Pelancongan

Berbagai tarikan pelancongan ada di negara ini. Selain keunikan alam semulajadi yang ada disetiap negeri, kebudayaan, sejarah dan warisan turut menjadi tarikan pelancong. Tidak ketinggalan, aktiviti menarik seperti taman tema, membeli-belah dan makanan juga menjadi tarikan sesetengah tempat. Berikut ialah maklumat dan panduan tempat pelancongan popular di Malaysia.

Tarikan pelancongan di Johor

Tarikan pelancongan di Johor

Johor ialah negeri paling selatan di semenanjung Malaysia yang mempunyai banyak lokasi pelancongan untuk dilawati. Selain alam semulajadi yang cantik seperti pulau, pantai dan gunung, negeri Johor kaya dengan adat resam dan kebudayaan yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Disini kami sediakan senarai tarikan pelancongan di Johor serta sedikit pengenalan tentang kebudayaan masyarakat Johor yang berbilang kaum sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti di negeri ini.