Percutian menarik di Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort ialah lokasi percutian popular yang terletak di negeri Perak. Ia merupakan resort menarik yang menawarkan pelbagai keseronokan termasuk taman tema air, keindahan alam semulajadi dan penginapan selesa. Sebagai salah satu taman tema terawal di Malaysia, ia sentiasa menerima kunjungan pelancong dari dalam dan juga luar negara. Sesiapa sahaja yang pernah melalui Lebuhraya Utara Selatan dari Penang ke Kuala Lumpur pasti akan ternampak resort ini yang terletak berhampiran lebuhraya.

Waterpark Bukit Merah Laketown Resort

Keterangan gambar: Berbagai permainan air menarik yang terdapat di Waterpark Bukit Merah Laketown Resort sesuai untuk seisi keluarga.

Lokasi

Bukit Merah Laketown Resort terletak di Semanggol, Perak. Ianya berhampiran dengan Taiping, iaitu salah satu destinasi pelancongan terkenal di negeri ini. Bagi pengunjung yang ingin ke bercuti ke taman tema terkenal ini, laluan paling mudah ialah dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan ikut susur keluar Semanggol. Lokasi Bukit Merah Laketown Resort tidak jauh dari susur keluar ini. Lebih jelas lagi, sila rujuk peta dibawah.

Alamat:
Bukit Merah Laketown Resort
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan

Hubungi:
Tel: 6605-890 8888
Fax : 605-890 8000
Email : bmlr.pr@gmail.com
Resv : reserv@bmlaketown.com.my

Harga tiket dan waktu operasi

Harga tiket masuk Bukit Merah Laketown Resort bagi dewasa, kanak-kanak dan warga emas berbeza mengikut waktu-waktu tertentu seperti musim percutian dan promosi. Anda boleh menyemak di halaman Promosi Terkini untuk maklumat lanjut. Bagi waktu biasa, harga tiket taman tema Bukit Merah adalah seperti berikut:

Harga tiket Waterpark Bukit Merah Laketown Resort:

  • Harga tiket dewasa - RM38.00.
  • Harga tiket kanak-kanak - RM22.00.

Waktu operasi Waterpark ialah:

  • Isnin - Khamis : 12 pm hingga 6 pm.
  • Jumaat - Ahad - 10 am hingga 6 pm.
  • Cuti Sekolah dan Cuti Umum - 10 am hingga 6 pm.

Harga tiket Eco Adventure Park Bukit Merah Laketown Resort:

  • Harga tiket dewasa - RM54.00.
  • Harga tiket kanak-kanak - RM44.00.
  • Harga tiket Warga Emas, OKU - RM10.00.

Tiket Eco Adventure Park termasuk tempat dan aktiviti berikut:

  • Waterpark.
  • Eco Park.
  • Skycycle.
  • Paddle Boat/Kayak/Canoe.

Harga tiket Eco Park sahaja:

  • Harga tiket dewasa - RM18.00.
  • Harga tiket kanak-kanak - RM14.00.
  • Harga tiket Warga Emas, OKU - RM10.00.

Waktu operasi Eco Park ialah:

  • Setiap hari - 10 am hingga 6 pm.

Nota: Harga biasa, promosi dan musim puncak adalah berbeza. Pakej dan promosi adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat.

Aktiviti menarik di Bukit Merah Laketown Resort

Terdapat beberapa aktiviti yang disediakan untuk pengunjung taman tema ini. Aktiviti menarik di Bukit Merah Laketown Resort yang utama ialah Waterpark dan Eco Park. Selain itu ada juga aktiviti lain yang boleh dilakukan sepanjang percutian anda di sana. Dibawah ialah maklumat terperinci mengenai tarikan pelancongan yang ada di taman tema Bukit Merah.

