian Bajet memilih untuk menyingkap keistimewaan yang ada, aktiviti yang boleh dilakukan, tempat-tempat menarik di Ipoh yang boleh dilawati dan tarikan lain yang ada di Bandaraya Bunga Kertas ini untuk dijadikan panduan.

Bercuti di Teluk Bahang Penang

Tempat menarik di Teluk Bahang Penang

Teluk Bahang ialah salah satu destinasi pelancongan paling popular di Penang. Jika Batu Feringgi popular sebagai tempat penginapan, Teluk Bahang terkenal dengan berbagai tempat menarik dan aktiviti pelancongan. Malah boleh dikatakan percutian anda tidak lengkap jika tidak bertandang ke mari.

Terdapat banyak tempat menarik di Teluk Bahang selain pantai yang boleh dikunjungi. Percutian Bajet akan berkongsi maklumat tentang lokasi pelancongan, tempat penginapan dan perkhidmatan pelancongan lain sebagai panduan pada pengunjung yang merancang untuk bercuti di sini.

Tempat menarik di Port Dickson untuk percutian keluarga

Port Dickson, Negeri Sembilan ialah destinasi pelancongan yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan dengan berbagai kemudahan pelancongan seperti resort dan aktiviti menarik. Selain pantai, terdapat beberapa tempat pelancongan lain berhampiran kawasan ini yang menarik untuk dilawati. Percutian Bajet telah menyusun semua aktiviti yang ada dan senarai tempat menarik di Port Dickson sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti ke sini.

Bercuti di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Pantai Batu Ferringhi Penang

Batu Ferringhi adalah salah satu lokasi percutian popular di Pulau Pinang. Ia adalah kawasan pantai yang cantik dengan kemudahan hotel penginapan serta berbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pelancong. Walaupun lautnya tidak sejernih pulau peranginan di pantai timur, namun pantai ini tetap menjadi tarikan kerana kemudahan pengangkutan dimana pengunjung boleh memandu terus ke sana. Buat anda yang ingin bercuti ke Batu Ferringhi, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang anda perlukan sebagai panduan untuk merancang percutian anda.

Tempat menarik di Sarawak

Sarawak Bumi Kenyalang adalah negeri terbesar di Malaysia. Terletak di pulau Borneo, ia adalah lokasi percutian popular bagi pelancong dari dalam dan luar negara. Terdapat berbagai jenis pelancongan dan tempat menarik di Sarawak yang unik. Eko-pelancongan merupakan tarikan utama kerana Sarawak mempunyai banyak khazanah semulajadi dan hutan yang belum diterokai. Hutannya istimewa kerana ia merupakan hutan hujan tropika yang tertua yang menyimpan bunga terbesar di dunia. Sarawak juga mempunyai gua terluas di dunia serta rama-rama yang terbesar di dunia.