Pulau menarik

Malaysia ialah negara bertuah yang mempunyai banyak pulau menarik diperairannya. Selain keindahan semulajadi yang ada di pulau seperti hutan dan pantai yang cantik, laut disekitarnya memiliki terumbu karang dan ikan-ikan yang cantik. Tidak hairanlah pulau-pulau di Malaysia sentiasa mengundang kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Walaupun pulau-pulau ini dimajukan untuk pelancongan, usaha memelihara alam semulajadi tetap dijalankan. Pembinaan resort dan hotel hanya dibenarkan dikawasan tertentu sahaja. Hutan dan bukit diwartakan sebagai hutan simpan manakala kawasan laut pula diwartakan sebagai Taman Laut.

Berikut ialah pulau-pulau menarik di Malaysia yang sesuai dijadikan destinasi percutian anda. Dapatkan maklumat hotel, tempat menarik, aktiviti dan harga tiket untuk merancang percutian yang anda ingini.

Bercuti di Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman adalah destinasi percutian pulau yang telah lama terkenal bukan saja di Malaysia tetapi juga diseluruh dunia. Ia pernah menjadi lokasi filem Hollywood, "South Pacific" sekitar tahun 1959. Pulau Tioman juga pernah dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh TIME Magazine sekitar 1970an. Pulau Tioman menjadi tumpuan pelancong dari luar negara terutama dari Eropah. Ini kerana Pulau Tioman terkenal dengan kecantikan semulajadi seperti pantai yang berpasir halus dan bersih, air laut yang jernih dan hutannya yang belum tercemar.

Pulau Sibu destinasi percutian menarik di Johor

Pulau Sibu, Johor adalah sebuah pulau destinasi percutian terkenal di Malaysia. Ia adalah pulau yang cantik dan mempunyai coral serta hidupan laut yang sangat menarik. Pulau Sibu telah diwartakan sebagai sebuah Taman Laut pada tahun 1993. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadikan pulau ini destinasi percutian mereka, kami telah sediakan maklumat ringkas dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan disana.

Sibu Island Resort.