Waterpark

Waterpark menawarkan berbagai aktiviti menarik buat pengunjung. Baik dewasa mahupun kanak-kanak, anda pasti seronok mencuba permainan taman tema air yang disediakan. Kawasan seluas 11 ekar telah dibangunkan untuk Waterpark dan ia merupakan yang terbesar di utara Semenanjung Malaysia. Antara permainan yang ada di taman tema air Bukit Merah Laketown Resort ialah:

  • Boomerang
  • Sandy Beachfront Wave Pool
  • Water Speed Slides
  • Body Slides
  • Giant Tube Rides
  • Activity Pool
  • Lazy River
  • Perak Mining Company
  • Kids Adventure River
  • Jumbo Shower
  • Water Pillar
  • Waterfall Bridge

Waterpark Bukit Merah Laketown Resort

Kemudahan asas turut disediakan untuk pengunjung. Selain itu, terdapat juga fasiliti yang disewakan untuk pengunjung yang memerlukan. Berikut merupakan antara kemudahan yang terdapat di Waterpark Bukit Merah:

  • Bilik mandi dan tandas berasingan untuk lelaki dan wanita
  • Surau lelaki dan wanita
  • Bilik First Aid
  • Baby Room
  • Pondok rehat
  • Loker Simpanan untuk disewa
  • Cabana untuk disewa
  • Pelampung untuk disewa

Cabana di Waterpark Bukit Merah Laketown Resort

Keterangan gambar: Cabana turut disewakan di Waterpark Bukit Merah Laketown Resort.

Eco park

Kawasan hutan semulajadi seluas 3 ekar telah dipulihara dan dijadikan tempat perlindungan haiwan yang menempatkan tiga kandang besar iaitu Nature Trail, Reptile Park dan Tropical Trek. Pelbagai spesis reptilia, primat, mamalia, burung dan ikan hidup dalam persekitaran seperti habitat asal mereka. Pengunjung berpeluang melihat semua haiwan ini secara dekat malah berinteraksi dengan beberapa haiwan yang jinak. Pendedahan ini adalah satu pendidikan yang pasti memberi pengalaman baru yang menyeronokkan. Antara aktiviti menarik yang terdapat di Eko Park Bukit Merah ialah:

  • Skycycle - Mengayuh Skycycle di atas trek sepanjang 200 meter melalui kawasan hutan semulajadi yang hijau sambil melihat berbagai jenis binatang dari udara memang menyeronokkan.
  • Nature Trail - Di Nature Trail ini pengunjung dapat melihat ikan kap Jepun yang berwarna-warni dan arapaima yang besar. Di sini juga terdapat burung merak berwarna-warni serta berbagai jenis burung tempatan yang lain.
  • Tropical Trek - Melalui trek ini, pengunjung dapat memerhatikan ungka, memerang, Musang Binturong dan lain-lain lagi.
  • Predator Park - Pengunjung akan dapat melihat berbagai spesies pemangsa seperti ular tedung, ular sawa dan banyak lagi.
  • Pets Park - Di taman ini, pengunjung boleh melihat lebih dekat dan memberi makan haiwan mamalia kecil dan ternakan seperti arnab, guinea pigs, landak pigmi Afrika dan banyak lagi.
  • More Attractions - Terdapat berbagai tarikan lain di Eco Park Bukit Merah seperti kandang buaya, kandang beruang matahari dan kandang rusa yang boleh dilawati.

Eco Park Bukit Merah Laketown Resort

Makanan

Pengunjung yang bercuti di Bukit Merah Laketown Resort boleh menjamu selera di tiga buah restoran menarik yang ada di sini. Ada pelbagai jenis masakan tempatan, mee dan juga masakan barat yang boleh anda pilih.

Ripples Hawker Centre

Bagi anda yang sukakan suasana gerai, anda boleh menjamu selera di Ripples Hawker Centre, sebuah medan selera yang mempunyai beberapa gerai menjual pelbagai makanan tempatan. Anda boleh menikmati sarapan roti canai, nasi campur untuk makan tengahari atau sekadar minum untuk melepaskan dahaga disini. Ia dibuka dari pukul 8 a.m hingga 8.00 p.m dan ditutup setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah dan cuti umum.

Ripples Hawker Centre Bukit Merah Laketown Resort

Bubbles Family Restaurant

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis mee termasuk mee udang, laksa dan mee hoon sup. Selain itu, burger juga turut dijual disini. Malah anda juga boleh menikmati ais kacang yang sedap. Setelah penat bermain di Waterpark, anda boleh mengisi perut terlebih dahulu sebelum ke Eco Park. Cuma anda perlu ingat, restoran ini ditutup pada hari Selasa tetapi dibuka pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Ia dibuka dari pukul 11.00 a.m.– 6.00 p.m.

