Perak

Perak ialah sebuah negeri yang makmur dan kaya dengan alam semulajadi menarik. Negeri yang luas ini mempunyai hutan hujan tropika, gunung, bukit batu kapur, gua dan air terjun yang cantik. Dikawasan perairannya terdapat pulau pelancongan, manakala pantainya juga cukup cantik dan menjadi destinasi percutian. Selain itu, banyak tarikan pelancongan dibangunkan bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini.

Dibawah ialah senarai lengkap tempat menarik di Perak yang boleh dilawati dan lokasi pelancongan untuk panduan anda merancang itinerari percutian. Anda boleh menyemak setiap destinasi secara terperinci melalui artikel yang disediakan. Penerangan lengkap mengenai tempat menarik seperti lokasi, aktiviti, harga tiket dan sebagainya turut disertakan.

Untuk tempat menarik di negeri lain, lihat Tempat Menarik.

Bercuti di Teluk Senangin

Pantai Teluk Senangin Perak

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Teluk Senangin di Perak adalah salah satu lokasi menarik untuk percutian. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan sentiasa menjadi lokasi perkelahan penduduk setempat. Dari pantai Teluk Senangin, pengunjung boleh melihat Pulau Pangkor yang jauh ditengah laut. Deretan pokok-pokok rhu ditepi pantai pula menambah keindahan disini. Bagi anda yang ingin keluar dari kesibukan kota, suasana damai dan keindahan Teluk Senangin pasti memberi ketenangan yang anda inginkan.

Tempat menarik di Perak mengikut daerah

Tempat menarik di Perak

Perak Darul Ridzuan adalah negeri yang luas, mempunyai banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Ia kaya dengan alam semulajadi yang indah seperti hutan lipur, air terjun, gua dan gunung yang sesuai untuk pelancongan alam semulajadi. Selain itu, terdapat beberapa tempat menarik di Perak kesan peninggalan sejarah untuk dilawati seperti Kompleks Sejarah Pasir Salak di Kampung Gajah, Kota Ngah Ibrahim di Larut Matang dan banyak lagi.