Bubbles Family Restaurant Bukit Merah Laketown Resort

Le Lac Café

Coffee House ini menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan dan barat. Anda boleh memilih untuk menikmati masakan panas à la carte atau buffet. Makanan yang ada termasuk pizza, kek, roti, nasi ayam dan lain-lain. Ia amat menarik dan sesuai untuk pengunjung yang ingin menikmati makanan sambil bersantai. Wifi percuma turut disediakan untuk pengunjung. Restoran ini boleh memuatkan lebih 100 orang pada satu-satu masa termasuk didalam dan juga luar restoran. Ia dibuka setiap hari dari pukul 7.00 a.m.– 11.00 p.m.

Le Lac Cafe Bukit Merah Laketown Resort

Penginapan

Bukit Merah Laketown Resort menyediakan dua jenis penginapan menarik yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pengunjung iaitu Kampung Air dan Laketown Hotel. Kedua-dua penginapan ini terletak didalam kawasan resort namun lokasinya berbeza.

Kampung Air

Kampung Air terdiri dari beberapa buah chalet menarik yang terletak di tasik yang luas dan cantik. Terdapat enam kategori bilik yang disediakan untuk pengunjung iaitu:

 

  1. Seri Teratai Suite (Studio)
  2. Seri Lembayung Suite (1 Bedroom)
  3. Teratak Embun Villa (1 Bedroom)
  4. Teratak Bayu Villa (2 Bedrooms)
  5. Rajawali Suite (Studio + 1 Bedroom)
  6. Cenderawasih Suite

Kemudahan dan fasiliti yang ada di Kampung Air termasuk:

  • Perkhidmatan Buggy 24 jam
  • Room Service
  • Penghawa dingin
  • Telefon (STD & IDD)
  • Mini-fridge
  • Televisyen
  • Satellite Pay-TV Network
  • Teh & kopi
  • Pengering rambut
  • Wifi percuma

Hotel Bukit Merah Laketown Resort

Laketown Hotel

Laketown hotel ialah bilik penginapan selesa yang disediakan untuk pengunjung resort. Terdapat beberapa kategori bilik yang ada iaitu:

 

  1. Standard Room
  2. Superior Room
  3. Deluxe Room
  4. Junior Suite
  5. Kelisa Emas (Suite)

Kemudahan dan fasiliti yang yang disediakan pula termasuk:

  • Kolam renang
  • Room Service
  • Penghawa dingin
  • Telefon (STD & IDD)
  • Mini-fridge
  • Televisyen
  • Satellite Pay-TV Network
  • Teh & kopi
  • Pengering rambut
  • Wifi percuma

Harga yang ditawarkan bergantung pada musim dan promosi. Antara pakej penginapan yang ditawarkan ialah:

  • Early Bird Offer - Anda boleh berjimat sehingga 25%. Pakej termasuk sarapan untuk 2 orang. Bagi pakej ini, anda perlu menempah lebih awal dan mengesahkan tempahan 21 hari lebih awal dari tarikh masuk. Harga penginapan bermula dari RM129.31 untuk satu malam.
  • Room Only Special - Untuk tempahan penginapan sahaja. Harga penginapan bermula dari RM137.93 untuk satu malam.
  • Last Minute Deal - Pakej termasuk sarapan untuk 2 orang. Bagi anda yang membuat perancangan agak lewat, anda masik boleh menempah dan mengesahkan tempahan 7 hari lebih awal dari tarikh masuk. Anda boleh berjimat sehingga 20%. Harga penginapan bermula dari RM137.93 untuk satu malam.
  • Long Stay Discount - Jika anda merancang untuk bercuti lebih lama, anda boleh berjimat sehingga 15%. Bagi pakej ini, anda perlu menginap sekurang-kurangnya 2 malam. Pakej termasuk sarapan untuk 2 orang. Harga penginapan bermula dari RM146.55 untuk satu malam.
  • Daily Deals - Anda masih boleh berjimat sehingga 10% diskaun untuk tempahan harian. Pakej termasuk sarapan untuk 2 orang. Harga penginapan bermula dari RM155.17 untuk satu malam.

Anda juga boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Jika anda inginkan satu destinasi percutian yang lengkap, pastikan Bukit Merah Laketown Resort termasuk dalam senarai pilihan. Ia sesuai untuk percutian keluarga dan juga bersama kawan-kawan. Semoga maklumat yang dikongsikan ini sedikit sebanyak membantu anda mengenali resort menarik ini dan merancang percutian anda. Selamat bercuti!

Lokasi